Warning! AKUNOI Warning!


Diingatkan, blog ni akan citer pasal me. Pasal kecomelan me, kepandaian me, kehebatan me. Akan ada entry yang menunjukkan
keriakkan me, kesombongan me, ... Segalanya about me, me, me dan me... The world does revolves around me, thingin'. Kot ada yang rasa geli-geli, meluat bila baca, me cadangkan, baik tutup jer window ni ye... Karang tak pasal-pasal korang muntah hijau plak... Anyway... pada yang tak kisah untuk muntah hijau... selamat membaca...


Thursday, December 31, 2009

Pasal... Domo Arigato

Salam...

Nak ucapkan TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK kepada mereka yang bersusah payah mai sepital, mai rumah, bagi hadiah, send SMS, tepon, fb dan byk lagilah...

Neenas + Jep + Arina + Neenas's Mum
Bee + Adik + Adik
Abang Mus (my biras nie) + Adiknya Fitri
Member opis ZwanZwan
Aan + Hubby
Tok Baseah + Pak Long
Paksu + Maksu + Anak-anak
Adam + Nadirah
Dino + Kawan
Kekure + Anis
Sarip + Fariza
dan mereka yang me tak tertaip nama... :D


Wednesday, December 30, 2009

Pasal... Bersalin Sudah

Salam,

Selamat bersalin sudah...

Hazab OK! lepas ubat kebas ilang, Ya Allah dia punya sakit... macam nak terberanak, tapi anak dah kluar... dah la pakai katerer... seksa jiwa Allah cabut kejap nikmat kencing... kui kui...

Anyway... terkantoi 2 hari Eiman Ariq (sila pronounce Ariq as Ain Alif Ra Ya Kaf) menglembukan diri sbb mak dia flat on the bed...

So pada warga blogger, inilah rupa anak kami...

Totally my facekan? I know! Hahahhahah!

Monday, December 14, 2009

Pasal... To MAKAN list before deliver

~ENTRY MELEKAT~

Salam,

1. Puding Jagung
2. Nasi tomato dan ayam masak merah
3. Putu Piring
4. Agar-agar laici
5. Carl's Jr Single Chili Cheese burger
6. Nasi lemak CT Garden dengan peparu, sambal ikan bilis kering with petai

Dapat ke? Sempat ke?

Saturday, December 12, 2009

Pasal... Pengumuman

Salam,

AznieBunnie dengan ini mengumumkan bahawa, beliau akan disorong masuk MOT pada pukul 8 pagi Isnin, 14hb Disember bertempat di Damansara Damai Medical Centre. Sekian, terima kasih.

Thursday, December 10, 2009

Pasal... Enjek

Salam,

Selasa lepas pi jumpa Doktor Kamal. Tapi tak dpt jumpa dia sbb dia bz sunatkan budak. Dia just mai jenguk me kejap masa buat CTG.

Dr Dayang bg injection untuk matangkan peparu Abang Chik...

Then me kena mai balik hari Sabtu nie.

Lepas abih tu, jumpa Imran kat IKEA. makan lah, apa lagi... then poi rumah Neenas ambik bebarang baby. Bassinet, baju baby, botol, nursing pillow... byk!!!

Now kesan enjek tu masih bikin sengal-sengal pada sengal yg ada... hehehhehe... tak kisah lah, janji kali nie, harap sangat Allah kurniakan kami anak yang sihat... amin...

Tuesday, December 8, 2009

Pasal... Sabtu & Suku-Sakat

Salam,

XTVT berjalan bermula pukul 12 lebih. Pergi Carrefour carikan hadiah untuk Ameer Fahmi, anak kawan opis ZwanZwan. Anak dia kena sakit apaentah, berkaitan buah pinggang.

maybe dia ter-expose terlalu awal kot dengan garam, so buah pinggang dia mula gagal. Dia selalu demam tapi nasib baik parents dia hantar pi check awal. So pengakitnya masih di stage 1.

sebak giler hati me bila Ameer nangis time nurses cucuk buntut dia. Terbayang Ewan meraung sampai serak suara bila doktor pelatih bodoh nak mampus PPUM nak buat drip line kat Ewan. B*** punya doktor. Sampai la ni me rasa tanak maafkan depa, sbb cucuk sambil gelak-gelak bergurau senda.

Anyway...

Lepas tu, balik rumah dan angkut Ili (Mama ngan Farhan tanak ikut.. fine) pi La Rizz ambik nasi ayam. Rupanya makanan tu dah lama siap, since tengah hari... alahai! Orang Penang plak bertolak lambat... jangan basi sudah nasi ayam tu...

Sampai Bangi Rest House dalam pukul 5. Pengantin, Adam, dah sampai. Borak kejap then pergi pasar malam kat Tol Bukit Mahkota (kot) sbb turned out ramai la plak suku-sakat yang join rombongan dari Penang tu...

Around maghrid depa sampai. makan, borak, then mula susun semula bebarang hantaran. seronok berkumpul ramai macam nie. mcm-mcm citer kluar...

dalam pukul 10, depa mula gubah sirih junjung. me tak larat nak buat, so just jadi mandur demo lipat-lipat sirih and my cousin yang mmg very arty-crafty melaksanakannya... deymmm gambo tak upload...

lepas midnight, ZwanZwan, Ili ngan me balik Shah Alam.

Esoknya lepas subuh trus bersiap dan kami semua pi ke Bangi. Tgk van tader, mengelupur kami truskan perjalanan ke masjid. tup-tup jumpa depa tgh jalan.. so follow jer la.

lepak masjid... la laa laaa... dengan sekali lafaz yang laju giler bak komuter, Mohd Adam selamat menjadi suami kepada Siti Nadhirah... yay!

balik ke guest house, packing barang, angkat hantaran dan pergi ke rumah sedara Didie (bride) sebelum majlis mula. Ada sardin roles, karipap dan mee goreng. Belasah!

by 12.30 mak andam sampai dan 1.30 kami semua bersiap untuk mulakan perarakan. Bla blaa blaaa... makan! lagi... :P

by pukul 3 kami semua balik... I mean my Mum ngan kami lah! Suku-sakat semua melencong ke Nilai 3, shopping!

niat dihati nak pi kenduri kolejmate dulu, tapi me penat sangat sampai rasa nak menangis, so balik rumah jer la...

malamnya ZwanZwan masak lauk sardin... and we retired early that night...

~SeLaMaT PeNGaNTiN BaRu Adam & DiDie~

Friday, December 4, 2009

Pasal... WTF?! Tak LULUS?!!!

Salam,

Seperti yang telah dipukul canang sebelum nie, paling awal me akan kena potong pewot adalah 14hb nie. Unless Abang Chik nak kluar awal la.. :P

Then entry me yang nie bgtau tarikh exam OUM untuk bebudak DECE...

Now, just received a call from OUM saying that Dekan tak luluskan my application, simply because I only submitted surat from clinic saying that I'm pregnant with my EDD. (EDD ni EDD dulu, sebelum nak kena potong pewot).

Me tanya la, "eh husband saya tak bagi salinan buku pink goverment tu ke?"
She replied, "Tak."

So, dengan garangnya me tepon ZwanZwan. ZwanZwan kata, budak kat kaunter tu yang kata tak payah salinan report tu. bagi surat jer... WTF!!!

Pengurusan yang f**k up, student yang kena?! Product knowledge among staff kurang, communication mess up, last minit student yang kena punish? WTF lagi sekali!!!

Maka, terpaksalah ZwanZwan lari dari opis satgi dan bawa me pi klinik Nor Hajar minta surat kompomkan yang me ni ngandung... since Damansara Damai totop arinie... Dr Kamal tader...

Lepas ni, semua mak nenek pages dalam buku pink tu me nak submit. Budak kaunter tu kata tak payah, dengarlah suara Mak Bulan meninggi kat OUM tu. Masuk ni dah 3 kali me kena main. Ingat seronok ke jalan tengah panas, parking jauh, membawa pewot yang menggunung ngadap muka ketat budak kaunter OUM tu? Aku dulu pun kena dera jaga front desk jugak, bleh jer senyum... budusssss!

Fuuuuuuuuuuuuuuuu... kena cari Magnum Almond to cool down nie.... fuuuuuu...


Wednesday, December 2, 2009

Pasal... Arrangement Sabtu

Salam,

Sabtu ni adik-beradik suka-sakat dari Penang nak mai. Dengaq-dengaq 2 van, 2 keter.
Ahad kenduri kawin sepupu kat er... bangi... Depa dah booked homestay. tapi tatau la ada makanan or not.

Me tak larat nak jengjalan sgt, so tanak jadi macam dulu melilau cari kedai makan.
So me dah oder nasi ayam kat La Rizz dan sikit kuih-muih from MIL. (orang Penang suka giler karipap my MIL buat) Then nnt usung lah bekas air 2, 1 utk air sejuk, 1 utk air panas... bleh bancuh kat sana la kot...

pic from: http://peps-hellkitchen.blogspot.com/2008_03_01_archive.html

Pick up makanan pukul 4 gitu, trus pi homestay tu. Niat dihati nak tido sana, tapi sure rumah tu penuh umat... so berulang lah kot! Hm... harap Allah bagi kekuatan utk me time tu... lepas tu, nak beranak on Monday pun tak kisah dah :P

Pasal... Bila?

Salam,

Bila la nak kluarnya Abang Chik ni?

Ikut Doktor Kamal 14 ni...
Ikut MIL, macam tak sempat sampai 14 jer... (mulut MIL masin weh!)
Ikut me? Nak tidur kluarkan dia, then pagi masukkan balik... bleh?
Hahahhahah

Bila la nak abih belajar?

Sepatutnya ahkir tahun depan.

Tapi exam this sem kena tangguh.

Dengan 2 paper me terpaksa drop sbb OUM tanak transfer kredit...

Kalau tidak by early of next-next year bleh buka my own nursery...

Jadi tokei! Hihihihihihii

Bila la nak beli rumah lebih besar dari sekarang?
Ada balkoni, wet n dry kitchen...

Ikut Mama dia ON jer kalau kami nak jual rumah ni. Ambil duit hasil jualan, beli rumah baru.

Ikut poket kami suami isteri kena tunggu me dapat kerja lebih stabil. (insyaAllah tahun depan... amin)
Ikut hati me? nak jer ajak ZwanZwan pindah Melaka ke, Penang ke...
Rumah Mama besaq gedabak! My own room saja sebesaq hall, dining hall ngan 2 bilik rumah kami sekarang...
Rumah Tok lagi syok, kebun keliling. Tak lupa pokok amra ngan mamplam non stop berbuah dan pokok bunga rose wangi depan pintu...
Hehehheheheh


Bila la nak stop wishing-washing ni?

Dari me merapu tak tentu hala, baik me pi mandi dan masak.
Lagi berfaedah!

Muahahhahahahhaha


pic from: http://www.thegardengallery.biz/children_collection.htm
Related Posts with Thumbnails