Warning! AKUNOI Warning!


Diingatkan, blog ni akan citer pasal me. Pasal kecomelan me, kepandaian me, kehebatan me. Akan ada entry yang menunjukkan
keriakkan me, kesombongan me, ... Segalanya about me, me, me dan me... The world does revolves around me, thingin'. Kot ada yang rasa geli-geli, meluat bila baca, me cadangkan, baik tutup jer window ni ye... Karang tak pasal-pasal korang muntah hijau plak... Anyway... pada yang tak kisah untuk muntah hijau... selamat membaca...


Monday, May 16, 2011

Pasal... Nama Cikgu Apa?

Salam,

Darjah 4. Me duduk depan meja cikgu.
Kelas Matematik, diajar 2 cikgu maktab. 
1 cikgu Marzuki (encem pada mata me) dan cikgu Zulkifli.

Hari tu, me rasa ada something funny pada Cikgu Zul.
Me bgtau kawan sebelah me, Azli.
Me minta dia bgtau cikgu tapi dia tanak.
So being innocent me pun angkat tangan...

Cikgu Zul: Iya Nurul, ada apa?
Me: Cikgu, nama cikgu apa?
Cikgu Zul: Dah dekat 3 bulan saya mengajar disini, kamu masih tak tahu nama saya? Nama saya kan Zulkifli.
Me: Bukan ***** ke?
Cikgu Zul: HAH!? Kenapa pulak?
Me: Tu nametag cikgu tu kata nama cikgu ***** (tak ingat apa nama tu).
Cikgu Zul: Alamak!!!

Cikgu Marzuki contol gelak dan tanya macam mana boleh jadi macam tu. Rupanya cikgu Zul dah kawin dan dia dah  tertukar nametag dengan isteri dia. Adakah isterinya juga telah menukar nama pada hari itu?
Wallahualam~

Apa-apa pun SELAMAT HARI GURU untuk semua yang memang kerja cikgu atau yang telah mengajar orang lain walaupun depa bukan guru.

1 comment:

tinta hatiku said...

Hahaha!
Kelakar la Cikgu Zul tu...
Sah dia bangun lambat pagi tu, sebab tu kalut nak cepat ke sekolah, terus tertukar nametag is3 plak...

Related Posts with Thumbnails