Warning! AKUNOI Warning!


Diingatkan, blog ni akan citer pasal me. Pasal kecomelan me, kepandaian me, kehebatan me. Akan ada entry yang menunjukkan
keriakkan me, kesombongan me, ... Segalanya about me, me, me dan me... The world does revolves around me, thingin'. Kot ada yang rasa geli-geli, meluat bila baca, me cadangkan, baik tutup jer window ni ye... Karang tak pasal-pasal korang muntah hijau plak... Anyway... pada yang tak kisah untuk muntah hijau... selamat membaca...


Tuesday, March 23, 2010

Pasal... Temper Tantrum

Salam,

Sebahagian of my assignment...
On paper macam pandai jer, tapi nanti Eiman dah besar tatau la bleh buat macam apa yang me jawap tu or not... kui kui kui...
Moga entry ni boleh bantu kita jadi parent yang lebih baik, insyaAllah.

If nak artikel penuh on the Do's and Don't, bleh mesej saya :P


Pengenalan

Tantrum atau mengamuk adalah perbuatan yang ditunjukan oleh kanak-kanak selalunya pada usia 1 – 3 tahun dimana pada peringkat ini mereka masih tidak boleh meluahkan kehendak dan kemahuan mereka kepada ibu bapa melalui perkataan.

Sikap dan kelakuan ini adalah berbeza diantara satu kanak-kanak dengan kanak-kanak yang lain. Diantara kelakuan mengamuk ini adalah menangis dengan suara yang kuat, menghentakkan kaki, menjatuhkan badan diatas lantai dan banyak lagi.

Adalah tidak wajar seorang ibu mengambil pendekatan menengking, memarahi dan memukul anak yang sedang mengamuk. Ibu itu perlu memahami punca yang menyebabkan anaknya mengamuk.


Kesimpulan

Tantrum atau mengamuk ini sebenarnya bukanlah perkara yang memerlukan perhatian yang serius. Ia akan hilang sendiri apabila kanak-kanak membesar. Kebolehan kanak-kanak menyampaikan perasaan, kemahuan, keperluan mereka melalui kata-kata semakin baik, lancar dan matang membuatkan mereka tidak perlu meluahkannya melalui perbuatan.

Namun begitu ibu bapa, guru dan keluarga perlu mengambil inisiatif untuk menerangkan perkara yang berlaku kepada kanak-kanak dengan cara yang mereka fahami dan mudah.

Memukul kanak-kanak adalah satu cara untuk mendapatkan perhatian mereka tetapi ia hanya pada masa yang singkat sahaja. Adalah sukar untuk mereka memberikan perhatian kepada apa yang kita katakan sedang mereka sedang menjerit dan menangis. Kadang-kala ada juga terjadi, apabila kita memukul kanak-kanak yang sedang mengamuk ini, mereka memukul kita semula atau lebih teruk memukul dan mencederakan orang lain. Kita perlu ingat bahawa kanak-kanak yang sering terdedah kepada perlakuan kekasaran fizikal akan membesar menjadi seorang yang terlalu agresif.

Mendisiplinkan kanak-kanak adalah tidak mudah dan kita tidak selalu berasa gembira dengan cara yang kita gunakan untuk mengawal keadaan itu. Satu perkara yang penting diingati apabila berhadapan masalah ini adalah kita perlu sentiasa tenang. Dari situ kita boleh berfikir dengan rasional untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.

No comments:

Related Posts with Thumbnails