Warning! AKUNOI Warning!


Diingatkan, blog ni akan citer pasal me. Pasal kecomelan me, kepandaian me, kehebatan me. Akan ada entry yang menunjukkan
keriakkan me, kesombongan me, ... Segalanya about me, me, me dan me... The world does revolves around me, thingin'. Kot ada yang rasa geli-geli, meluat bila baca, me cadangkan, baik tutup jer window ni ye... Karang tak pasal-pasal korang muntah hijau plak... Anyway... pada yang tak kisah untuk muntah hijau... selamat membaca...


Sunday, January 30, 2011

Pasal... Projek Eiman Baik Punya Dok Ada!

Salam,

Malas nak citer, korang scroll jer la ke bawah...

"Kacau, kacau, kacau camni"
"Kalau susah sangat, angkat cawan tu begini ye".
"Lepas tu letak balik cawan tu kat tempat asal yakni sebelah pinggan".
"Ginilah ghuper bihun sup dan bergedil dengan kuah jus oren ala tangkup-terbalik"
"E'eh, Babah snap gambar? Apsal tak bagitau? Sat Eiman pose. Ha snap! Macho wooo~"


Saturday, January 29, 2011

Pasal... Parenting Style

Salam,

Tertarik dengan entry Aan pasal Parenting Style, me pun cuba...
Jawap, punya jawap soalan, dapat keputusan begini...

Pada sesiapa yang nak cuba kuiz ni bleh ke sini!

Friday, January 28, 2011

Pasal... Ada Poket Doraemon

Salam,

Opis SiripBiru ni akan beri staff sesuatu bila ada perayaan.
Aritu raya dapatlah duit raya.
Then so on and so forth.

Tapi yang sebelum ni tak besh langsung sbb HR bagi request last minit.
Boleh demand tu nak ikat reben la, dalam kotak warna merah la, apa la. BS betul!
Dia ingat me ada poket Doreamon ke?

However, kali ni untuk CNY, me yang pilih apa nak bagi, me yang order, me yang bayar...
Dan inilah hasilnya...

Biskut coklat (macam Almond London skit) dengan hiasan gula icing bentuk rabbit pegang jongkong mas

Thursday, January 27, 2011

Pasal... Lemas

Salam,

Adalah Amoi ni, dia awek sorang consultant kat SiripBiru.
Amoi ni byk kontek. So far harga yang dia bagi pun bagus untuk bebarang opis yang me nak.
Cuma bila dia cuba bawa masuk sebanyak mungkin kontek dia dari business cards, contractor, event organiser, me rasa rimas plak.

Bila dia asyik nak jumpa untuk citer ni, kenalkan orang tu, me macam lemas plak.
Bukan sebab apa yang dia citer or orang yang dia bawa tu bisa buat me tertido tapi sebab a simple thing like nak ambil cheque pun takan ko nak borak dengan aku sampai sejam? Sampai abih waktu me untuk buat kerja lain?

So camner nak bgtau Amoi ni yang yes bleh jumpa tapi kejap cukup lah?
Camner? Tell me...

Baiklah, kita ke hiburan sekarang.
Bersama Ruffedge dengan lagu mereka Lemas...
*clap *clap *clap





Wednesday, January 26, 2011

Pasal... Bunyi Cicak

Salam,

Masuk pagi... seronok nak mulakan hari...

Tetiba Kertu datang, ok, she greet me "Good Morning"... me replied tapi then dia kuatkan suara cakap lagi, "Good Morning"... me pandang dia jawap lagi kuat, "Morning" (me malas nak jawab GOOD, sebab she dah spoil my good morning) Then Kertu cabut earphone dia...

Cabuk punyer Kertu! Ko sumbat tinger ko, ko tak dengar, ko assume aku yang kurang ajar tak reply greeting ko. SIOL betul la.

To make thing lagi siol, dia dok mengkedarah cereal dan minum kat tempat dia buat-buat bunyi ... well to put it nicely... bunyi cicak.... but NO, it's Kertu, the right way to put it is bunyi kerbau pendek makan da... chap chap... chap chap... disturbing betul la!

This is not how I want my morning to begin, hokey!

Sementara itu, silalah berhibur dengan lagu Chap Chap dari Bebe Cool & AY
(tiada kaitan langsung dengan bunyi Kertu makan ye)


Tuesday, January 25, 2011

Pasal... Nak Masuk 4 Tahun

Salam,

Dah nak masuk bulan Febuary kan?
My god cepatnya...

Sedar tak sedar, kalau Ewan ada, dah nak masuk 4 tahun dah dia.
4 tahun ye? Besaq tu.

KALAU Ewan Ariff ada, sure dah pandai cakap.
Sure dia boleh jaga adik dia skit-skit...
Sure dah boleh harap letak pinggan sendiri kat sinki...
Sure dah pandai baca 3-4 patah perkataan...
Sure dah boleh naik beskal roda 3-4 ke...
Sure dia tinggi lampai, maklumlah baka Atuk Amin...
Peh, rambut dia, hitam pekat, tebal lebat!
Kompom handsome lah! Handsome manis manis gitu...

Itu KALAU dia ada lagi...

Apa yang pasti, SEKARANG ni, hanya ada 2 batu nisan sejuk, kaku, bisu...
Ada pokok tinggi, tak rendang...
Ada batu-batu sungai saiz sedang bersusun di pangkal pokok tinggi...
Ada taburan batu-batu halus yang diapit 4 keping kayu tak bervarnish dengan rumput-rumput cuba menyelitkan diri diantaranya.

Hm...
Korang tak pernah tengok gambar Ewan pada minggu-minggu terakhir dia kan?
Kalau ada pun dalam blog lama, dah kena delete...
Korang sanggup ka tengok?
Muka cengkung giler, mata besar dengan bahagian yang sepatutnya putih, kuning...
Tangan dan kaki hanya macam tulang dibalut kulit.
Rambut hitam lebat makin nipis...

Tapi Ewan tetap jugak senyum...
Senyum paling manis tapi pahit bagi me...
Senyum yang nak cover sakit dia, bagi me tak susah hati...
Senyum sebab dia nak jadi bidadari syurga...
Syurga tanpa lapaq, tanpa sedih, tanpa sakit...


Monday, January 24, 2011

Pasal... Cuti-Cuti Malaysia~

Salam,

List to buy:

Eiman's bodysuit/board short
Ibu's baju mandi gedoboh
Pelampung

Bilik dah booked, akhirnya, alhamdulillah...
Pi PD jer... bagi Hero Dagu Tajam mandi kolam...


Pasal... Ceria!

Salam,

Tader update pun on the weekend. Huhuhuuu...
Maklumlah dok sebelah COO, tak sempat nak rajinkan diri update blog or sediakan entry berjadual untuk weekend.

Anyway, ni gambo me snapped last Friday.
My new opis slipers dengan vest keselamatan untuk Fire Drill kat MVC ni.


Ceriakan warnanya?
Sesapa buat palat kat me, me fire dia. Hehehehehe...

Oh, BTW, bagi mereka yang opis around The Taman Menara Utara, fire drill kita pada 24 Feb ni ye! Sila bersedia!

Thursday, January 20, 2011

Pasal... Lebih Chumil Dari Biasa

Salam,

Arini SiripBiru kerja.
Adeh!

Bangun macam biasa, bersiap semua. Pergi beli sarapan untuk ZwanZwan then gerak ke opis.

Giler clear jalan. I managed to made 100 - 110km/j sepanjang Federal Hiway ke opis. Isk isk isk.
Tak sampai 15 minit dah masuk area parking! Dasat!!!

Anyway, ni kerja ZwanZwan kat rumah.
Dia snapped gambar Eiman dan edit.
Lebih Chumil dari biasa la plak anak ku ini~

Monday, January 17, 2011

Pasal... Menjejakkan Kaki

Salam,

Dengaq pasalnya dah lama.
Dok mengidam nak pi sana dah bertahun.
Ter-imagine-imagine kesedapannya dah berkurun.

Akhirnya, berkat ehsan Cik Puan Lenny dan suaminya Encik Ying-Yang-Yo yang menjadikan keter besaq mereka pengangkutan awam terpilih tadi, me berjaya menjejakkan kaki kakak tiri Cinderella ke kedai makan ikan bakaq Jalan Bellami yang belakang Istana Negara tu bersama 2 rakan lagi...

Me ambik ikan cencaru since ikan lain nampak besaq (selain harga pun agak besaq).
Selalu makan besaq ni ada ZwanZwan. Dia bleh abihkan. Ni dia tadak... isk isk isk...
Terkulat-kulat-mushroom me habiskan ikan tu sengsorang.

Sambal belacan dia mabeles! Mabeles sebab dia letak mangga muda racik.
Asam pedas dia terasa asam dan pedasnya... oh oh oh~
Air liurku merembes lagi...

ZwanZwan, satu hari, kita pi la sini ye?
Me nak makan puas-puas banyak-banyak. Me tanak makan nasi. Me nak ratah lauk jer. Kita order ikan pari, ikan cencaru, sotong, udang, jerung, paus... opsss terlebih sudah~

Sunday, January 16, 2011

Pasal... Uli, Gentil, Kutil

Salam,

Duuuluuu ada kata nak bagi resepi nak buat play doh sendiri.
Hutang lama tak bayaq lagi no?

Bahan-bahannya:
3 cawan tepung gandum diayak
1 1/2 cawan garam
3 cawan air
1 sudu makan minyak masak
1 sudu makan cream of tartar
pewarna makanan - ikut suka
(tapi me cadang guna 3 warna asas - kuning, biru dan merah. mix these colours then you can have another 3 secondary colours - ungu, oren dan hijau)

Cara-caranya:
1. masukkan tepung, garam dan air dalam periuk
2. kacau atas api perlahan sampai adunan yang memula melekit melekat kat periuk tak melekat dah dan tutup api
3. biarkan doh tu suam-suam
4. keluarkan doh dan bahagi ikut bilangan warna yang korang nak buat
5. titiskan pewarna atas doh yang suam-suam tu dan uli sampai warnanya sebati
6. simpanlah doh ni dalam bekas kedap udara bila tanak main dah

The good things with this doh are:
1. murah dan mudah nak buat
2. non-toxic. anak termakan pun OK tapi depa sure terpempan dengan rasa masin jer la

WHY PLAY DOH?

Anak-anak akan main doh ni, uli sini, gentel sana, kutil sinun. buat bentuk ni, bentuk tu.
Ini adalah proses belajar dan latihan.

Latihan untuk motor halus depa. Latih depa guna jari dengan lebih baik. Dari sini baru kita boleh ajar depa pegang pencil dengan betul, menaip kat keyboard dengan pantas dan sebagainya.

Belajar membentuk dan padan warna akan kluarkan kretiviti depa.
Depa akan cuba buat bentuk yang depa pernah tengok. Kita boleh tengok sejauh mana depa punya luahan idea. Sejauhmana depa paham tentang bentuk objek yang depa hasilkan.

GOOD LUCK!

Pasal... Meraikan Kejayaan

Salam,

Kat FB aritu ada citer pasal me try cabaran 10 hari tanpa nasi.

Well, alhamdulillah semuanya berjalan lancar.
Bagi meraikan kejayaan me abih pantang 10 hari tu, me masak lontong.
SEDAP!

Memula sambal tu me buat ikut request ZwanZwan, letak ikan bilis halus ngan make it a bit masin.
Bila me ngan Ili try, tak best nya!
Maka me ubah jadi manis... baru sedap!

Sambal tu sangat sedap dimakan bersama roti atau buat sambal kuih 'berger'.

Saturday, January 15, 2011

Pasal... Monorail

Salam,

First time naik Monorail.
Tapi muka Eiman tak berapa excited sebab ngantuk.
Selalunya pukul 6.45++pm tu waktu dia take a short nap.




The 2 living heroes in my life. Lagi sorang dah jadi angel... :)
Miss you Ewan Ariff~


Suamiku yang maju kedepan in career dan physical.


Macam ruper anak omputeh la plak kat sini. Idung jer idung orang asia :P
Kalaulah Eiman dapat idung Atuk Amin, peh!


Encem! Chumil! Bergaya! Kacak! Macho! Manis! Menawan! Grrrrr!

Capa lagi nak puji suami ngan anak kalau bukan isteri/ibu sendiri, ye dok?!


Entry berjadual.
Time ni me maybe kat Rinching Hilir melawat 2pupu Eiman yang baru lahir Rabu lepas
OR kat OUM Shah Alam ambik modul
OR kat Ikea beli frames untuk opis lagi
OR kat opis gantung certs SAP bebudak opis...

Friday, January 14, 2011

Pasal... EIMAN ARIQ is 1 YEAR OLD!

Salam,

HAPPY BIRTHDAY Eiman Ariq

Semoga membesar menjadi hamba Allah yang beriman, sihat walafiat, cerdik pandai, berbudi bahasa, sentiasa comel, hormat orang tua, serta berpekerti tinggi. Selalu-selalulah doakan kesejahteraan Ibu dan Babah ye...


Amin~

Pasal... Macaroons

Salam,

Dapat jemputan dari Vivien Shangri La hotel kat Jalan Sultan Ismail.
Dia kata boleh angkut ZwanZwan dan Eiman so kami pun menononglah ke sana lepas balik kerja semalam.

Parked keter kat Wisma Monorail, naik monorail sampai kat depan Concord Hotel. Jalan kaki sampai hotel terus ke B2.

Sebelum tu snap gambar dulu depan pintu masuk. I love the cameraman! Dia berjaya snap angle yang tak nampakkan my double chin bersaiz double ni.

Dalam tu, makan ala kadar jer.
Tak menang lucky draw.
Tapi berjaya snap gambar yang sungguh mabeles!





Masa tengok gambar ni, me rasa macam kat Willy Wonka punya kilang coklat jer.

Macaroons, strawberries yang dilekat kat batang gula icing, gula berwarna yang dicair dan buat bentuk-bentuk untuk hiasan.



Maria Qibby, akhirnya saya dapat merasa macaroons!!!
Lots of it! Thanks to you, me kenal macaroons ni.
Kalau tidak sure semalam macam orang budusss jer...
Related Posts with Thumbnails