Warning! AKUNOI Warning!


Diingatkan, blog ni akan citer pasal me. Pasal kecomelan me, kepandaian me, kehebatan me. Akan ada entry yang menunjukkan
keriakkan me, kesombongan me, ... Segalanya about me, me, me dan me... The world does revolves around me, thingin'. Kot ada yang rasa geli-geli, meluat bila baca, me cadangkan, baik tutup jer window ni ye... Karang tak pasal-pasal korang muntah hijau plak... Anyway... pada yang tak kisah untuk muntah hijau... selamat membaca...


Tuesday, March 8, 2011

Pasal... Tie Dye

Salam,

Sabtu lepas, mengikut rancangan, me berjaya melaksanakan tugasan Pattern & Design, tie dye. Me buat 4, 1 jer jadi seh.

Selepas di post mortem didapati ia terjadi kerana me pemurah sangat tuang dye sampai lencun kain. Kan kena buat lagi 1. Malam ni kot nak buat, insyaAllah.

Marilah kita lihat mangsa-mangsa yang terlibat didalam insiden Sabtu malam lepas...


4 warna. Hijau, merah, kuning dan biru. 1 warna serbuk ni RM5.50

Menggunakan kain lampin lama yang dipotong 4. Me ikat-ikat dengan gelang getah




Me letak blok bentuk bintang ngan heart shape. Tengah tu ikat dan buka macam bentuk kipas skit.
Ni bentuk paling susah nak buat. Me tak tarik kain tu kuat sgt. Kain kecik sangat dan tebal.
Proses mewarna. Me guna picagari jer. Senang!
Gempak jer bentuk ni, kan? Me letak garam kat ujung kiranya nak bagi jadi warna pecah-pecah.
Ni 15% jadi. Hasil dari yang ikat ketul-ketul tu...
Kiri: 5% jadi. Hasil dari ikat blok tu.Kanan: 10% jadi. Ini hasil dari ikat macam lipan tu.
Ini sajalah yang jadi... tu pun dalam 80% jer. Adeh~

So malam ni buat lagi 1 sebab tugasan minta 2.
Mari kotorkan tangan, jari, kuku dan dapur lagi!!!

5 comments:

Aan Andes said...

Ya Allah..projek apa kah ini. Ni dah macam amik course art pulak

Unknown said...

Ni untuk paper Pattern & Design...
My major early childhood...
My minor ARTS :P

Aan Andes said...

Ohh haha bestnya. Untung la course ni, nnt byk stuff u can do with Eiman

mar!ahaf!z said...

eii me ada buat projek ni masa sekolah.. hehe amek kelas Arts sebab mak suruh!

Unknown said...

@Aan - takut Eiman jer tanak buat dengan me... apa barang belajar arts dgn ibu :P

@Maria - seronoknya ambik kelas art. me dulu tak dapat... benci tau~

Related Posts with Thumbnails