Warning! AKUNOI Warning!


Diingatkan, blog ni akan citer pasal me. Pasal kecomelan me, kepandaian me, kehebatan me. Akan ada entry yang menunjukkan
keriakkan me, kesombongan me, ... Segalanya about me, me, me dan me... The world does revolves around me, thingin'. Kot ada yang rasa geli-geli, meluat bila baca, me cadangkan, baik tutup jer window ni ye... Karang tak pasal-pasal korang muntah hijau plak... Anyway... pada yang tak kisah untuk muntah hijau... selamat membaca...


Monday, August 31, 2009

Pasal... Buka Posa Terato

Salam,

Akhirnya over budget jugak... TERpilih Kelab Golf Perkhidmatan Awam dekat-dekat opis CfBT...

Me booked 10 tempat jer, sbb takut jadi macam dulu... booked byk tapi ramai tak mai. La ni kalau lebih 10 orang, nak join gak, tepon la sendiri. Muahahahaha... kejam kah saya? Maybe. tapi kalau korang tau berapa RM me dah hangus sbb tolong bayarkan kepada mereka yang poyo ni tidak berganti, korang tau la naper me kejam camni.

Juga jangan adalah mereka yang pandai tapi berlagak bodoh dengan memakai baju yang luar tema ye... sakit hati bila tengok mereka ni selamber badak sengeh buat muka tak bersalah.. isk isk isk...

Info:


Tarikh: 5 September 2009
Masa: 6.30pm berkumpul
Payment: RM48.30

Menu: Whole Roast Lamb (signature dish), Grilled Crab, Satay , Ikan Bakar with Air Assam, Hainanese Chicken Rice, Cucur Udang and other ‘goreng-goreng’, Ikan Patin Masak Lemak, Telur Itik Masak Lemak, Masak Rebung dengan Perut, fresh ulam, sambal belacan, budu, cencalok dan tempoyak, kerabu, acar, telur masin, aikan kering dan lagi dan lagi dan lagi...

RSVP: Paling lewat sebelum lunch hour Jumaat 4hb Sept 2009. Sila SMS me 019-2224779 atau Azwan 012-3536449 jika ada kemusykilan atau nak booking.

Payment: CASH. Sila bayar kepada Tatty @ Azwan masa sampai.

Map: http://www.dromoz.com/image/sketch/sk44bf704e756c7801087625.jpg

Pakaian: Pakailah baju kebangsaan kita (baju kurung, kebaya, kebarung, baju melayu dan sewaktu dengannya)

Saturday, August 29, 2009

Pasal... Salak Back At The B|tch

Salam,

Ha... ni bukan entry marah. Ni entry masuk bakul angkat sendiri walaupun me kompom tak terangkat sbb badan dah jadi Mak Bulan balik.

kat taman ni, ada sekor mak anjing. omputeh panggil bitch la kan? :P
Bertahun-tahun, kalau ZwanZwan lalu dengan motor dia akan salak dan kejar ZwanZwan. Sampai nak tergolek jatuh ZwanZwan dibuatnya.

bukan ZwanZwan jer, bebudak Sabah sini pun selalu kena hambat. Mengelupur depa lari.

Anyway, satu hari, me ngan ZwanZwan balik dari kerja. Nampak anjing tu pandang kami. Bila dekat dia lari dan salakkan kami. ZwanZwan dan panik. Me geram, dah lama sgt dia dok tunjuk kuasa. somebody kena tunjuk kat b|tch tu langit tinggi rendah. So me jerit kat anjing tu.... a BIG LOUD 'HOI!!!!'
anjing tu tersentak, terkejut giler dan terus patah balik. hahhahahahhaha....

sejak tu, that b|tch dah tak kacau ZwanZwan dah. serik kot... kami lalu pun dia purak-purak pandang tempat lain.

me kata kat ZwanZwan, anjing tu ingat dia jer bleh ber-b|tching kat taman ni? dia blum jumpa b|tch ni lagi! ahahahahhahahhaha!

b|tch yang telah dilembutkan rupanya :P
pic from: http://www.getprice.com.au/

Wednesday, August 26, 2009

Pasal... Gath Buka Puasa

Salam,

Last year buat kat Tupai-tupai utk bebudak Terato. This year malas sbb... hm... tapi tetiba teringin lap lak nak buat lagi... mana ye yg best tapi murah?

Org opis ZwanZwan pun nak buat... ZwanZwan cadang Shah Alam jer la...

Apa yg me teringin nak makan ye...? so far nothing la... hm... hm...

Tapi kat Rahsia dulu besh sgt. tolak insiden salah letak sirap gula melaka dalam laksa la... seriusly mei ngat tu otak udang OK, hitam jer kalernya! hahahaha...

Tak ingat sapa tanya me...

"Tatty, laksa dia OK ke?"
me, "OK la! tapi manis sikit la..."
dah letak syrup, manis la kan? hahhahaha...

ada cadangan tempat best tapi murah? merah macam max RM30 per head...

Tuesday, August 25, 2009

Pasal... Tok Nek Lagi...

Salam...

Lepas melantak nasi kandar... borak-borak dengan Pak Long. Dia pesan...

"Aznie... ko dah berapa months dah?"
"Esok 21 weeks..."
"Ha... bagoih bagoih! Tapi kali ni hang jaga baik nooo!"
"Ha! InsyaAllah!"

Pak Long, masa Ewan operate aritu, sanggup mai HUKM melawat. Masa Ewan meninggal dia pun nak mai, tapi me kata tak payah la sbb time tu Ewan pun dah selamat dikebumikan.

Masa nikah pun dia mai Shah Alam then balik Penang then pi balik ke Melaka... Hehehhehe...

Anyway... sambung pasal makan balik...

Esok pagi, kami bangun awal sbb me kena pi kerja kat Seberang Jaya. So me panaskan jer nasi kandar tu. Then kami bawa Tok ke rumah Mak Tam dan tinggal dia kat sana...

Opsss... lupa! Hari ahad tu ada kenduri kat rumah jiran. Nasi putih dengan gulai daging, ayam merah, ikan masin ngan bawang dan cili kering dan........ yang paling BEST... ulam kangkung dan betik muda rebus! PEH!!! sambal belacan plak yang mmg orang tumbuk. kat kampung me, tak main la sambal belacan blend, semua tumbuk. Rajin depa kan? :P

So.... lepas abih kerja, hantar kawan opis then ZwanZwan ngan me pi pasar malam kat Bukit Gedong. Rasa nak menangis OK! Why? Nasi kerabu full pakej, daging salai, ikan goreng, cili sumbat, telur masin RM3 jer! Laksa dan makanan lain masih dalam lingkungan RM1.50 ke RM2.50. Besh besh besh.

Tapi kami beli coconut shake, mangga muda lemak masam potong kaler kuning, bihun goreng s'pore + bihun goreng biasa, nasi beringin lauk kurma telur, popia goreng jer...

Then ambik Tok kat rumah Mak Tam dan balik... Pusing tgk kat Queens bay kot ada org jual rojak... tader la plak... Then lalu tepi laut opposite pulau jerjak, ada 1 lori tu. Beli la...

Tak puas hati... singgah plak kedai 'hok kin' beli kuah rojak sebalang besaq! ambik ko! then jumpa buah nangka makbapak punya besaq! rasanya ada twin dalam tu kot :P

sila ingore betapa pucatnya my face. lapaq OK! pagi nasi then makan cis beger jer pkl 7.

balik rumah Tok, mandi, makan then Zzz...

Sunday, August 23, 2009

Pasal... Puasa Daaa...

Salam,

So far so the very good! ZwanZwan kata tahun ni me takan dapat full... jeng jeng jeng... adakah itu satu cabaran? kalau full apa dia nak bagi? me senyum sinis jer la...

Posa pertama berbuka kat rumah Mak Wo di Masjid Tanah. Macam-macam lauk ada... tapi me makan masak lemak ikan masinG dan nenas dan sambal tumis asid folik... i mean ikan bilis...

Posa kedua buka rumah MIL. masak lemak tempoyak potai, ayam kicap, sup ikan, karipap paling sedap dalam dunia, popia basah seksyen 17, teh susu kaw dan... er... buah pear.

Ili ada kat rumah kami sekarang. dia nak cari kerja kat MekDi ke, KeEfSi ke sementara dapat panggilan haji nursing.

Repot Penang nanti-nanti lah. Esok exam! DEMMMM! Tak baca buku lagi. Main selak-selak jer...

Friday, August 21, 2009

Pasal... Berjalan Jumpa Tok Nek

Salam, Bertolak ke Penang awal pagi Sabtu. Kami tapau burger jer... which mine abih by the time kami sampai Shell NKVE :P... ZwanZwan bawa slow bawah 100km/j (amazingly!) Sampai hentian Tapah kami stop tido sejam...

Pukul 5 pagi kami bangun dan me drived sampai 1-2km nak sampai tol Jelapang (now dah takyah stop, bleh trus jer...) then ZwanZwan take over.

Sampai Penang dalam nak pukul 8 pagi. Frust giler tgk kedai nasi lemak ikan masin tutup. So kami trus ke rumah Tok Baseah... or Tok Nek for Baby-Chan... kami hentam tido sampai pukul 11. Kesian Pak Long mai nak borak ngan ZwanZwan tapi kami berdua dah tergolek separuh bogel atas katil tinggi antik Tok... Bangun ZwanZwan pergi tapau nasi kandaq Pak Taat then Mak Ngah ngan Pak Ngah singgah kejap. Petang tu ZwanZwan tapau mee rebus. Lepas tu kami gerak pi rumah Pak Lang then ke rumah Mak Tam. Balik tapau nasi putih jer sbb ada pak sedara bagi lauk kenduri arwah which kami tak pi sbb dok berdengkoq.

Esok pepagi, ZwanZwan Tok Baseah masak nasi goreng sambal belacan lawan ngan lauk kenduri, ayam merah, tokua sambal... Tapi ZwanZwan tetap pi cari nasi lemak ikan masin... hehehehe...

Lepas Zohor, kami pergi Tanjung Asam, which only like less then 10 minutes away dari rumah Tok. Singgah makan laksa Mak Limah dulu, tapau rojak buah then pergi port kami... We call it our private beach. Seriusly tak ada ramai org, 1 kapel, 2 orang dok pancing, dan 2 budak dok berbincang plot merompak rumah ketua kampung.

Masa depa ada, kami dok bergambar jer. Me berdiri atas batu, ZwanZwan snap gambar masa air mercik tinggi. Cantik! Lepas tu, kami mandi, mandi, mandi.. ombak kuat tapi selamber! Kami lepak Tanjung asam tak lama, dalam sejam jer, lepas tu balik... Makan laksa lagi... then bila malam baru mengelupar lapaq... Tepon Pak Long tanya kot dia tau kedai nasi kandaq sedap kat Teluk Kumbar tapi dia kata tadak... So ZwanZwan start keter nak pi Batu Maung, jumpa Suhaimi/Borland sambil layan char kuew teow, tup-tup Pak Long tepon kata dia nak mai... Sekali sampai, tudia 4 bungkus nasi kandaq Kayu... SEDAP GILER OK!!!


OKlah, sambung nnt...lapaq la plak citer pasal makan jer...

Thursday, August 13, 2009

Pasal... Cornflake Dari Marikh - SAMPLE

Salam,

OK dah siap!

RM25 saja untuk 50 biji.
Bleh oder sekarang...

Penghantaran adalah percuma untuk area sekitar Lembah Klang.

Kami akan mula hantar Cornflake Dari Marikh ni selepas 2 minggu puasa

Bleh hantar oder ke email @yahoo.com
atau SMS jer ZwanZwan at 012-3536449.

Sila sertakan nama, nombor telepon dan alamat anda ye... juga kuantiti berapa juta bekas
Cornflake Dari Marikh yang korang nak oder.

Bayaran adalah Cash On Delivery.

Perlu saya tegaskan disini bahawa
Cornflake Dari Marikh ni sama sekali TIDAK SAMA rasanya dengan cornflake coklat ye! Tu sbb harganya mahai skit.. skiiit jer :D

Wednesday, August 12, 2009

Pasal... Out Station

Salam,

Dikehendaki ke Penang untuk meeting dengan pengusaha IKS pada 17 dan 18 ni. Bertolak 16hb. Tapi kami bertolak dalam Sabtu pagi kot, insyaAllah. ZwanZwan will tag along. Mana bleh tinggal dia... Nanti dia merajuk sbb miss nasi kandaq pak taat ngan nasi lemak ikan masin... isk isk isk... terlioq dah ni!

Bagus gak! dapat balik Penang. Baru aritu mimpi-mimpi nak balik. la ni dibayar utk balik. Alhamdulillah... murah rezeki Baby-Chan.

Lepas tu straight ke Melaka plak. Ada feto Rabu... o&g khamis... then terjah klinik desa jumaat.

Baby-Chan pun dah masuk 5 bulan. pakai baju kurung besaq pun dah tak bleh sembunyi pewot boyot.

Thursday, August 6, 2009

Pasal... Fleksiblenya!

Salam,

Korang bleh masuk opis pukul berapa pun... 9!? 10!? 11!? malah pukul 12!

Korang bleh lunch bebila pun... 12!? 1!? 2!? 3!?

Korang bleh lunch selama mana pun... 10 minit!? 30 minit!? 2 jam!? No hal!

Korang bleh balik pukul berapa pun... 3!? 4!? 5?! Nak stay sampai lebam pun bleh!
Janji kerja yg diperuntukkan kepada korang siap!

Rasa-rasanya seronok tak kalau kerja kat opis macam ni?

For me tak seronok... Sbb ...

Sampai awal, pukul 9, pintu opis tutup lagi...
Nak lunch ikut suka tak bleh sbb kena tunggu ZwanZwan...
Nak lunch lebih pun tak bleh sbb lunch hour opis ZwanZwan sejam jer...
Nak balik awal pun tak bleh sbb balik hour opis ZwanZwan pukul 6...
Paling tak besh... tader PC!!!! sangap dooooh!
Hari-hari ngadap paperwork, paperwork, paperwork!

Tak kisah la, janji ada kerja kan? Muahahhahhahah!

Saturday, August 1, 2009

Pasal... Cornflake Dari Marikh

Salam,

Pada yg nak beli kuih terpeleot saya utk raya nnt, sabaq ye... Ada masalah KEMALASAN melanda.

Tapi saya janji akan buat dan edarkan sample dalam paling lambat seminggu sebelum posa.

Bleh oder dan saya akan mula hantaq kuih tu dalam 2 minggu sebelum raya sbb... sbb...

Sbb saya tak pernah simpan kuih tu lama dari 3-4 minggu (sbb semua akan abih cepat) so tak tau berapa lama bleh tahan. tanak la korang beli simpan, esok raya tgk berkulat... tak baik berniaga camtu tau...

so nama kuih tu adalah Cornflake Dari Marikh. Jangan tanya pasai apa marikh tu. tu Ewan yang pilih... :P
Related Posts with Thumbnails