Warning! AKUNOI Warning!


Diingatkan, blog ni akan citer pasal me. Pasal kecomelan me, kepandaian me, kehebatan me. Akan ada entry yang menunjukkan
keriakkan me, kesombongan me, ... Segalanya about me, me, me dan me... The world does revolves around me, thingin'. Kot ada yang rasa geli-geli, meluat bila baca, me cadangkan, baik tutup jer window ni ye... Karang tak pasal-pasal korang muntah hijau plak... Anyway... pada yang tak kisah untuk muntah hijau... selamat membaca...


Saturday, March 6, 2010

Pasal... Sehati Sejiwa

Salam,

Apa itu 'sehati sejiwa'?

Sehati sejiwa adalah suami-isteri yang luka pada tempat yang sama, pada hari yang sama, then pakai plaster yang sama design. Oh lomantiknya~


Kami bentang tilam single Vono kat hall antara 2 sofa. Tilam tu bertemu kabinet TV. Masa ZwanZwan nak off kipas yang kat tepi tingkap, kaki dia terperosok tepi tilam dan kabinet tu. Bila dia tarik kaki, tersagat kat buju kabinet bahagian bawah yang tajam. Dah terkopek kulit, berdarah. Me letak ubat dan tampal plaster.

Beberapa jam lepas tu, lepas balik dari kedai 'Enjoy Breastfeeding' kat Klang, me plak kena masa nak buka tingkap. Darah menitik. Maka ZwanZwan punya turned plak sapukan ubat dan tampal plaster.

3 comments:

Kuacibunge said...

hubby baru pergi kedai ni last week beli breastmilk storage tu RM25 :)

Aan Andes said...

Haha comel plaster. Ok tak sale tu Tatty?

Nurul Aznil said...

@Kuacibunge - jauhnya mencari barang...

@Aan - ok jugak la. dia bagi diskaun 4-5 ringgit gitu...

Related Posts with Thumbnails