Warning! AKUNOI Warning!


Diingatkan, blog ni akan citer pasal me. Pasal kecomelan me, kepandaian me, kehebatan me. Akan ada entry yang menunjukkan
keriakkan me, kesombongan me, ... Segalanya about me, me, me dan me... The world does revolves around me, thingin'. Kot ada yang rasa geli-geli, meluat bila baca, me cadangkan, baik tutup jer window ni ye... Karang tak pasal-pasal korang muntah hijau plak... Anyway... pada yang tak kisah untuk muntah hijau... selamat membaca...


Monday, March 1, 2010

Pasal... Berinteraksi Dengan Baby

Salam,

Bagaimana nak maksimumkan interaksi yang seronok dan berkesan dengan baby anda?

1. Involve dalam sebanyak mungkin aktiviti perkembangan baby anda.
=> macam time nak mandi, pakaikan baju, makan, tidurkan baby. kalau tak reti pun atleast menyimpitlah sebelah... janji baby nampak dan sedar kehadiran korang.

2. Waktu mandi adalah waktu yang besh!
=> mandi bukan saja nak bersihkan badan tapi ia termasuk main, sentuhan yang lembut, penghasilan bunyi, tengok benda baru macam mainan semua.

3. Sentiasa bercakap dengan baby anda.
=> Tanya dan explain benda disekitar kita pada baby. Memang dia tak paham tapi cara ini mendedahkan baby kepada nada dan intonasi suara kita. Selain mendedahkan baby kepada perbendaharaan kata.

4. Aktiviti fizikal.
=> sekali-sekala bawa baby berjalan dalam stroller, carrier atau paling mudah, bentang jer tilam/tikar di hall rumah atau nak lebih seronok belakang rumah untuk waktu main yang special! Tak lah baby bosan benda yang sama jer hari-hari.

5. Beri perhatian 1-on-1 yang banyak.
=> cipta satu benda atau permainan yang both korang enjoy. cari benda yang baby minat dan kita bleh tarik perhatian dia lebih lagi.

6. Selalu buat eyes contact.
=> bila bercakap tengok mata baby. Ini akan beri signal kepada baby yang kita tengah bagi fokus untuk dia saja.

7. Bercerita kejadian sepanjang hari.
=> ini akan membuat baby rasa dia adalah sebahagian dari hidup kita. guna cara percakapan kita yang biasa. baby boleh rasa keikhlasan kita.

8. Sentiasa beritahu.
=> waktu nak bagi baby makan, salin lampin, mandi atau apa saja, beritahu baby, "Ibu nak salin pampers awak ni." Dengan cara ini, baby bleh tahu apa akan berlaku nanti. Perkara ini akan membuatkan baby rasa selamat dan in control.

9. beritahu baby expectation kita.
=> macam time mandikan baby, kita nak dia donggakkan kepala sbb kita nak bersihkan leher dia. Walaupun baby tak paham tapi kita involvekan dia dalam aktiviti dan minta dia berkerjasama.

10. Beritahu baby yang kita nak pergi mana-mana
=> kalau nak kluar bilik, beritahu baby,"Ibu nak gi dapur kejap ye." ketelusan begini adalah penting dari tiba-tiba baby tgk, kita dah ilang. secara langsung kalau kita dok tetiba ilang akan buat baby rsa tak selamat dan dia akan ilang percaya kat kita.

pic from: http://cm.iparenting.com

1 comment:

Aan Andes said...

Me selalu cakap, tapi time menyusu me sibuk browse internet pakai phone boleh? Kesiannya baby me..mesti dia rasa me ni mcm botol susu giant je, susu kuar tapi takde interaksi..ok ok insaf lepas ni me browse time dia tido huhuhu

Related Posts with Thumbnails