Warning! AKUNOI Warning!


Diingatkan, blog ni akan citer pasal me. Pasal kecomelan me, kepandaian me, kehebatan me. Akan ada entry yang menunjukkan
keriakkan me, kesombongan me, ... Segalanya about me, me, me dan me... The world does revolves around me, thingin'. Kot ada yang rasa geli-geli, meluat bila baca, me cadangkan, baik tutup jer window ni ye... Karang tak pasal-pasal korang muntah hijau plak... Anyway... pada yang tak kisah untuk muntah hijau... selamat membaca...


Sunday, February 28, 2010

Pasal... Pembentukan Personaliti

Salam,

Tau kah korang, personaliti anak kita dibentuk sejak lahir?

Me belajar teori dari Freud ni. Betapa pada peringkat tatih diberi fokus untuk menahan dan melepaskan poo-poo.

Bila makbapak jenis puji anak bila child do it right atau rasa sedih bila anak do it wrong, anak akan besar jadi anal expulsive personality, dimana orang sebegini akan tent to be sloppy, tak terurus, dan senang buat salah. Berisiko juga untuk jadi cruel, destructive dan given to vandalism juga graffiti.

Kalau makbapak jenis bagi hukuman kalau anak main buang sesuka hati, untuk tahan dan buang pada tempat sepatutnya, anak akan jadi ada retentive personality. Maka anak ini akan jadi seorang yang pembersih, mementingkan kesempurnaan, dictatorial selain keras kepala dan kedekut. Ketat all the way...

Dari pada itu, kita mak bapak kena pandailah seimbangkan cara nak mendidik anak... kan? kan?

pic from: http://mentalfloss.cachefly.net

Saturday, February 27, 2010

Pasal... Dah Beli

Salam,

Alhamdulillah
dah beli pam baru tengah hari tadi.

Nyonya jual tu bagi deal baik punya.
Dengan bayaran kurang RM700 kami dapat barang-barang dibawah:
(BTW backdrop bebarang tu adalah sofa baru kami beli aritu :P)

  • 2 botol 9oz BPA free (yang kaler gold tu)
  • 2 puting nombor 2
  • 1 diagram
  • 1 silicon valve
  • 1 motor baru
  • 1 plug baru
  • warranty 2 tahun
barang lain dia tak ambik.

ZwanZwan kata, insyaAllah next month dia nak beli corong baru so sebelah bleh guna elektrik, sebelah lagi bleh guna manual... :P

Maka saya sangat berpuas hati dengan 'push present' saya kali ini... Alhamdulillah...
Lepas ni bleh pam susu pukul 3 pagi bukan sekadar pejam mata tapi sambil tido... kui kui kui

Pasal... Jemputan Kawin

Salam,

Zaman sekarang dah canggih kan? SMS, Facebook, Twitter, Email, et. all... Cuma, kalau hal-hal besar macam wedding janganlah jemput tetamu, apatah lagi your so called kawan baik ke majlis kawin korang pakai SMS jer.

Ingatkan entry me pasak kawan me nama Nona dulu? Sila rujuk sini.

Dulu masa me masih ngandungkan Eiman, dia SMS minta alamat. Since jalan nak ke rumah Mak Bapak dia lalu depan rumah Mak Bapak me, me minta dia masukkan jer kad jemputan dalam mailbox rumah Mak Bapak me. Jimat dah setem 3 kupang.

Tunggu punya tunggu punya tunggu, tak ada berita pun. Me tau details pun dari kawan sekelas lain. Dulu... masa kawan ni, me namakan dia, Lin nak kawin, si Nona nilah yang tergedik-gedik tepon me kata Lin nak kawin ngan kawan sekelas kami jugak. Pengantin rilek jer...

So pagi tadi, dapat SMS dari Nona, "Kpd semua.. jemput hadir ke majlis perkahwinan sy pd 27/2/2010.. beralamat d km blablablabla... Nona". WTH?! Me reply balik SMS dia. Cukup sarkastik, "Aik! Arini majlis arini jemput? Mcm x bg dtg je. Aritu minta alamat, dok tunggu la kad tp nanado. Kisahnya. Moga berbahagia. Kami x dtg sbb jemputan pun last minit mcm jemputan befday party je. Selamat Pengantin Baru".

Jahat kan saya?
Yes, I know!!!

Thursday, February 25, 2010

Pasal... To Be or Not To Beli?

Salam,

Dulu me beli pam Avent isis IQ uno, pakai duit sendiri. Kiranya banyak jugak la me telah menjimatkan duit ZwanZwan sbb kurang beli susu tepung.
Kali ni, sekali jer ZwanZwan kena beli susu tepung. The rest semua hasil titik susu me. Not to mention betapa tak beshnya tinggalkan katil, tilam, bantal yang empuk 2 kali hampir tiap pagi untuk perah susu sedang ZwanZwan sambung mengeruh lepas bagi Eiman susu yang tak sampai 10 minit pun.

So now, I really think, this time, ZwanZwan yang patut kluar duit at least separuh untuk beli pam baru since pam lama me rosak sebab ***** ****** *** **** **** ***** ***** ***** ****** *****. Anggaplah ni my '
push present'. Please note, my last year birthday I didn't receive anything even a wish, OKAY!!!


Beside, semua ni bukan untuk me, pergi ke anak dia jugak. Anak dia yang kedua tapi jadi nombor satu balik. And I would like to highlight that me pernah mengandung 4 kali selama 5 tahun berkahwin dengan dia... OKAY!!! Also, please take into account that EVERYTIME I'm pregnant, I have those nasty, severe morning sickness... OKAY!!!


Maka ZwanZwan, please take note or saya stop pam susu, awak kena kluar duit beli susu lembu. Jangan salahkan saya if anak ketegaq macam lembu plak lepas ni.
HUH! HUH! HUH!!! marah nie~

pic from: http://thesituationist.files.wordpress.com

Wednesday, February 24, 2010

Pasal... Coklat

Salam,

Dari kecik kita dah biasa makan coklat. Dulu kalau dapat beli coklat 'duit syiling' tu, cukup seronok! Mula-mula 3 seposen. Now tatau berapa harga dah.

Sekali-sekala dapat makan coklat bar Cadbury atau coklat biji-biji Van Houtan rasa macam orang kaya saja. Makan pun sikit-sikit takut habis. Susah nak dapat nie!

pics from: http://www.indiandarbargifts.com & http://www.treehugger.com

Then bila makin besar, ada duit, dah tak heran dah. Cuma ada 1 bulan tu, masa me form 3, addicted to Aishah to coklat cocojelly. Sekali beli 1 plastik bleh habis 2-3 hari sampai sakit tekak!

pic from: http://www.goodfood.com.my

Kemudian kenal coklat ni plak. Memang mahal la! Bleh rasa coco powder yang dia guna bukan murahan. Sedap! Memula harga dia sebiji 70sen... now makin naik. Kalau pergi Langkawi jer bleh borang 2-3 kotak sekali. Itulah Ferrero Roche... Punyalah hebat coklat ni, ramai orang buat coklat hantaran.

pic from: http://www.flickr.com/photos/hibiskus/269098752/

Bila dah kerja, jarang makan coklat sbb sayang duit nak beli bendalah tu. Beli minuman coklat adalah... hehehhe...

pic from: http://www.shanghaiexpat.com

Untill my boss, Mr Mark balik dari US dan dia belikan the best chocolate in the world and mahal giler OK. Godiva... (sebutan: GO - DAI - Va) Masa tu Mr Mark kata, coklat tu sekotak USD20!!!

pic from: http://www.ruggedelegantliving.com

Lepas tu, hanya Godiva jerlah yang me idamkan sampai hilang minat nak makan coklat lain. Cuma me hanya bleh rasa coklat tu bila ada kengkawan balik dari State. Macam dari founder Terato.com, Reza Fahmi. 2 kali dia belikan me Godiva. Then sekali dari Abang Shah... Teratorian jugak... After that, tak merasa dah... Sampailah sekali tu, me jengjalan kat KLCC dengan ZwanZwan, ternampak kedai Godiva! Huwaaa... sayangnya duit dalam poket tak cukup, kalau tidak me dah sambar satu.

One of mr officemate dulu kata, Godiva ni mahal sbb kotak dia semua handmade. Siap bereben semua. Untuk kotak 4 biji (harga USD6) siap ada bunga, ok~

Coklat jenis ni la baru kita bleh qoute Forest Gump, "Life is like a box of chocolate. You'll never know what you gonna get", sebab coklat jenis ni, filling dia macam-macam. Dari mint ke hazelnut ke praline, ke kelapa ke cheesecake ke macarons ke frosting ke bittersweet glaze dan ada yang dicampur arak. huhuhuuu...

Thank god la ni ada coklat baru dari Ferrero yang harganya berpadanan rasa... Ferrero Rondnoir. it's dark chocolate so tak la manis sangat. I LIKE IT A LOT!!! Officemate ZwanZwan belikan me sekotak masa dia pi Langkawi aritu. Kalau tak kerana filling gigi me tertanggal, sure dah abih me telan semuanya... :P


Lately ramai yang buat coklat sendiri. Me pernah rasa sekali time raya aritu. alahai... nak berniaga betul-betul lah buat. Terang-terang boleh rasa coco powder main timbang kati. Then rasa gula ketung. Paling worst, bertan-tan mentega depa letak. Tak nikmat betul bila makan. Harga mahal. Harap rupa jer lah cantik, packaging lawa... kualiti hampeh~

Oh coklat ~ coklat ~ coklat~

Tuesday, February 23, 2010

Pasal... Like Ibu, Like Son

Salam,

This is disgusting entry!
Sila tutup mata bila baca... :P

Me ni, susah betul nak poo-poo. 2-3 hari baru sekali datang.
Tak sangka Eiman pun mengikut.

Dulu masa masih dalam pantang, 3 hari tak poo-poo. Kami suami isteri dah risau dah.
Pergi klinik. Lepas daftar jer Eiman poo-poo!
Eiman ni kalau sekali poo-poo siap ada sound efek. Yang lawak, dia kentut kuat, dia yang terkejut!
Mengawang tangan dia... hehehhe

Tadi, masuk almost 4 hari tak poo-poo. Kami pergi klinik, depan doktor dia kentut + poo-poo. Siap bau lagi. doktor pun tegur... hahahhaha... Again 2 kali boom masa tengah tunggu ubat.

I called my Mum untuk bgtau. sekali Mama buka citer me dulu pun macam tu. Lagi teruk sbb time tu kan pakai lampin kain jer... selambak!!! Time tu pun me kat klinik. Adeh~
Mana tak tumpah kuah kalau tak ke speget... kan kan kan?

That remind me, nak kena simpan dalam peti sejuk kuah speget. Ahad lepas masak speget. Semalam buah meatball, tapi masin la plak... Kuah lebih tu bleh try buat lasagna... kot? :P

http://disgruntledmom.com/tag/family-photos/

Monday, February 22, 2010

Pasal... Stok EBM as of February

Salam,

I know patutnya lepas 8 hari kena bekukan EBM, tapi since freezer pun dah penuh, maka byk EBM dok tingkat atas. No worries, the EBM tak pick up odor from food sbb mmg tak der bender sgt dalam peti ais kami... Beside, me rasa dulu EBM tu jika warnanya sudah lain macam sebelum bagi kat Eiman.

Juga, me tak masukkan bekas isi susu tu dalam warmer sbb takut bahan kimia leaking ke, apa ke... nak bagi Eiman, me tuang dalam botol baru masuk warmer.

Bagi susu beku, me kluarkan dalam 4-5 bekas siap-siap dari freezer ke bahagian atas roughly tengah malam untuk hidangan esoknya.

Maka, atas permintaan Puan Ayu lagi jelita, me letaklah stok EBM Eiman yang ada setakat nie...


EBM awal Feb bawah. EBM terkini atas.


EBM minggu ke-2 Feb sampai after cuti CNY.

Seriusly me pun terkejut sbb tak abih Febuary lagi, tapi dah nak penuh. Siap tanya ZwanZwan tadi dan kami berdua pi check. Betul ke tader stok bulan Jan? True enough semua Feb.

Kena korek-korek cari duit beli freezer kotak lah nampaknya... Adeh~

Pasal... Merempat

Salam,

Seingat-ingat me, me dok ngan my nenek, which I call Tok dari kecik. Memang spoil giler... Sampai darjah 4 baju, kasut sekolah, semua Tok sediakan. Balik sekolah, sangkut baju, mandi makan gi ngaji... Petang main, malam tengok tv. Bangun sebelum subuh buat homework dan study...

Then my Mum ambik dok ngan dia masa darjah 5 di Merlimau. 1st time kena iron baju sendiri. She never teach me how to iron baju. Mengelupur! Basuh baju sekolah pun sendiri. Paling tak suka bila lepas hujan. Baju dan tudung me sure kena percikan air dari tayar basikal belakang since my bike tader mudguard. Jenuh menyental dalam toilet. Makanan? Huhuhuuu... Rasanya dalam 365 days in a year... 2/3 harinya me makan megi bila balik rumah. Tak ada makanan panas waiting for me bila balik sekolah. Yang ada, timbunan pinggan mangkuk yang perlu dicuci dan sampah yang perlu dibuang before my Mum balik, else kena jegilan mata.

Form 1, me kena ship back to Penang. This time dok dengan makcik, call her Mak Tam, adik my Mum. Sinilah me belajar jadi perempuan. Belajar masak, kemas rumah, basuh baju, jaga budak...

Masuk form 2, me lari dok asrama. Bila ingat balik life kat asrama... horror! I was alone. Memang tak bercampur dengan bebudak lain, maybe because I think they are being typical malay girl... Meaning bila berkumpul jer mengumpat, mengata... BOSAN~

Form 3 balik ke rumah Mak Tam. Then masuk form 4, me ulang-alik dari rumah my Tok in Teluk Kumbar ke Jalan Tengah, Bayan Lepas... Lepas Subuh trus sarung kasut jalan kaki dekat 3kilo untuk tunggu bas. 2 pagi pertama my Tok ikut slow-slow belakang me. Dia risau... Selain, "nak eksesais pepagi nie", katanya.

Sebulan setengah di SMRTU, kena balik ke Merlimau semula. Thank god dah pandai masak, so taderlah makan megi jer... Now bleh makan megi goreng! Hahahhaha! Kalau angin baik, me masak kari ke, sardin ke, sambal tumis ke. Basuh pinggan mangkuk menggunung tetap rutin. Buang sampah, sidai baju, angkat baju, kemas dapur... yadda yadda~ By form 5 I did my own laundry sbb rasa dah besar dan tanak susahkan my Mum. She got another 2 small childs to take care off.

Lepas dapat result SPM, masuk Malacca High School for like 2 months kot. Sempatlah jadi pengawas sekejap. Bangga wooo... the only malay girl prefect at that time. Kui kui kui. Bila tiba time ujian bulanan, me panik dan mengelupur cari kolej. Giler nak continue form 6 pure science?! Kimia saja 3 jenis, math 2 jenis... fizik lagi... aiyok! Nak minta tukar sekolah ambik sastera makan masa 2 bulan. Mampus!!!

Maka sibuklah buka paper. Tetgk ada iklan ITTAR. sambar jer la. Ambik IT. Pergi rumah sewa kat Setapak a day before my birthday. Senior sangat baik, tapi kami junior akan kena pindah lepas minggu orientasi. HORROR! Bilik sewa rumah kedai. Me time tu kawan ngan budak Pahang ni. 1st night tido sana ada tikus jatuh on my lap tau! Apa lagi abih minggu tu kami pindah rumah lagi...

This time sewa kat Sri Suajaya kondo, Sentul. 1st month dok 12 orang serumah. Time nak mandi mmg berebut. Lepas tu tinggal 7-8 orang jer... My roommate and I was the youngest. Kakak-kakak tu semua jaga me dengan elok. Seronok wooo ada ramai kakak!

Lepas sebulan my roommate kena kejutan budaya dan berubah giler. Kerap tak balik tido kat rumah sbb dia tido rumah sewa kolejmate lain. Then kakak-kakak Sabahan plak pindah dok rumah sewa yang lebih murah. Maka yang tinggal 2 kakak dari Pahang ngan me. So kami kena sub-let bilik kepada 1 pakcik ngan akak ni (depa suami isteri). Akak tu isteri 2. Pakcik tu jarang balik. Kalau balik pun dok dalam bilik jer. Bestnya, akak ni rajin masak. Balik dari kelas ada makanan. Sedap palak tu! and paling syok, FREE!

Masuk separuh akhir pengajian, pindah rumah lagi. Join dengan junior Sabahan. My roommate budak Ganu. Dia bawak kawan dia dok sekali. Tak kisah, janji sewa bayar! :P

Bila praktikal, me dok serumah dengan kawan to my classmate dari Negeri Sembilan which happen to be ex girlfriend my boyfriend's best friend kat sekolah dulu kat flat DBKL, Sentul. (paham ke?). Abih praktikal kat DBKL tumpang rumah mak angkat sementara dapat gaji. Tetgk company tu tutup dah gaji tak bayar. Balik ke Merlimau semula...

Dapat kerja me contact kakak dari Pahang tu tumpang a month rumah dia kat Menara Orkid. Lepas tu pindah serumah semula dengan budak Negeri Sembilan tu. Dok sana sampai me tukar kerja. Me sewa kat Keramat AU3 plak. tak lama, 3 bulan jer then dapat kerja lagi best, me sewa bilik kat flat Kerinchi.

Kat Kerinchi seronok! The whole room are mine. TV situ, tido situ... Pasar malam 2 kali seminggu. Dekat LRT, bas pun banyak. Dok sana dari Julai 2002 sampai lepas bertunang, Mei 2003.

Lepas bertunang baru pindah masuk rumah yang me duduk ni... Dah masuk 7 tahun dah. Tader merempat dah. Rumah beli maaa... Tapi tatau la sampai bila kat sini... ingat nak beli rumah besaq ada balkoni plak... :P insyaAllah...


Sunday, February 21, 2010

Pasal... EBM's Baby Travel

Salam,

Eiman tak direct dengan me. Me kena perah susu, masuk botol, panaskan dan bagi kepada dia. Mula-mula rasa sure susah. Then thanks to Neena, atas nasihat dia, me found out, tak susah...

We start with 1 coleman.
Masukkan 3oz (sbb me simpan EBM dlm bekas 3oz each) susu dalam botol. 3 botol. Letak ice packs. Then susun parts my manual Avent pump dengan 2 botol 9oz Avent untuk susu perahan. 1 more botol dengan EBM yang dipanaskan me letak dalam termal bag.

So bila out to travel, me sediakan 4 botol EBM.
Then bila time pam susu, me perah dan simpan dulu dalam botol besar tu. Bila Eiman dah abih minum susu, basuh botol tu then isi dengan EBM yang diperah tadi.

Rotate macam tu jer lah!


Barang lain yang kena bawa air panas, bekas untuk panaskan susu bila out of the car, in car bottle/food warmer, pencuci botol, berus pencuci botol. Part ni jer la yg tak syok... tak macam direct, selak baju, sua, baby isap... kawtim! Hehehehhe...

Pasal... Pam Pum Pom?

Salam,

Tadi pi Kindersomethingsomething, dapat berita sedih. Tak dapat repair motor Uno tu. So Nyonya tu offer something interesting.

Dia bleh bagi motor ngan plug, with 2 bpa free bottle for lest then RM600 jer! Dia kata dia tak sampai hati nak ambik mine old set sbb elok lagi. Masih berkilat macam baru...

Sayang dia nak cash. Since me lupa pin card bank Al Rajhi, so tak cukuplah duit. So next week jer lah datang balik...

Cuma, me sebenarnya nak beli DUO. Alang-alang kan? Tapi kot susu banyak pun takder tempat nak simpan, susah jugak. Maka better beli UNO, then belen duit beli freezer... kan? kan?

Pesan nyonya tu, lepas ni jgn bagi orang pinjam dah ler... hehehhehe... rosak sendiri susah...
Then dia punyalah puji Eiman putih, putih... ensem, ensem... alhamdulillah...
ZwanZwan and me DO made beautiful babies :P

Saturday, February 20, 2010

Pasal... Hari Ini

Salam,

Bangun pagi, perah susu... Bengkak nie. Perah sambil layan Harry Potter Prisoner of Azkaban. Tengok-tengok dah penuh botol besaq tu. Huhuhuuu...
Eiman dok melalak dalam bilik, ZwanZwan buat tak tau. Kompom dia tertido balik... Me masuk angkat Eiman, then passed kat ZwanZwan tapi Eiman tanak pandang ZwanZwan. Merajuk la tu... huhuhuuu...

Buka cafe then layan movie balik. Lepas tu masak cucoq bawang+ikan bilis+potato style Mama, tapi tak rangup like hers... benci ah! My cucoq buatlah camner pun sure lembut dan gebu jer, never rangup. Naper ye?

Now ZwanZwan tgh sediakan air mandi Eiman sambil makan cucoq (multitasking betul!). Lepas ni kami nak pi tutup akaun bank gaji MEDIU dulu. Then pi kedai Kindsomethingsomething kat Plaza Damas nak try tanya kot depa bleh repair my pump. Sayang motor dia rosak skit. Macam tak cukup power.

Ikut hati mmg nak sambar DUO, tapi me rasa peti sejuk kotak lebih penting sbb stok susu Eiman melimpah ruah ni. Alhamdulillah, not that I am complaining... just that letak kat bahagian atas (peti ais kami, freezer kat bahagian bawah) takut susu rosak ke, terlekat bau makanan lain ke... amendermender ke... rugi wooo...

Lepas ke sana, rasanya kena pi shopping. Pampers Eiman dah nak abih dan dia nak kena upgrade dari S ke M! Yay! Malam tadi pi pasar malam, baru perasan betapa 'penuhnya' carseat tu oleh Eiman. Hahahahah...

Abih shopping balik rumah masak apa yang patut sbb ZwanZwan kata Encik Ahmad Zulhilmi a.k.a. Siluman nak melawat. Me ingat nak ajak jer bebudak makan sate mlm ni, tapi takpalah... better save duit... kan?

Mmg ZwanZwan bleh sapot isi rumah kami, tapi me nak gak ada duit sendiri, so if nak beli benda merapu tak la rasa bersalah sbb duit sendiri... and more... nak gak beli hadiah special kat ZwanZwan since befday dia dah dekat...

Last year gempak tu hadiah untuk dia... trip ke pulau kapas, pd, makan-makan, baju, seluar, kasut... this year... tatau nak bagi apa. But I know he always wanted a bicycle. tapi... model yang dia nak mahal giler!

Entah lah... interview byk. Apa yg depa nak semua me pernah buat maka kompon bleh buat, tapi semua tak bleh bagi gaji yg me nak... huh!

Friday, February 19, 2010

Pasal... Tak Tahu ke Tanak Tahu?

Salam,

Me heran betul. Ramai dok kata baguslah dok rumah tak kerja. Bleh fully breastfeed baby.

Depa tatau ke, ramai kengkawan me yang kerja, siap outstation lagi bleh fully bagi susu badan kat anak depa?

Nak jer me 'hek eleh' kan mereka yang berlagak pandai ni. Nak kata bodoh, ada ijazah bagai...
Benda simple macam ni pun tatau ke?

Bukan apa... kot korang tanak teruskan susu anak, me tak kisah, tapi jgn perlekehkan mereka yang simpan duit, beli pam... korbankan masa lunch untuk perah susu kat opis... bangun pepagi buta time orang lain sedap tido perah susu semua tu...

Depa ni tak tau ke ada macam-macam jenis breast pump nowadays? Dari semurah seratus lebih ke ribu-ribu semua ada... lagi berbaloi dan bleh pulang modal in no time kalau bagi anak susu badan.

Contohlah, Eiman dulu baru lahir, me tader stok susu lagi, kami terpaksa beli susu lembu. Mahal seh! Tak sampai 1kilo harga dah RM60++. Tu estimate untuk 3 minggu jer... by 4 bulan... RM240 dah! Pam Pureen yang bunyi macam motobot tu RM120 jer... Nak pam lebih canggih, Madela ada, Avent ada, Spectra, Tommy Tippee... et all~

Memang berbaloi-baloi~

Walaupun anak-anak me tak bleh dikategorikan sebagai fully breastfeed... tapi me cuba bagi. Macam Ewan, masa dia 11 bulan dia tanak direct, me still perah susu sampai me ngandung kali ke-3 aritu...
Eiman ni... lagilah tanak direct, me perah atleast 4-5 kali sehari supaya cukup supplynya... Now, alhamdulillah, penuh dah bahagian freezer kami dengan susu dia. Bahagian biasa 1 tingkat penuh... 1 tingkat tengah build up.

Entah la... me meraban tengah hari terik nie ~

Thursday, February 18, 2010

Pasal... 2 Bulan Sudah

Salam,

La ni Eiman cukup susah nak tido lama. Dia doze off dalam 15 minit then terjaga... even me dah mandikan dia, susukan dia, burpkan dia, buka ekon semua... tension jugak kengkadang. me jegilkan mata bila dia merengek-rengek... tapi macamlah dia paham...

Dah pandai berborak. kalau me marah kat dia, dia akan buang puting dan senyum senget. Huh! perangai nak sama macam Ewan... nak buat camner kan? Adik-Abang...

Bila kami meniarapkan dia, dia akan guna tangan kiri dia tolak badan dan tetengok, dah terlentang...

ZwanZwan dan me cukup suka main game 'Surrender' dengan Eiman. It's where we hold both of his hand up, then whisper in his ear softly, "Surrender", and start to 'gigit-gigit' manja at his ears, dada, tangan, leher... Masa kami cakap surrender tu, mulut Eiman sure dah ternganga sbb dia tau, sure kena tickle-tickle... tunggulah dah ada suara, sure hingaq! :D

Wednesday, February 17, 2010

Pasal... Cuti CNY

Salam,

Jumaat pagi dan Sabtu pagi berurut di Sg Besi. Lepas tu zoom balik Melaka. Kami lalu hiway Lekas... mmg lekas pun sampai N9. Tak ada jem langsung. Singgah rumah Mak Lang ZwanZwan. Makan nasi dengan lauk rendang kambing. SEDAP! Mandi air kolah yang sejuk macam air ais even tengah hari panas then gerak ke Melaka.

Macam selalu, kalau senggah Terachi, kami akan balik Melaka melalui jalan dalam. Seronok tengok pepokok hijau... Since ada kemungkinan jem teruk, kami lalu kot jalan Seri Menanti dan jalan dalam sampai Senaling. Pemandangan memang seronok tengok kampung orang... rasa damai jer...

Sampai Merlimau rehat-rehat kejap then malam tu kami makan kat sempadan Sg. Rambai - Johor. Tempat favorite ZwanZwan makan mee bandung.

Pagi Ahad kami menerai kerusi paling mahal dalam rumah tu. My Mum beli Ogawa massage chair. Kurang seribu bleh beli my old Kancil Kooorap cash! Tengah hari pergi kenduri kawan sekolah ZwanZwan.

Sungguhpun me kenal beberapa kengkawan ZwanZwan tapi me malas nak kacau sbb tu moment ZwanZwan, so lepas makan me ngan Eiman dan Ili balik. ZwanZwan dihantar kawannya. Malu plak bila teringat betapa semaknya rumah my Mum. Adeh~ (BTW, kot ada org nak buat penggambaran filem bungalow semak berhantu, sila konteki me! :P)

Petang tu, kami gi JJ. Ramai giler orang. Kami just pergi beli hadiah utk kenduri kawin jiran then lepak J. Co donut then balik. Sampai rumah tengok makanan abih, so me masak megi chap-chap utk ZwanZwan.

Isnin... nothing special... cuma malam tu kluar makan reramai dengan Ayah Ahmad semua. Lama tak makan burung puyuh. Sedap la plak goreng garing.

Selasa... bersiap balik, nak isi air panas dalam termos, me tgk my Mum letak luar mee dan sayur. Dia tak sempat nak masak sbb dia kena gi meeting ngan Dato' manatah untuk perasmian Klinik 1Malaysia. Maka being a goos sister (:P) me pun gorenglah. Macam tak sedap, tapi ZwanZwan kata sedap... hm... Farhan tak terkata apa, sbb sekali makan separuh mee tu dia ceduk... huhuhh...

Gerak balik ikut jalan dalam, tak masuk hiway PLUS langsung...

Eiman suka sangat rumah Mama... besar dan banyak angin. Banyak benda bleh tengok... lembu, kambing, burung, pokok... Kalau turun tangga masih dalam rumah... Lepas mandi siap pakai baju dia minta dukung... jalan dari my bilik ke bilik Mama pun dah macam ujung rumah me ke ujung 1 lagi... blum lagi jalan ke balkoni...

Seronok punya pasal, Eiman banyak minum susu! Seronok kami suami isteri, cuma bila balik Shah Alam, dia macam cranky... maaf lah nak oi.... Ibu tak mampu nak beli rumah besaq macam GrandMama... so far ini jer lah yang ada...

Tuesday, February 16, 2010

Pasal... Delay

Salam,

Kalau student lambat sehari untuk register or apa-apalah, kena denda bayar itulah inilah...

Now... dah masuk sem baru. my application status untuk tangguh exam sbb exam paper a day after my labour date masih 'Sedang diproses'. Pala hotak depa!

Then hantar email kata, sila tangguh pengajian sbb lambat register untuk sem januari. Pala hotak depa lagi! Me dah register 16 November 2009 lepas. Dah collected modul 28 Jan lepas... lewat amender lagi?

Lagi sakit hati bila masuk LMS tengok subjek yang me dah register tak ada. Camner?

Tak kan nak menonong pi opis depa lagi? Kesian Eiman kena seret sini, seret sana...

Pada mereka yang nak study, pilihlah U lain selain OUM. makin lama makin menyusahkan student... seriusly!!!

Friday, February 12, 2010

Pasal... Pemburu

Salam,

Dok nampak promo bukan main hebat. efek pun gempak. hero walau comot tapi alahai... copot jantungku. Muzik opening dia pun best! Muzik citer pun syok, cuma sedih skit la...

Slave Hunters channel 303. Kena buang ringtone nie :P

">

Pasal... Urut

Salam,

Ahad lepas me pergi berurut dengan my favorite tukang urut, Mak Cik Ju...
Patutlah me dok rasa ngilu kat bekas jahitan. Ingatkan luka tak sembuh, tapi dok kelebek, elok jer... rupanya my uterus tak naik ketempat sepatutnya dan kekiri skit.

Asal pergi urut sbb one of my 'twin' bengkak lagi. Dah mandi air panas, tuam, pam lebih lama, pam byk kali... still nothing. Tak sangka Mak Cik Ju nak check pewot sekali. Nasib baik...

So arini ngan esok urut semula. Then balik Melaka... ada kenduri kawan sekolah ZwanZwan.

Tuesday, February 9, 2010

Pasal... Mimpi Ngeri Menyakit Hati

Salam,

Adaka mimpi me punyalah giler, sampai me rasa nak cepuk jer ZwanZwan. Nasib baik Eiman tido tengah-tengah. Kalau tidak lebam lagi lengan ZwanZwan macam bebaru kawin dulu... pun sbb me mimpi merapu...

Dulu~
Me mimpi ZwanZwan ikut satu pompuan cantik rambut panjang. Me panggil dia buat dek. Me baling kasut pun dia buat dek. Menangis me! ZwanZwan gerak me, me debik dia 3-4 kali. Akibatnya, lengan dia bengkak...

Hari tu~
Me mimpi ZwanZwan kawin lagi dengan 1 of my sepupu-sepapat! Mula-mula me OK, tapi bila 'madu' me datang rumah citer betapa 'lomantiknya' mereka, me meraung. Siap me call my mum cakap "Now I really know how your feeling is". Punyalah sakit hati rasa macam kena ramas. Sesak nafas! Then me jumpa ZwanZwan. Dia kata pergi tunggu kat kedai something la. Me tunggu punya tunggu, dia tak sampai. Me pergi cari dia. Tengok dia dok lepak minum kopi ngan 'madu' me tu! Me panggil dia buat dek. Me ambik kerusi hempuk dinding kaca tu. 3 kali hempuk berkecai... ZwanZwan datang dan tanya, "what's wrong?". Me kata, "Dengan saya awak suruh tunggu kat kedai tadak e-kon. Dengan *** awak pilih kedai ada e-kon!".... Me lari dan jumpa lawyer. Won the custody battle and dapatkan restrainer order 400meter. Hahahaha...

Tetiba Eiman merengek nak susu. Me bangun dan panaskan EBM. ZwanZwan datang nak basuh botol terdahulu. Dia heran, apsal la muka me moncong jer... bila me citer kat dia my mimpi. dia gelak kaw-kaw punya. Dia siap kata, "Ada ke saya nak kat si *** tu?! Eeeee~", dia buat muka geli. Then me kata, "Ala, *** kurus slim, pandai masak mee kari. Tak macam saya, hump sini, hump sana, hump sinun... tak pandai masak mee kari... " "Hump macam awak la best. sedap dipeluk. kurus kering macam tu buat apa. tak rasa... "

La Laa Laaa...

Seharian tu kalau dia tak agree in anything with me, me usik dia kata... "Ha gi ler kat ***, dia sure setuju punya". Tapi la ni tak cakap dah. karang jadi betul... ada jugak yang jadi arwah nie...

The Nightmare 1781

Saturday, February 6, 2010

Pasal... Eiman 54 Hari

Salam,

Eiman dah mula berborak dengan ZwanZwan, me dan orang yang dia biasa tengok, macam Atuk Amin, Uwan Zuriah...

Eiman dah boleh berdiri (bila diampu pada ketiaknya) dan suka lonjak-lonjak. Penat nak melayan kengkadang.

Eiman dah boleh senyum walau kengkadang senyum setakat gerak sebelah bibir jer... Senyum menyindir gitu.

Eiman dah mula minum lebih pantas dari dulu dan kengkadang 3 oz sekali hadap.

Eiman pembawa gene resesif dimana anak matanya coklat dan rambutnya perang dan halus (ikut Babahnya da~). secara tak langsung dia juga membawa gene 'tak tinggi' ibunya... adeh~
Berbeza dengan Ewan yang hitam pekat rambutnya, hitam likat anak matanya (macam Me! :D) dan sudah tentu, tinggi macam galah da~

Eiman Ariq bergaya diatas sofa rumah Atuk dan Uwan petang tadi.

Wednesday, February 3, 2010

Pasal... Kalau Tidak... 3!

Salam,

Kalau Ewan tak pergi, esok dia 3 tahun dah.

Kalau Ewan tak pergi, dia dah pandai mematuhi arahan 2-3 peringkat.
Kalau Ewan tak pergi, dia dah reti lafaz nursery rhymes.
Kalau Ewan tak pergi, dia dah ada cerita kegemaran dia yang dia akan ulang-ulang-ulang.
Kalau Ewan tak pergi, dia dah pandai beritahu nama penuh dan jantina dia.
Kalau Ewan tak pergi, dia patut minum sekurangnya 2 cawan susu sehari.
Kalau Ewan tak pergi, dia dah pandai makan sendiri, tuang air sendiri walau akan tumpah sedikit.
Kalau Ewan tak pergi, dia sure dah tunjuk temper tantrums, maklumlah adik dah ada.

In short perkembangan kognitif, bahasa, fizikal, emosi Ewan semua dah mula matang...
Personaliti dia dah terbentuk.

Happy 3rd Birthday Ewan Ariff
Babah, Ibu, Abang Chik sayang awak sangat-sangat

Ewan & Babah bergambar lepas bangun tidur

Ibu pujuk Ewan lepas Ewan banged his head atas meja posing meniarap

Monday, February 1, 2010

Pasal... New Look!

Salam,

Dalam lepas Asar, sofa ngan kabinet tv sampai.
Lepas Eiman tido kami suami isteri mula menyusun perabot...
Sayangnya belakang me masih terasa sakit kat bahagian doktor cucuk ubat bius aritu...
so tak bleh angkat perabot mcm sebelum nie...

anyway lepas pusing sini, pusing sana, hasilnya, hall kami rasa lebih warm dan cozy...
plan seterusnya cari carpet dan tukar sofa 'anai-anai' tu dgn sofa 2 seater lain. then cari my carpet idaman...

kemudian nak attack bilik belakang a.k.a. stor... buang benda tak pakai then bleh pasang mesin sauna tu... tak pasang-pasang lagi, camne la nak cepat kurus :P
my aim? 65 kilo jer...

tapi kalau kurus 60 kilo pun, me tau sure tak bleh pakai baju lama...
sebab? 'kilang makanan Eiman' sudah besarlah!

dulu, masa my hero is ZwanZwan sorang, ia hanya B.
bila hero masuk 2, jadi C.
now dah ada hero 3, dia jadi D.
jgn lepas ni dia upgrade pi E plak. :P
ada juga time nak jalan jatuh kedepan ...
muahahahhaha!


Related Posts with Thumbnails