Warning! AKUNOI Warning!


Diingatkan, blog ni akan citer pasal me. Pasal kecomelan me, kepandaian me, kehebatan me. Akan ada entry yang menunjukkan
keriakkan me, kesombongan me, ... Segalanya about me, me, me dan me... The world does revolves around me, thingin'. Kot ada yang rasa geli-geli, meluat bila baca, me cadangkan, baik tutup jer window ni ye... Karang tak pasal-pasal korang muntah hijau plak... Anyway... pada yang tak kisah untuk muntah hijau... selamat membaca...


Thursday, August 18, 2011

Pasal... Subconscious Mind

Salam,

Sejak Isnin me dok risau sebab tak jumpa kredit card opis. Merata carik tak jumpa jugak.
Panik woooo! Kalau hilang, apa nak bgtau Boss Duit? Giler mung!!!

Dah la nak beli bebarang komputer nanti.Mana nak korek duit? Celah ketiak? Celah jari? Hehehehhe

Maka semalam, me dok berdoa la, minta Allah bagi clue kat mana kad tu, then me tido...
Me mimpi, me nampak kad tu kat arm rest sofa. Me tengok sebelah tu ada laptop me dengan Outlook tengah terbuka. Ada email dari Dell. Then me terjaga. Tengok jam pukul 2. Me bangun pi dapur minum Coke... Ahhh~ Then sambung tido sambil dok pk, betul la, me last guna kad tu Khamis lepas beli monitor kat Dell sebelum pi Dr Kamal untuk cchek-up.

Terjaga untuk Subuh, me terus pi kat tepi sofa. Me angkat kotak mainan Eiman dan carik-carik. Then Subahanallah! Me nampak elok terletak kad tu atas kotak mainan kedua. Terus me bgtau ZwanZwan pasal mimpi me. Dia pun amazed!

I mean for me, this is AMAZING! Dapat clue dalam mimpi. Atau omputeh panggil subconscious mind... So minda separuh sedar me telah bekerja untuk mengingati bila dan kat mana me last guna kad tu. Walau apa pun, yang penting sekarang, kalau Allah tak benarkan, jangankan minda separuh sedar, minda tak sedar-sedar pun tak bleh ingat lah! Kan? Hehehhehhe

Inilah kad yang diperkatakan itu...

2 comments:

Aan Andes said...

Wow..mmg amazing. This means, we can push our brain to the max cuma selalunya tak buat. Alhamdulillah..semua dengan izin Allah

Qhaifa Nur said...

alhamdulilah nasib baik ada, klau tidak pecah kepala...kuasa Allah

Related Posts with Thumbnails