Warning! AKUNOI Warning!


Diingatkan, blog ni akan citer pasal me. Pasal kecomelan me, kepandaian me, kehebatan me. Akan ada entry yang menunjukkan
keriakkan me, kesombongan me, ... Segalanya about me, me, me dan me... The world does revolves around me, thingin'. Kot ada yang rasa geli-geli, meluat bila baca, me cadangkan, baik tutup jer window ni ye... Karang tak pasal-pasal korang muntah hijau plak... Anyway... pada yang tak kisah untuk muntah hijau... selamat membaca...


Wednesday, January 25, 2012

pasal... Sardin La Plak!

Salam,

Lama tak buat entry pasal masak-masak.
Malas nak usung camera ke dapur.
Ke sebab malu dapur semak? Iya la kot.

La ni yang masak kat rumah tu ZwanZwan jer.
Ayam kicap, telur kicap, daging kicap.
Kengkadang ayam masak lemak. SEDAP!!! Tak tipu.
Laki korang hader masak ayam masak lemak? Hahhahha... RIAK TAKBUR disitu!

Last me masak yang boleh dikira complete menu adalah 3 minggu lepas kot. Masa tu masak sardin campak, telur dadar dan bawang+tomato+cili+limau+cili padi. Makan dengan nasi putih panas-panas yang dilebihkan airnya, PEH!!!

Kot sesapa nak try sardin campak, inilah resepinya...

Bebahannya:
Sardin (sudah tentu!)
Cili padi dibelah tengah (nak pedas letak lebih)
Bawang besar dipotong-potong (nak bulat ke, bujur-lalu-melintang-patahke, ikut suka!)
Bawang putih (untuk tumis disamping sebagai bahan cure-all-penyakit)
jus limau
garam & gula (kalau nak)
cili giling/boh (jika nak pedas lebih)

Cecaranya:
Tumis bawang putih. Dah kuning masukkan cili giling/boh. Goreng sampai garing then campakkan bawang besar dan cili padi. Bila bahan tu dah layu, campak plak isi tin sardin dalam kuali tu. kacau-kacau dan masukkan sedikit air (if nak kuah lebih). Perah limau dan tambahkan garam & gula. Sedap ka? Cukup rasa ka? Cukup kalu, sila tutup api dan pi la cedok nasi, senduk kuah, makan depan TV.... LAYAN!

1 comment:

::alifdalmim:: said...

urgghh..nape lah boleh miss entry nih!

Related Posts with Thumbnails