Karya seni yang dihasilkan oleh kanak-kanak amnya dan pelajar khasnya adalah seperti lukisan, kolaj, membentuk dan banyak lagi. Karya seni mereka berkembang mengikut peringkat umur dimana mengikut Wikipedia, ia melalui tiga peringkat.
Pada peringkat pertama, karya yang dihasilkan adalah lebih kepada contengan. Kanak-kanak pada seawal usia setahun boleh diberi krayon kerana motor halus mereka telah berkembang menjadi lebih baik dimana mereka boleh memegang krayon dan melakukan pergerakan tangan untuk melihat hasil mereka. Kanak-kanak pada peringkat ini lebih tertumpu untuk melihat garisan-garisan warna wujud. Dari sini, mereka kemudiannya akan mula membuat bentuk-bentuk asas seperti bulatan, bentuk bersilang dan bucu-bucu tajam seperti bintang.
Peringkat terakhir adalan simbol. Kanak-kanak akan mula mencipta simbol mereka sendiri yang berdasarkan pemahaman mereka dari pemerhatian persekitaran. Mereka bukan sahaja melukis kehidupan tetapi mereka juga meniru imej persekitaran. Karya yang mereka hasilkan lebih mudah difahami kerana bentuk atau simbol yang dihasilkan mempunyai rupa dan hampir sama dengan bentuk yang ada dipersekitaran.
Kesimpulannya, berilah anak anda pensil, krayon, kertas mahjong atau kad manila besar pelbagai warna dan lihatlah hasil karya agung anak anda...
Eiman dah pandai pegang pen! Nanti me letak sini hasil karyanya.
5 comments:
Ha! U read my mind. Baru je terfikir dlm last weekend nak cari non-toxic crayon for zahra utk dia conteng. Me think they will like it, something new kan.
patut pun, my girl kalau jumpa pen/pensil, mesti dia nak carik kertas.. nak "tulis"..
salam kak,
za nak minta cadangan..ley x akak bagi tau apa hasil seni yang sesuai untuk kanak-kanak??
za kena buat folio
salam kak, nak minta cadang boley x?
za kena buat folio?
nak hasil seni kanak-kanak prasekolah
@Aan - ya, bagus. start early! aktifkan otak.. er... otak lagi satu la... hahahaha... (still tak ingat otak seni adalah otak kanan or kiri. rasanya kiri.
@maria - bagi jer. tapi pantau jgn sampai abih sofa pun kena conteng. pegang pensil adalah 1 latihan motor halus
@zalleo - nak hasil kerja kekanak prasekolah? alamak dik, akak tak kerja kat prasekolah. tapi akak ada kontek. msg if you want it.
Post a Comment