Warning! AKUNOI Warning!


Diingatkan, blog ni akan citer pasal me. Pasal kecomelan me, kepandaian me, kehebatan me. Akan ada entry yang menunjukkan
keriakkan me, kesombongan me, ... Segalanya about me, me, me dan me... The world does revolves around me, thingin'. Kot ada yang rasa geli-geli, meluat bila baca, me cadangkan, baik tutup jer window ni ye... Karang tak pasal-pasal korang muntah hijau plak... Anyway... pada yang tak kisah untuk muntah hijau... selamat membaca...


Thursday, July 12, 2012

Pasal... Emosi Yang Berpuisi

Salam,

Sejak semalam emosi me tak betul. Rasa sentap la, marah la, sememeh la.

Hari ni ternampak gambar budak 3 tahun, cantik pakai baju Power Puff Girls, menderita sakit sebab demam masa 7 hari. Me rasa macam nak hempuk moniter ni dengan kasut kayu me pakai ni.

Tetiba terkluar ayat jahat dalam hati, "Kenapa Allah turunkan ujian sakit kat budak kecik? Apa muslihat dia? If nak uji mak ayah budak tu, kenapa kena kat budak kecik yang tak puas tengok dunia?".

Dah panas rasa muka, penglihatan dah kabur. Tekak rasa tersekat macam ada sebiji kurma tersangkut. Teringat Elia. Teringat Eiman. Teringat Ewan yang lebih kurang kena macam adik istimewa pilihan Allah tu. 

Lepas tu teringat kawan sekolah me yang struggle to keep her baby. Muntah teruk macam me dulu. Cuma bagi dia, ini kandungan ke 6! 5 kali gugur!!! And I thought I am the unluckiest one, but NOOOOOOOOOO, "ko ingat ko hebat? ada lagi hebat!" or in this case, "Ko ingat ko paling malang, ada lagi yang lebih malang!".

Then, jadilah kita orang yang tak ada apa-apa yang istimewa. Bukan yang terbaik. Biasa-biasa jer. Itu yang kita jadi malas, busuk hati, cepat melenting dan selalu tak puas hati dengan apa yang kita ada. Nak cari gaduh jer. Buat spekulasi bikin sensasi bila ada orang lebih skit dari kita. Sedangkan orang tu rezekinya lebih sebab dia rajin usaha, selalu bersyukur dan tak tinggal solat. Maka, terdiamlah kita, tunduk bawah tengok perut boroi cuba nak sedarkan diri. Tapi nak berubah ke? Dalam hati kata, "NAAAAAK!!!!", tapi otak kata, "Kejap ye, kejap ye." Badan plak kata, "AH, malas lah...!". 

Pusing-pusing masa, kita still terperosok kat takuk lama. Still dengan busuk hatinya, still dengan I wishy-washynya...

2 comments:

Amiizaa2001 said...

azni

tak terucap dgn kata2...

Aan Andes said...

Tatty, yg nampak senang tu pun sebenarnya ujian. Tuhan nak tengok tara mana dia bersyukur, etc..sebab hidup kat dunia ni bukan ultimate goal. Semua ni akan jadi penentu kita kat akhirat. Yg indah tak semestinya indah, yg derita tak semestinya derita. Well, memang nampak derita, but bersangka baiklah dengan Allah.

Related Posts with Thumbnails