Warning! AKUNOI Warning!


Diingatkan, blog ni akan citer pasal me. Pasal kecomelan me, kepandaian me, kehebatan me. Akan ada entry yang menunjukkan
keriakkan me, kesombongan me, ... Segalanya about me, me, me dan me... The world does revolves around me, thingin'. Kot ada yang rasa geli-geli, meluat bila baca, me cadangkan, baik tutup jer window ni ye... Karang tak pasal-pasal korang muntah hijau plak... Anyway... pada yang tak kisah untuk muntah hijau... selamat membaca...


Monday, April 5, 2010

Pasal... Deep Freezer

Salam,

Lepas congak-congak, beli jugak deep freezer Sabtu lepas. Balik dari lepak ngan para ibu-ibuan, tapau dinner untuk FIL, drop makanan then ke kedai elektrik.

Tawar-menawar berlaku dan kami berjaya dapat RM91 kurang. OK la kot? Entah la. Me tak reti tawar-menawar ni. Lepas bayar, terus depa hantaq ikut keter kontot lagi kotor kami dari belakang.

Peti tu cuma dipasang hari Ahad pagi selepas ZwanZwan membersihkan sepatutnya bilik tidur ke-3 yang dijadikan stor setelah setahun me dok rumah kandang kambing itu.

Malam lepas balik dari beli barang Eiman (baju - kesian Eiman dok pakai baju lusuh pi jengjalan, botol - takder la terkejar-kejar basuh botol pepagi lepas pakai untuk isi EBM ke rumah babysitter, liner EBM, puting nombor 3) makan then tapaukan KFC untuk FIL. Then angkut balik EBM plastik besaq dan isi dalam freezer...

Misi lepas ni. Masukkan susu by day dalam plastik supaya mudah nak ambik... tapi bila ye? hm...

3 comments:

Aan Andes said...

Wahhh dah ada deep freezer. Congrats2. Makin bertambah la stok Eiman. Me store susu 8oz terus, susah betul nak thaw :(

Nurul Aznil said...

Apsal letak 8oz trus? nak jimat liner ye? hihihi

me paling banyak 6oz jer... sbb kalau penuh sgt, tertumpah plak bila nak ikat...

Aan Andes said...

A'ah nak jimat liner. Me beli liner yg mmg 8oz. Jimat liner, rugi susu hmmm

Related Posts with Thumbnails