Warning! AKUNOI Warning!


Diingatkan, blog ni akan citer pasal me. Pasal kecomelan me, kepandaian me, kehebatan me. Akan ada entry yang menunjukkan
keriakkan me, kesombongan me, ... Segalanya about me, me, me dan me... The world does revolves around me, thingin'. Kot ada yang rasa geli-geli, meluat bila baca, me cadangkan, baik tutup jer window ni ye... Karang tak pasal-pasal korang muntah hijau plak... Anyway... pada yang tak kisah untuk muntah hijau... selamat membaca...


Thursday, May 9, 2013

Pasal... Rezeki (Part 2)

Salam,

Citer pasal penungguan suatu penyiksaan pula...

Masa pergi interview kat UM tu, me pakai baju kurung chomel-chomel la. Naik tingkat 7 jumpa adalah sorang pegawai tu. Lepak 5 minit then turun ke tingkat 3 (kot). Sementara tunggu interviewer tetiba datang sorang lagi cOlan, Siti Faeizah. Nampak muda. Wow! 

Tetiba dapat call dari budak opis tanya me kat mana. Dia nak ambik barang kat opis. Siot betul! Tader tader! kali ni persetankannya. Masuk bilik interview ada 3 orang, sorang mat salleh botak dan 2 Malay ladies. Sorang muka nampak lembut sorang lagi muka macam 'ko kerek, ko kena!'. 

Bla bla bla... settle. Depa kata dalam DUA (2) hari depa akan bagi jawapan. Me tunggu... 1 hari... Nothing... 2 hari... Nothing. Maybe depa bagi jawapan minggu depan kot. Tunggu lagi... still nothing. Me siap SMS budak yang email me details interview if dah ada keputusan ke? Dia reply. "Tader lagi tapi patutnya HR akan contact. Tunggu dulu la". Bila dah genap seminggu dari tarikh pi interview me dah panas... Me sms mamat tu lagi, "Jika dah buat keputusan untuk tidak pilih me, bgtau la. Boleh berhenti berharap. No reply. Frust tertonggeng... 

Maka me teruskan hidup dalam keadaan tidak tidak tidak happy sangat bekerja dengan boss yang... WOW! Masuk minggu ke2 lepas interview, isnin. Me malas masuk kerja, me sambung tido lepas subuh. Dalam pukul 9++ ada call in. Dalam keadaan mamai-mamai tu me angkat phone. 

"Puan Nurul, saya A*** dari Universiti Malaya. Saya nak tanya, puan dah dapat ke offer letter kitaorang?"
"Hah?! Offer letter? Tak dapat pun. (time ni masih mamai) Eh, kiranya ni saya dapat la kerja tu ye?" (time ni me macam baru lepas kena curah air ais!)"
"Iyer Puan. Itu yang saya call tanya bila Puan boleh lapor diri"...

The rest is history...

No comments:

Related Posts with Thumbnails