Warning! AKUNOI Warning!


Diingatkan, blog ni akan citer pasal me. Pasal kecomelan me, kepandaian me, kehebatan me. Akan ada entry yang menunjukkan
keriakkan me, kesombongan me, ... Segalanya about me, me, me dan me... The world does revolves around me, thingin'. Kot ada yang rasa geli-geli, meluat bila baca, me cadangkan, baik tutup jer window ni ye... Karang tak pasal-pasal korang muntah hijau plak... Anyway... pada yang tak kisah untuk muntah hijau... selamat membaca...


Monday, July 2, 2012

Pasal... Weekend Sakan!

Salam,

Sabtu sekolah ZwanZwan buat grand reunion. Ramai datang, beratus. Dari student 70an rasanya. Ada yang jadi pegawai besar, bawa ketera besar, tak ketinggalan berperut besar!

Ramai juga yang bawa anak-anak. Kira macam nak tunjuk kat cikgu la, "See cikgu! Saya dah menjadi insan yang berjaya, berkerjaya, berkeluarga. Terima kasih atas tunjuk ajar cikgu selama ini".

Gambar untuk tatapan umum tak ada sebab me cuma snap 2 keping gambar ZwanZwan dari jarak jauh masa dia menceroboh masuk asrama perempuan. (kesian bebudak tu mengelupur cari tudung ar towel tutup kepala. Pihak sekolah tak inform awal akan ada senior melawat kawasan asrama depa).

Selepas abih acara kat Sekolah Menengah Vokasional Rembau (now known as Sek. Teknik Dato Lela Maharaja) kami pi PD. Menginap di Glori Beach Resort. MIL dan FIL dah menunggu disana.

Review: Kawasan check-in cantik jugak la tapi since ada family days byk kampeni, agak mengelupur. Apartment kami dapat OK la cuma our queen bed frame dia dah patah so katil senget sebelah. Meja solek pun patah (ZwanZwan kata, "ada orang main atas ni kot") WTH?!!! Eeeeeeeerk! Makanan? Adoiya, BBQ hancur kata MIL dan FIL. Sarapan? Me dah cukup teruja nampak nasi lemak, sekali sambal FAIL! Bubur cair sangat. Yang sedap bakebean dan sosej yang sudah tentu kilang made kan?

Apa-apa pun meh layan gambo...

Elia tekun mendengar Atuk baca paper. :P

Tak basuh muka, tak gosok gigi, tak tukar pampers pi sarapan then main pasir. Anak sapa? Anak ZwanZwan!




No comments:

Related Posts with Thumbnails