Warning! AKUNOI Warning!


Diingatkan, blog ni akan citer pasal me. Pasal kecomelan me, kepandaian me, kehebatan me. Akan ada entry yang menunjukkan
keriakkan me, kesombongan me, ... Segalanya about me, me, me dan me... The world does revolves around me, thingin'. Kot ada yang rasa geli-geli, meluat bila baca, me cadangkan, baik tutup jer window ni ye... Karang tak pasal-pasal korang muntah hijau plak... Anyway... pada yang tak kisah untuk muntah hijau... selamat membaca...


Friday, November 4, 2011

Pasal... Konvo... LAGI!

Salam,

Berkira-kira duit dalam poket dan akaun...
Kalau nama naik, me nak beli kasut baru dan sepersalinan warna cream baru.
Nak beli baju yang kainnya chiffon flowey-flowey gitu.
Tapi budget ciput jer la. RM200.
For me berbaloi untuk meraikan abih belajar dekat 4 tahun nak dapatkan second diploma ni.
Kan?

Hm, orang lain sibuk buat degree, master, me pi buat diploma. Macam buduss jer, tapi me tak minat IT. Nak belajar something yang tak minat sangatlah tidak elok diusia bangka begini. Tengoklah, kalau Ayah Ahmad bermurah hati nak buat sumbangan barang sekarung dua guni duit, merasalah me sambung belajar. Ikut plan nak ambik kat OUM sebab bleh transfer 10 subjek dan memendekkan tempoh mengajian paling kurang 2 tahun. OK la tu kan?

So, kalau diploma ni kain chiffon flowey-flowey, degree nanti camner la gamaknyer baju me ye?
Gaun ala Victorian la kot! Muahahhahahah!
pic taken from http://www.aliexpress.com
OK tak baju ni? Kena kasi kempis pewot dulu, ikat corset ketat-ketat macam Elizabeth Swann dalam Pirate of The Caribbean tapi jangan sampai tak bleh bernafas plak! :P

No comments:

Related Posts with Thumbnails