Warning! AKUNOI Warning!


Diingatkan, blog ni akan citer pasal me. Pasal kecomelan me, kepandaian me, kehebatan me. Akan ada entry yang menunjukkan
keriakkan me, kesombongan me, ... Segalanya about me, me, me dan me... The world does revolves around me, thingin'. Kot ada yang rasa geli-geli, meluat bila baca, me cadangkan, baik tutup jer window ni ye... Karang tak pasal-pasal korang muntah hijau plak... Anyway... pada yang tak kisah untuk muntah hijau... selamat membaca...


Saturday, December 31, 2011

Pasal... Pinggan Mangkuk, Periuk Belanga

Salam,

Budak 8 tahun. Bangun pagi, mak dan ayah tirinya dah pi kerja.
Pi mandi, tengok selambak pinggan mangkuk, periuk belanga kat tepi bilik air.
Dah mandi pakai baju, sikat rambut, on video. Selalunya citer Alice in Wonderland or Walt Disney.
Makan nasi lemak bungkus yang ayah tirinya belikan. Banyak jugak isinya. Ada kacang, ikan bilis, kangkung, telur rebus separuh dan sambal diletak atas potongan segi empat daun pisang atas timbunan nasi lemak tu. 

Budak tu bahagikan nasi tu separuh. Separuh lagi boleh dimakan tengah hari nanti. Mak balik dalam pukul 5 lebih. Lepas makan, off video masuk bilik air. Mulalah rutin hariannya, cuci pinggan mangkuk, periuk belanga. Dah siap basuh, dengan kudrat budak perempuan 8 tahun, ditariknya besen penuh pinggan mangkuk, periuk belanga tu ketepi pintu bilik air. Siap dah kerja hari ni. Boleh main dengan kawan-kawan kat luar.

Nasi lemak tu, bakinya, selalunya tidak dimakan. Ditinggalkan untuk mak yang akan balik kerja nanti. Kesian mak balik dari tempat kerja lapar, penat... (juga sebab pernah kena marah dengan mak kerana habiskan semua nasi tu...:P)

Itulah rutin harian me masa my Mum ambik me dok dengan dia sepanjang cuti sekolah kat kuarters PKB Jasin dulu.
Cuba tengok bebudak la ni, ada kena buat kerja camtu? Diminta bawa pinggan sendiri pi sinki lepas makan pun mak depa tak bagi. "Diaorang kecik lagi. nanti dah besar diaorang belajar la". Lepas tu esok-esok bebudak tu dah besaq, anu dah berbulu segala, dok baloq liat lagi, toksah mai ngadu kata menyesal tak ajaq depa dulu-dulu tau! Jadi hamba anak sampai ketua... elok la tu!

Sebab tu jugak la dah tua gayut anak nak masuk 3, me cukup malas nak masak nasi ngan basuh pinggan mangkuk, periuk belanga. I've been doing it since 8 years old hokey! (hahaha, alasan :P)

2 comments:

Aan Andes said...

haha kann..dah baloq liaq tak leh buat apa. Generasi baru ni kita train anak2 kita to be considerate. Bukan nak suruh jadi mcm kita dulu.

Ps: Berkat basuh pinggan at 8yo kut Tatty jadi cekap kat dapuq ;)

Liza Razak said...

budak-budak kena train dari kecik lg.Tak boleh dimanjakan sgt.Nnti naik lemak :)

Related Posts with Thumbnails