Warning! AKUNOI Warning!


Diingatkan, blog ni akan citer pasal me. Pasal kecomelan me, kepandaian me, kehebatan me. Akan ada entry yang menunjukkan
keriakkan me, kesombongan me, ... Segalanya about me, me, me dan me... The world does revolves around me, thingin'. Kot ada yang rasa geli-geli, meluat bila baca, me cadangkan, baik tutup jer window ni ye... Karang tak pasal-pasal korang muntah hijau plak... Anyway... pada yang tak kisah untuk muntah hijau... selamat membaca...


Friday, May 7, 2010

Pasal... Alahai Anak Ibu

Salam,

Sejak menjalani hujung minggu yang sibuk last weekend, Eiman punya perangai sah berubah.
Dia akan menangis semahu-mahunya sampai meleleh-leleh air mata bila kena tinggal lama skit (lama here meaning 4 kali lampu Avent Food Warmer pada takuk 3 menyala dan padam, so dalam 4-5 minit gitu KOT - tak pernah 'sukat' masa plak).

Lagi haru bila dia buat tengah malam buta. Macam pagi tadi. pukul 12.30 midnight. Memula ZwanZwan layan tapi tader apa berlaku. Meraung jugak. Me bangun sebab nak pam susu. Tapi terpaksa ditangguhkan sebentar sebab nak pujuk Eiman yang makin kuat raungannya.

Me dukung dia, berdiri sambil swinging my body slowly from side to side... baru dia diam. Pass kat ZwanZwan sebab baju dah mula basah dek susu, tapi Eiman melalak balik. On TV, ZwanZwan layan dia, bawa pusing hall, main cak-cak, then baru dia ok...

Pelik! Kami siap buka orang baca Yassin, kami pun baca ayat kursi semua, siap lalukan Eiman bawah warm shower, salin pampers, sapu minyak kat pewot, sampai ZwanZwan letak pewot dia atas kepala dan goyangkan dia slow-slow macam urut gitu (petua orang tua-tua untuk kurangkan pewot kembung baby) still nothing. Susu kompom ada. Entah la...

Apa yang pasti, ZwanZwan flat masa Eiman bangun pukul 5 pagi. Me yang memang tak bleh lena tidur bangun, panaskan EBM bagi Eiman minum sampai licin botol, sumbat puting, dan letak tangan atas badan Eiman sampai dia lelap dan me pun ikut terlelap.

Buka-buka mata tengok dah pukul 6 pagi (our 6 pagi adalah bersamaan 5.45 am jam sepatutnya) Huwaaaaaa... what a night!

Pagi ni, suara Eiman serak-serak sebab nangis teruk sangat malam tadi. Kesian dia. Maybe malam ni try tido lambak kat hall plak... We'll see...

Pic from: http://www.auburn.edu

BTW, masih lupa nak update pasal Cry It Out method... nantilah ye bila otak kurang serabut, me buat :)

2 comments:

Azimah@Melati said...

me dah lama tido lambak kat hall...ajak anak-anak tido masuk bilik dia orang tak mau...adush..jenuh kalau kakak dah sekolah nanti....ini nak masuk tiga nie takkan nak lambak kat hall lagik..kakak have to sleep sendiri lepas nieh...

makcikrehan said...

my son pon ada masa buat peel mcm ni. gelabah mati kutu laki bini taktau apa nk buat. nenagis tanpa sebab. org tua2 kata.. LAPAR. my MIL kata kdg2 budak buat peel on the day dia dilahirkan. eg, asrap lahir 22 hb, so every 22 hb dia akan buat perangi. meraung for no reason. ada gak yg lagi dasat pandangannya... pada hari2 yg dia dilahirkan, means kalau dia lahir monday, on certain mondays biasnaya dia akan buat peel.

tak mebantu kan komen i? hahahah abaikan.... wakakakak

Related Posts with Thumbnails