Warning! AKUNOI Warning!


Diingatkan, blog ni akan citer pasal me. Pasal kecomelan me, kepandaian me, kehebatan me. Akan ada entry yang menunjukkan
keriakkan me, kesombongan me, ... Segalanya about me, me, me dan me... The world does revolves around me, thingin'. Kot ada yang rasa geli-geli, meluat bila baca, me cadangkan, baik tutup jer window ni ye... Karang tak pasal-pasal korang muntah hijau plak... Anyway... pada yang tak kisah untuk muntah hijau... selamat membaca...


Thursday, February 9, 2012

Pasal... Adik dan Abang

Salam,

Pada yang tak tengok Adik lagi, inilah gambonyer...
Me still tak nampak tang mana parts ZwanZwan, tang mana part Me.


Alhamdulillah berjaya susukan Adik pagi tadi walaupun dia tak kenyang sangat.
Baru-baru kluar dia dah minum 25cc susu hokey!
Misi tu terkejut sebab selalunya baby baru kluar minum takat 10cc jer.
Hm...

Nama?
Memula nak letak Emma Arissa tapi bila tanya kawan me Ustaz Adam, maknanya macam kureng skit so tukar last minit.
Nothing fancy, janji maksud elok dah boleh jadi doa yang bagus untuk Adik...

Professor Emeritus Eiman Ariq?
Kesian dia. Dah 2 malam tido rumah MIL. Selalu tanya Babah?Babah? Bubu?Bubu?
Walaupun ada 3 sepupu tapi mana nak sama bau ketiak masham Babah dia tu.
Sabarlah Abang, malam ni insyaAllah Ibu dah kuat, Abang tido sepital ye. Hihihi... Babah kata dia nak kepit awak bawah ketiak dia ketat-ketat :P
Jangan pengsan sudah!

Terima kasih pada pelawat pertama kami. (still memegang rekod orang pertama visit sejak zaman Eiman lagi) Neena, Jep, Arina dan Ariana... Chumil tgk adik-kakak pakai baju sama!
Terima kasih jugak buat MIL, SIL dan anak-anak buah yang selalu menceriakan wad yang sangap ni! Seronok jadi bebudak, tak peduli apa pun. Janji ENJOY!

5 comments:

mama iris said...

tahniah.......pipi dia niiiiiiii kalo dekat dah lama kene gigit. hehhee.....semoga menjadi anak yang solehah, abang Eiman jaga adik elok2....=)

Ina Hashim said...

tahniah....

ya Allah....comey n gebuzzzzzzzz sangat....rasa nak cium2 pipi montoks dia tuh

Cikidong said...

tahniah.. comel macam amoiiiyyy! :D

Amiizaa2001 said...

comelnya..putih gebu:):)
congrats, shin:):)

Mamanurin said...

tahniah!!!! wahhhhh sgt comel!!! nak gigit pipi diaaa

Related Posts with Thumbnails