Warning! AKUNOI Warning!


Diingatkan, blog ni akan citer pasal me. Pasal kecomelan me, kepandaian me, kehebatan me. Akan ada entry yang menunjukkan
keriakkan me, kesombongan me, ... Segalanya about me, me, me dan me... The world does revolves around me, thingin'. Kot ada yang rasa geli-geli, meluat bila baca, me cadangkan, baik tutup jer window ni ye... Karang tak pasal-pasal korang muntah hijau plak... Anyway... pada yang tak kisah untuk muntah hijau... selamat membaca...


Tuesday, May 14, 2013

Pasal... Rezeki (Part 5)

Salam,

OK, sambung lagi pasal rezeki.
Kali ni memang rezeki terkejut tak disangka-sangka.

Seperti yang dah tau (yang tatau, purak-purak tau la) me sambung ambil degree kat OUM. Maka me dapatlah baucer buku 1 Malaysia (BB1M) tu.
Me dah spent RM150 kat kedai buku gah ni. Dapat 5-6 buah buku jer.

Then adik angkat me, Neena bgtau kedai buku kat Amcorp Mall ni. Murah dan banyak jenis. 
So 1 fine Sunday day, kekami pergi sana. Siap ada adegan sentap dengan ZwanZwan sebab dia hilang. Orang nak consult dia pun susah. Grrrrr!

Anyway. Masa lepas bayar budak kaunter suruh apply membership. FREE! Hah, ahkak dengar FREE pun laju la pi kaunter Customer Service. Isi borang then diberi 2 borang cabutan bertuah untuk pemegang BB1M. Me pun isi sambil merungut dalam hati, 'awat la budak ni tanak tolong aku bagi jawapan?'. Tapi isi la jugak. Sementara tu ada jugak stop tengok apa hadiah dia. Nampak Viva. I was like, 'Menang Viva ni best gak! But macam la I'm THAT lucky! Dapat iPhone pun OK lah!'. Me lipat kertas tu elok-elok, kejap-kejap (ketat-ketat - sebab me tengok orang lain lipat biasa jer, sampai ada yang terbuka balik) then drop dalam kotak sambil ber-Bismillah dan Selawat. Untung sabut timbul ye dok?!

Masa berlalu...

Dalam tengah hari hari mengundi, me terlelap atas sofa while Elia melayan Minuscule. Then dapat called. A lady identify herself as Ruebni dari mana-manatah kata me menang grand prize lucky draw depa. I was like, 'seriusly? Oh my god, Oh my god! Ya Allah, Alhamdulillah'. Dia kata akan call balik esok (Isnin) untuk bagi details for penyampaian hadiah dan sesi foto.

Letak phone, me rasa 'sesuatu'. Ni another level of gores dan menang meh? Called ZwanZwan (tengah tunggu turn mengundi). Dia macam biasalah, happy! Called my Mum. Dia suruh berhati-hati takut terkena. Dia kata time pergi sana (tempat ambil gambar dan hadiah) nanti, bawa kawan-kawan ramai-ramai. Snap pictures as bukti. If kena bayar tu scam.

Hari Isnin, kat opis...
Dapat called dari numbor tak dikenali. Ruebni called. Cakap nanti dia bagi alamat showroom Perodua tu. Dia ada sebut nama jalan kat PJ. Lepas hang-up that call, me google dan called showroom tu. Dah mamat showroom tu kata, tak ada event esok. Dia tatau pun. Ah sudah! Me tunggu email dari Rue. Setengah jam. Still nothing. Me called ZwanZwan minta dia call minah tu tanya. Oh, dia cakap nak email la ni. Yeah true enough, email minah tu dari kedai buku tu. Tapi me still tak percaya. Me call kedai buku, depa kata memang pemenang akan diberitahu by email dan by call. Me plak tak tanya, sapa nama pemenang grand prize depa.

Hari Selasa...
Lepas lunch me gerak to picked up ZwanZwan. Kami pi kedai buku tu around 3pm. Tanya Customer Service betul ke ada event. Siot, depa pun tatau. 'Ah, aku dah terkena!' me jerit dalam hati. Tapi lepas sekian-sekian, a very nice CS came dan explain everything to us... 

Lega...

...bersambung...

No comments:

Related Posts with Thumbnails