Warning! AKUNOI Warning!


Diingatkan, blog ni akan citer pasal me. Pasal kecomelan me, kepandaian me, kehebatan me. Akan ada entry yang menunjukkan
keriakkan me, kesombongan me, ... Segalanya about me, me, me dan me... The world does revolves around me, thingin'. Kot ada yang rasa geli-geli, meluat bila baca, me cadangkan, baik tutup jer window ni ye... Karang tak pasal-pasal korang muntah hijau plak... Anyway... pada yang tak kisah untuk muntah hijau... selamat membaca...


Saturday, August 14, 2010

Pasal... Re-biU i-City

Salam,

Untuk Cik Puan Maria...

Kalau nak pi i-City pergi hari biasa sebab ia dibuka 24jam 7hari seminggu. Kami 2 kali pergi yang masuk dalam semua hari Jumaat. Tak berapa ramai sangat orang.

Masuk jalan masuk tu, belah kiri ada banyak pokok lampu then masuk simpang ke i-City tu ada pokok lampu kiri dan kanan yang jenis nampak macam air jatuh. Belah kiri banyak pokok dengan lampu bentuk bunga. Dari dekat nampak cantik! Then ada tupai, rerama. Ni semua kat sloop bukit kecik tu.

Naik bukit tu, baru ada nampak banyak jenis lelampu dan ada 1 screen tv besaq. Kiranya ni pameran utama la kot. Then jalan terus lagi jumpa pokok krismas warna putih tinggi yang sudah tentu dari lampu jugak la!

Ada satu tempat yangdalam tu ada hiasan serupa musim sejuk lah! Dari iglo ke snowman semua. Then bilik sebelah hiasan ala raya cina.

Lepas tu ada flee market. Majoriti jual bebarang yang ada lampu. Bebaik nanti ada 'benda' jatuh atas kepala sebab depa jual mainan yang ala-ala helicopter. Dilambung tinggi then dia akan kembangkan sayap berpusing slow jatuh. Me kena kat bahu, sakit seh! Ada awek tu kena kepala, percuma budak yang main tu kena maki :P

Selain tu ada kedai jual baju baby MURAH giler!!! Baby girl. Deymmm me tader anak dara lagi. Kalau ada kompom dia bleh main salin-salin baju gaun cantik-cantik raya nanti 17-28 pasang :P

Parking if dapat yang kat tepi jalan pun OK. Yang dalam bangunan pun ada tapi jauh la nak jalan ke area 'pameran utama' tu.

If tanak masuk dan bayar, cakap nak U-turn so lepas 100meter tempat beli tiket (bebudak tepi jalan buat 'road-block' gitu) ada tempatnya.

Wajib bawa camera dan/or video camera. Oh dan duit sebab nak borang 4-5 barang-barang dan 3-4 tibbits :P

Bebudak memang kompom seronok. Berlari-lari tapi bebaik nanti ada Pak Guard fetish wisel akan sound korang. Why kami panggil dia fetish wisel? Dia suka sangat tiup wisel tu. Rasanya dia nak jadi referee tapi tak dapat sebab 'maju kehadapan' kot :P. Pak Guard ni jaga kat bulatan reindeer. Tapi dia baik... :D

For me, me rasa elok bawa bebudak tempat ni. Saja expose depa kat tempat warna-warni. Bleh ajar depa warna... bentuk binatang... boleh kembangkan domain bahasa, kognitif depa dengan minta depa cerita kat kita binatang ni buat apa... er... bleh bagi depa gunakan fizikal depa... (pada top 3 winner AkuNoi Birthday contest bleh refer buku adiah tu if tak paham :P)

Apa lagi ye? tu jer kot!?

Sila pastikan camera anda beerfungsi sebelum bertolak ke i-City.

1 comment:

mar!ahaf!z said...

ok thanks krn bersusah payah.
saya tak sangka ia direview panjang lebar.. hehe
akan dipropose kpd Yg AMAT BERHORMAT..

Related Posts with Thumbnails