Salam,
Tengah hari pi Mid Valley. Nak tukar nama bil tepon from my name to adalah sorang kat opis lama tu.
Settle semua pi rumah Mama Ruby ambik Eiman.
Drop ZwanZwan kat stesen Universiti then me drive balik rumah lalu NPE.
Dekat simpang trafik light nak masuk NPE tu Elia dah star menangis. Me tengok dia berpeluh. Sudah... macam mana nak buat bagi dia kena ekon? Dah la ekon MyVi 7 tahun ni tak kuat macam dulu. Lepas tol Pantai Dalam me capai kotak tisu yang penyek. Me kipas-kipas Elia, dia diam. Sebelum tol kat Kg Dato Harun me call ZwanZwan bgtau Elia melalak. Lepas tol me main agah-agah Elia dengan kotak tisu tu sambil buat suara-suara. Alhamdulillah dia diam. Eiman pun menolong gelak, buat bunyi semua. Kaki me 1 kat clutch, 1 kat minyak dan in 4th gear. Dah la mi 1st time drive jauh lepas beranak, nasib tak kekok.
Sampai rumah, kluarkan stroller, masukkan Elia, masukkan Eiman, angkat beg, matikan engin, naik rumah. Lega...
Tapi tak jugak, byk kali rasanya bergegar Riang-Ria ni me tempek macam Tarzan kena sula bila Eiman lumur muka dengan minyak kapak, Elia meraung tanak kena letak, Eiman berkubang air mesin basuh, Elia meraung tanak kena letak, Eiman panjat tong sampah jengok mesin basuh, Elia meraung tanak kena letak. Nasib baik ZwanZwan sampai awal. Lepas semua anak beranak mandi siap berbaju, kami pi pick-up ZwanZwan kat stesen komuter.
Sampai rumah, me terus basuh pinggan then mula masak. Gulai ikan, bok choi oyster sos, telur dadar dan kicap+limau+cili padi. Siap!
No comments:
Post a Comment