Warning! AKUNOI Warning!


Diingatkan, blog ni akan citer pasal me. Pasal kecomelan me, kepandaian me, kehebatan me. Akan ada entry yang menunjukkan
keriakkan me, kesombongan me, ... Segalanya about me, me, me dan me... The world does revolves around me, thingin'. Kot ada yang rasa geli-geli, meluat bila baca, me cadangkan, baik tutup jer window ni ye... Karang tak pasal-pasal korang muntah hijau plak... Anyway... pada yang tak kisah untuk muntah hijau... selamat membaca...


Thursday, December 29, 2011

Pasal... Rumah Kekami

Salam,

Dalam keter borak ngan ZwanZwan, tanya bila KWSP bleh dapat duit?
Dia kata sebulan.
Time tu rasa nak buka pintu keter terjun tau!
Sebab itu bermakna, memang sampai beranak la tak dapat masuk rumah Indahria.
SEDIH HOKEY!!!

Lainlah me jadi lintah, 'curi' duit Tok bayar duit rumah. Bleh le masuk cepat. Then dengan muka tak bersalah cakap, "Ai renovated rumah ni dekat RM100K tau!" Hak ptuiii! Hehehehhe, itu citer lain...

Surat dari developer dah dapat, now tunggu salinan la KOT, isi borang KWSP dan hanto. Tunggu duit masuk akaun. Then bayar tuan rumah. Baru bleh masuk.

Banyak yang nak kena buat wooo... Antaranya:
cat rumah. Even sebelum ni anak dara dulu, tapi bukan semua anak dara tu pembersih. so  better pastikan seluruh rumah dicat dengan warna-warna ceria :P
  • Beli tilam. la ni kami pinjam tilam Mama. Ili nanti nak dok bilik kami sekarang dan kengkadang Mama akan datang Subang Mas, so elok le tilam queen tu. Tilam single yang Ili pakai la ni bleh letak kat bilik tengah yang bakal disewakan (or not?)
  • Beli lemari baju anak-anak. Diulangi anak-anak (heehehhe, insyaAllah dah bleh guna perkataan anak-anak dah lepas ni) Lemari Eiman beli kat Ikea dah runtuh. Lemari plastik Ewan dan retak. Ganas giler kekami ni!
  • Langsir. Ni penting. Kami laki bini suka berseksi dalam rumah. Karang free show kat pak guard plak :P Dapat tau ukuran tingkap sekarang ni pun cukup bagus so bleh pi beli kain dan tempah. Tapi apakan daya...
  • Dapur. Dapur la ni adalah masih virgin. Cuma tuan rumah dulu pasang dapur amender kat balkoni belakang. Dia dah cabut dapur tu. So tinggal sinki togel jer tau! Sangatlah tak seronok! Again, if ada ukuran tepat, bleh mula cari kontraktor dan beli bahan.

Itulah antara perkara yang membebankan kepala hotak me sekarang. Entah bila la nak settle... ingatkan bleh masuk sebelum 2011 berakhir... hm... mengeluh jer la...

3 comments:

Aan Andes said...

Takpe tatty, biar lambat asal selamat. Kalau rushing2 nanti tak jadi according to plan/tastebud tak best jugak. Lepas pantang pun ok apa..kira hadiah masuk rumah untuk keluarga baru ;)

Nurul Aznil said...

sebenarnya, kami dah lama tak kemas rumah seperti sepatutnya. maka rumah semak sgt. habuk byk! amat tidak sesuai untuk baby... if nak kemas pun tatau nak mula dari mana.

dok ingat pindah rumah bleh buang mana yang patut, tapi la ni nak buang pun jadi tak reti, jadi bodoh...

Aan Andes said...

ni dah last2 minit tatty campak je semua dlm kotak, nnt masuk rumah baru punggah balik sort mana nak mana tanak. kena rest byk skrg.. buli lebih2 sket part time maid nanti :D

Related Posts with Thumbnails