Warning! AKUNOI Warning!


Diingatkan, blog ni akan citer pasal me. Pasal kecomelan me, kepandaian me, kehebatan me. Akan ada entry yang menunjukkan
keriakkan me, kesombongan me, ... Segalanya about me, me, me dan me... The world does revolves around me, thingin'. Kot ada yang rasa geli-geli, meluat bila baca, me cadangkan, baik tutup jer window ni ye... Karang tak pasal-pasal korang muntah hijau plak... Anyway... pada yang tak kisah untuk muntah hijau... selamat membaca...


Thursday, October 20, 2011

Pasal... Me at 23 Weeks

Salam,

Now dah mula kena heartburn balik. Geramnyer... minum, hilang kejap. Lepas tu sendawa, rasa balik.
Makan pun sama. Macam la ni la! Gaviscon tak bawa plak.

Semalam tak pi opis. Kurang sihat kaedahnya. Nak tido sepanjang hari tak dapat pula walau cuaca sangat elok, hujan renyai-renyai.

Pukul 5 mula masak ayam kicap dengan bayam tumis air dan sambal belacan.

Kali ni ngandung my tummy kecik berbanding abang-abang. Namun pergerakan baby agak aktif daripada Abang Chaq, kurang dari Abang Chik. Sedang-sedang gitu. 

Scan tengok pertumbuhan normal dan kedudukan uri kat atas. Tapi ditanya adakah kali ni boleh bersalin normal, Dr Kamal kata tak boleh sebab kalau dulu high risk, kali ni double high risk dengan nada berseloroh. Takpa, next check-up nak tanya dia betul-betul.

Memang kalau boleh tanak potong pewot dah. Sakit sangat! Paling penting tak bleh straight away dukung baby dan susukan dia. Kencing pun pakai paip! Nak pakai bengkung pun susah.

Anyway, kita merancang, Allah menentukan.
Doakan yang terbaik untuk kekami dan semoga Allah pulangkan balik kebaikan yang korang tunjukkan kepada kekami berlipat-lipat kali ganda. AMin~

2 comments:

mar!ahaf!z said...

baby kecik ke mak dia dah kurus?
me ni 3 bulan manjang.. cumanya baby takde.. hehe..

org asik tya pregnant ke?

Qhaifa Nur said...

lain anak lain sakit...
jangan difikirkan sangat berdoa semua selamat...kalau nak ikutkan pengalaman akak ni lagi ngeri

uri melekat, baby besar sangat, tumpah darah dan tunggu2 tak kuar pun ada, apa lagi kasi belah lah..

bila tengok org pregnant teringat semuanya...jangan risau ok..

Related Posts with Thumbnails