Sempena hari pertama posa ni, me nak bagi merekaa penggemar asam-asam, geng-geng mencicah terlioq. Rasalah betapa besarnya liang saliva anda membesar merembeskan saliva double dari biasa...
Ni me snap masa nak balik ke Shah Alam kat depan rumah mak penakan me kat Bukit Gedung.
Bergentong-gentong macam hiasan pokok krismas.
Terbuai-buai ditiup angin tepi lawot seolah-olah melambai memanggil pengemarnya membenamkan gigi mereka keatasnya, mengunyah-nguyah isinya dengan lidah menari-nari meratakan rasa kenikmatan yang terkandung didalamnya. Berdecap-decap bunyi mulut merasakan kesedapan mangga epal muda ini.
Oh~
Sedapnya mangga muda cicah cili+kicap+gula atau sambal rojak atau sambal belacan+kicap.
Juga sedap bila dijadikan kerabu dengan hirisan bunga kantan atau kacang tanah tumbuk.
Paling koman pun mayang nipis then gaul dengan gula dan garam dan makan sejam selepas dimasukkan dalam peti sejuk.
Atau yang lagi 'adbenceres' tumbuk gaul dalam sambal belacan makan ngan nasi panas, kicap dan telur dadar.
Bagi yang rajin, boleh cuba gantikan nenas dengan mangga muda ini untuk masakan pajeri.
Ataupun racik-racik untuk dijadikan teman dengan ikan parang berenang didalam kuah masak lemak cili padi.
Walau apa pun yang anda lakukan, mangga epal muda ini, rela-sanggup-sudi menerimanya...
Oh~
3 comments:
pergh!! seb baek i tak mengidam..
:) tapi keinginan nk makan asam2 bila nak datang bulan..hehe
haha keji tawwww. Me chop racik + garam + gula letak dlm peti ais hmmm
slurrrppp... meleleh ayaq lioq! :P
Post a Comment