Warning! AKUNOI Warning!


Diingatkan, blog ni akan citer pasal me. Pasal kecomelan me, kepandaian me, kehebatan me. Akan ada entry yang menunjukkan
keriakkan me, kesombongan me, ... Segalanya about me, me, me dan me... The world does revolves around me, thingin'. Kot ada yang rasa geli-geli, meluat bila baca, me cadangkan, baik tutup jer window ni ye... Karang tak pasal-pasal korang muntah hijau plak... Anyway... pada yang tak kisah untuk muntah hijau... selamat membaca...


Monday, May 16, 2011

Pasal... Kari Arang

Salam,

Dulu berjanji nak citer pasal Kari Arang.

Hari sebelumnya dari niat nak buat pajeri nenas, membawa ke jadi kari kepala ikan.
Kuah pekat maka ingat hari tu nak makan roti cicah kari jer la.

Pagi lepas mandi bersiap semua me panaskan kari tu... sambil pesan kat ZwanZwan, nanti matikan api ye...

Masalahnya dia tak dengar.
Me sedar api dapur tak tutup masa kat Stesen Universiti lepas drop Eiman. 
Apa lagi, berdesup kami suami isteri balik rumah.

Keter tak sempat stop, me dah kluar keter dan mata tak lepas tengok tingkap dapur rumah kami.
Berasap!!

Me masuk rumah dah bau asap tengik yang memeritkan tekak!
Me terus ke dapur dan offkan api dan buka semua tingkap rumah.
Sakit tekak batuk-batuk.
ZwanZwan naik atas dan rendam periuk buaya tu...

Nasib baik cepat, kalau tidak alamat terbakarlah rumah!

Sekian kisah kari arang saya...

No comments:

Related Posts with Thumbnails