Warning! AKUNOI Warning!


Diingatkan, blog ni akan citer pasal me. Pasal kecomelan me, kepandaian me, kehebatan me. Akan ada entry yang menunjukkan
keriakkan me, kesombongan me, ... Segalanya about me, me, me dan me... The world does revolves around me, thingin'. Kot ada yang rasa geli-geli, meluat bila baca, me cadangkan, baik tutup jer window ni ye... Karang tak pasal-pasal korang muntah hijau plak... Anyway... pada yang tak kisah untuk muntah hijau... selamat membaca...


Monday, May 21, 2012

Pasal... Panggilan Pulau

Salam,

Semalam masak nasi tumis ayam legam. Then tergedik-gedik ajak ZwanZwan pi rumah Neena nak hantar skit kat dia disamping melawat dia yang ditimpa musibah aritu.

Sampai sana, Eiman tarak malu-malu terus sambar beskal. Banyak beskal kat rumah ko Neena, macam kedai dah you! Hehehe... Tiba-tiba Eiman bleh muntah selambak la plak. Jenuh Jep kena cuci pushcar dan siap bilas baju Eiman lagi. Neena pun laju pi cari baju Arina bagi kat Eiman. Korang memang superb baik!!!

Selain itu, kami ada borak-borak pasal nak pi bercuti ke Pulau Kapas tahun depan. Maybe awal bulan 4, insyaAllah. Bot ke sana pun 15 minit jer, so kalau anak-anak takut, tak la laaaaamaaaaa giler mak bapak nak peluk anak yang ketakutan tu. Hehehe...

Sedia maklum tempat penginapan adalah sudah tentu Kapas Turtle Valley yang ZwanZwan, Joe-Allia, Shah-Fiza and ME pergi tahun 2008 dulu. Ownernye orang Dutch kot, ke German? Tak ingat tapi depa baik la. Plus, kemudahan yang depa sediakan adalah free tak payah sewa! Specialnya KTV tu, dia kat lagoon sendiri dan tak ada resort lain disitu, kira private beach gitu.

Semoga plan ni berhasil. Nak juga rasa bercuti dengan anak-anak DENGAN member-member lain yang sudah beranak-pinak juga. Hehehe... Sure seronok diselang-seli havoc tunggang-terbalik yang bisa buat perut senak gelak terbahak-bahak. At the mean time, Eiman sila belajar berenang!


Our Group of Turtle.jpg

No comments:

Related Posts with Thumbnails