Warning! AKUNOI Warning!


Diingatkan, blog ni akan citer pasal me. Pasal kecomelan me, kepandaian me, kehebatan me. Akan ada entry yang menunjukkan
keriakkan me, kesombongan me, ... Segalanya about me, me, me dan me... The world does revolves around me, thingin'. Kot ada yang rasa geli-geli, meluat bila baca, me cadangkan, baik tutup jer window ni ye... Karang tak pasal-pasal korang muntah hijau plak... Anyway... pada yang tak kisah untuk muntah hijau... selamat membaca...


Saturday, February 11, 2012

Pasal... Update Dalam Pantang

Salam,

Seriusly me teringin nak berpantang macam cerita-cerita indah yang me pernah dengar.
Yakni, mak akan jaga makan minum kita, jaga baby bangun tengah malam semua, salin lampin cuci berak and such!

Me ada dengar mak tido sekatil dengan anak untuk jaga cucu.
Ada citer mak akan suruh anak tido bila cucu tido, makan bila cucu makan.
Ada juga yang mak siap atau carikan orang untuk urut, param pilis bengkung semua.
Menu makanan pun memang untuk orang pantang.

Well, this not going to happen since my Mum moden ma...
Lagipun me tak pantang kat rumah dia. Sendiri cari pasal kan? hahhahahaah

Luahan hati lebihan hormon ngandung la ni.

Adik ada kuning skit pagi tadi. Muka merah betul. Dengan segera ZwanZwan dan Abang Professor Emeritus Eiman Ariq pi cari susu kambing, susu ke2 terbaik selepas susu ibu! Alhamdulillah Adik minum dan nampak kulit dia balik ke biasa balik. 

Me pagi tadi dah masuk jari kaki nak meroyan sebab tetiba teringat Ewan. Apa hal anak aku nak kena kuning balik sedang anak sulung aku dah korban nyawa dulu?! Marah woooo! So now, 3 jam sekali gerak Adik minum. Me pun lepas susukan dia me pam susu. Walaupun la ni baru dapat stok 4oz tapi OK la, pelan-pelan kayuh ye dok?

Eiman plak kengkadang buat perangai. Oleh kerana ZwanZwan dan me penat dan tak cukup tido layan Adik awal pagi buta tadi, banyak kali la jugak Eiman kena pukul. Kesian dia... Salah kami la... salah kami...

Penerimaan Eiman terhadap kehadiran Adik so far OK, should improve within time, insyaAllah...
Doakan kami agar diberi kekuatan melayan kerenah anak 2 orang ni. Sungguhpun kami anak dah 3 tapi kami 2 kali berpantang anak sorang. Hihihihihi.

RUmah baru? Nak pasang meter air. Once dah pasang bleh mula bina dapur. Ambik simple jer sebab budget bocor masuk sepital dan operate masa cuti umum. Adeh~ 2K lari. hehehehhe... Sepital kerajaan tanak. Gatal hehhehhe...

Oh me ada berita baik untuk mereka yang bersalin operate. Me pakai corset ni, sedap dan selesa. MIL dan SIL pun bagi komen betapa me bleh jalan laju dan berdiri elok. Nanti me citer bendalah tu bila ada mood :P

No comments:

Related Posts with Thumbnails