Warning! AKUNOI Warning!


Diingatkan, blog ni akan citer pasal me. Pasal kecomelan me, kepandaian me, kehebatan me. Akan ada entry yang menunjukkan
keriakkan me, kesombongan me, ... Segalanya about me, me, me dan me... The world does revolves around me, thingin'. Kot ada yang rasa geli-geli, meluat bila baca, me cadangkan, baik tutup jer window ni ye... Karang tak pasal-pasal korang muntah hijau plak... Anyway... pada yang tak kisah untuk muntah hijau... selamat membaca...


Wednesday, July 25, 2012

Pasal... Masak Di Bulan Posa

Salam,

Bulan posa... 5 hari posa dah... Alhamdulillah...
Cuma tatau la apa hantu tahun ni, me asyik ngantuk jer tak abih-abih.
Sabtu aritu buat taik mata sejam lebih. Ahad pun sama. Isnin half day, tido jugak even walau dalam keter. Selasa tak pi kerja langsung membuta lepas Subuh sampai 10am. Petang lepas masak tido lagi, 2 jam plak tu! Punggah!!!

Anyway, seronok bulan posa ni, My Mum ada kat Shah Alam. Boleh pi jumpa gesek-gesek gedik selalu :P.
MIL sebelum posa habaq, toksah masak, pi berbuka kat rumah dia. Lauk sahur pun dia bleh bagi. Tapi sehantu-menantu-hantu me ni, sendiri mau ingat la, dah nak melantak selalu rumah MIL, hulur-hulur le lebih... :P

Apa-apa pun,setakat 5 hari posa ni, me ada masak 2 kali kat rumah hokey. MASAK sendiri hokey! (riak takbur disitu!)
Sahur pertama, me gigihkan diri masak ayam kicap pukul 3 pagi selepas sesi mengepam susu. Pukul 5 ZwanZwan bangun makan sedang me layan bertenet.
Berbuka hari ke2, me masak mee kari tapi kurang sedap kata ZwanZwan (saja carik gaduh). Sbb me tak letak ayam. Me letak seafood jer (pisbol,piskek, sea-ham). Selalu me letak ayam bertulang. Tapi me makan hati betul dengan permintaan ZwanZwan. Nak sambal tumis kerang. Tanak kalah! Lepas me tarik muncung 1 kaki, baru lah dia kata, takpa masuk dalam kuah saja pun OK. Rasa nak terbang honggah belakang dia time tu tau!
Me ada jugak masak ayam kicap KOT la ZwanZwan tanak makan mee. Rajin la plak. Tapi sampai hari ni, naik kejung ayam tu kena perangat, tadak orang nak makan.
Seterusnya, semalam, masak laksa. Dia ngidam laksa la plak... Maka menonong la bini dia masak laksa. Sampai tertido sekejap... bangun sambung balik masak...

Hari ni? tatau la nak masak apa. Ke nak terus ke Sri Muda rumah Hajah Zuriah. keh keh keh?
Tengok dulu opis lepaskan me balik pukul berapa. Jaga business centre susah tak macam jaga portal. Isk Isk Isk.

Gambo tader. Tanak jadi penyumbang dosa kering korang terlioq :P

1 comment:

Qhaifa Nur said...

bisalah posa..cepat ngantuk dan lapar...
nipun tgh fikir nak masak apa???????

Related Posts with Thumbnails