Warning! AKUNOI Warning!


Diingatkan, blog ni akan citer pasal me. Pasal kecomelan me, kepandaian me, kehebatan me. Akan ada entry yang menunjukkan
keriakkan me, kesombongan me, ... Segalanya about me, me, me dan me... The world does revolves around me, thingin'. Kot ada yang rasa geli-geli, meluat bila baca, me cadangkan, baik tutup jer window ni ye... Karang tak pasal-pasal korang muntah hijau plak... Anyway... pada yang tak kisah untuk muntah hijau... selamat membaca...


Wednesday, January 28, 2009

Pasal... XTVT Cuti Raya Cina

Salam,

Sabtu lepak rumah, siapkan beg nak balik Melaka. ZwanZwan awal pagi dah pi port klang ambik gambar ketapi Kelana Lane 4 gerabak. Tup-tup MIL tepon kata nak mai rumah minta taipkan repot Biro-nya. Nasib baik rumah tak semak sgt. hahahahaha...

Then ZwanZwansampai jer, trus bertolak balik Melaka. Sampai Melaka tak sempat masuk rumah, trus ikut family pi makan kat Muar, stimbot. Balik kemas bilik, mop lantai tukar cadar semua then... booooooooooom... tidoooo

Esok pagi bangun pukul 10. biasalah rumah Mama pagi sungguh sejuk, kena plak my room tak kena matahari, syok jer tido... byk kali la kena subuh gajah! hahahhaha... so bangun masak scramble eggs utk ZwanZwan then mula projek masak bubur pulut hitam. 1st time dalam hidup masak ni. hahhahahha... lepas siap bubur, masak utk tgh hari plak. ngam-ngam pukul 12 siap semua.

tak ada xtvt masa petang. just lepak-lepak jer... kena plak rumah tinggi, angin bertiup.... peh. terlelap la kejap. tgk dah nak maghrib.

abih isyak, ZwanZwan ngan me tolak pi Melaka. Pi Tesco borongbaju baru. hehehehe... then pi tebing sungai Melaka, tempat bus stesen lama. Ingat nak naik bot tapi tempat tiket jauh dan Q panjang sgt, so kami layan celup-celup jer la dalam ujan gerimis tu. Balik tgk tv then... tido... hahahah...

hari isnin lepas lunch balik Shah Alam. Since jalan jem, sampai pun agak lambat. Esok paginya bertolak ke Gopeng nak anto Kak Ino ke Matrik. Tapi macam biasa, melencong ke Cameron.

Sarapan kat Lata Iskandar. Me masak nasi putih ngan ayam kicap pedas. Sampai Tanah Rata jem tak teruk tapi slow moving la. Stop kat KLM makan eskrem. Then naik pi parked kat Equatorial then pi market, beli strawberries dan sesayur. Lepas tu turun ke Simpang renggam.

On the way to, ZwanZwan dah gian nak mandi sungai. Lepas terlepas dekat 10 sungai/air terjun tepi hiway tu, jumpa 1 air terjun yg cantik, besh dan ada space nak park keter...
ZwanZwan mandi! nyesal me tak bawa baju walaupun me yg ingatkan mlm tadi... tgk dari tepi dan basahkan kepala jer la. Dah puas mandi, gerak pi Gopeng.
Ni air terjun tepi hiway tu. Cantik kan?

Sampai pekan Gopeng, singgah shopping dulu. Beli blouse yang kat Shah Alam ni harga RM50, kat Gopeng Rm24.90 jer!!! Murah kan?! Beg me beli 1. RM15.90 jer... beg yg sama kat Giant RM39.99. Hahahhaha... Next time nak shopping situ lagi! Murah giler!!!

Dah abih dekat RM50, gerak pi Matrik Kak Ino... piknik, agih-agih bebarang then gerak balik Shah Alam... me dah neong, tido jer... sampai rumah, tapau makanan then balik makan then tido... Sangap! Kad Astro tertinggal kat Melaka. huwaaaaaaaa...

So.. arini dah masuk opis, bawa bekal strawberries cicah coklat :P

Sunday, January 25, 2009

Pasal... Pingat

Salam,

Saya gemuk! Montel! Tembam...

Sejak berhenti sekolah, cara pemakanan saya tak berubah. Jumlah yang saya makan masih sama. Percayalah!

TAPI kerana dulu masa zaman sekolah saya aktif, maka semua makanan yang saya makan ditukarkan kepada tenaga.

Sekarang... semua makanan yang saya telan, ditukarkan menjadi lemak yang 3 kali ganda lebih pekat dan sukar diurai.

Tak percaya saya aktif dulu?
Meh tgk 2 gambar bawah ni. Saya jumpa bendalah ni semua masa buat spring clean kat rumah mak saya...

Dengan riak takburnya, saya Menunjukkan, kepada anda... koleksi pingat-pingat yang saya dapat dulu...

10 pingat. Acara 100m, 200m, 400m dan 4X100m. Acara wajib tiap tahun. Ni semua me kumpul masa kat Sekolah Menengah Raja Tun Uda, Bayan Lepas, Penang dari tahun 1992 - 1994.

Ni longgokan pingat dan piala. Bola jaring masa form 1 di Tun Uda.
Merentas desa dan 4X100m wakil Merlimau. Ni masa kat Sek Men Dang Anum, Merlimau, Melaka dari 1995 - 1996.

Nothing much la my pingat, cuma rasa nyesal skit sbb kat sekolah aktif giler, abih sekolah totally stop. Metabolisma badan dah set takat tu, bila xtvt berubah, metabolisma masih sama, tu yang saya bagai dipam-pam...

Same goes to ZwanZwan, olahragawan Sek Men Vokasional Rembau tahun 1996...

Inilah entry rintihan hati bekas-bekas atlet sekolah yang gemilang dulu... hahahahahah...

Saturday, January 24, 2009

Pasal... Tukar - Perkembangan

Salam,

Lanjutan kisah me nak tukar dept aritu...

Rabu dah send email kat HR, bakal bos baru, dan my horrible gila kuasa superior. (yup, she call herself SUPERIOR!). Since exec HR la ni buddy-buddy Yzma, maka dia tak berapa bagi kerjasama la. Muka pun ketat jer. Whatever la...

Dari my bakal lady boss, dia OK jer...
Then macam kebetulan, Lady Boss now memangku HOD HR... Fauzie kata, "Macam merestui pemergian ko ke dept baru tu jer"... jeng jeng jeng

Tapi, being Yzma... the evil nemasis, dia tanak let me go lagi. Even dok pok-pek pok-pek kat ramai, I mean RAMAI orang betapa buruknya perangai me!

Dia minta tangguh ke Khamis utk sain surat perlepasan.. then Khamis dia MC (sbb serang counselor opis ni. then kena haria dgn councelor tu balik! Yah, dia selalu gaduh dgn staff yg sejawatan dgn dia sbb me rasa dia nak jadi HOAD - Head Of ALL Department!). Jumaat me bagi surat suruh dia sign dan tulis 'Approve' since KUNUNNYA dia bz sgt, dia kata next week! Saja kan? But I don't care... I'll fight my way out of the swampy grave yard. I'll talk to the Sheikh if I have to!

Yzma dok ingat dia punya jahat jer, my jahat dia tak nampak lagi...

Yang buat me heran tu, kalau dia dah benci meluat kat me, let go jer la, kan? Napa nak simpan lagi?
I know why! kalau dia let me go, report sapa lagi dia nak curi then tukar 1-2 perkataan then bawah tu, kat footer nak letak.... "Prepared by YZMA GILA KUASA" Hahahahahhahahah!!!

Yzma tgh urut kepala lepas scene open fight ngan Student Counselor kat opis tempoh hari
_________________________________________________________________________________________________
NOT Prepared by Yzma Gila Kuasa

Thursday, January 22, 2009

Pasal... Hasil Kecuaian

Salam,

Rasa down sgt. Sgt-sgt down pun tak down mcm ni.

Semuanya hasil kecuaian kerana kesombongan me tanak baca buku sebelum kelas, semasa kelas dan selepas kelas. harap markah tugasan yang tinggi jer!

Now, result exam lepas... pointer me turun kaw-kaw. Kaw-kaw kaw-kaw pun tak kaw mcm ni!

Kesimpulannya: Allah dah bagi otak pandai, bukan untuk duduk nganga depan TV melebarkan pungkoq! Allah bagi otak pandai supaya diasah jadi lagi pandai, tajam macam mata Kitana!

Padan Muka Nurul Aznil!!!
pic from http://www.health-in-action.org/node/310/print

Pasal... Masak Tanpa Kasih Sayang

Salam,

Smlm gadoh ngan ZwanZwan. Pagi tadi ZwanZwan tegur pun me buat bodoh!
Keras pala saya ini! Bad bad Aznil!!!
Tapi sarapan tetap me sediakan.
Kiranya, gaduh-gaduh la, tugas as isteri kena jalan... cewah!

So masak la me nasi goreng style ZwanZwan suka.
Then masa lunch hour tadi makan... Ya Allah! Tak sedapnya!
I mean sungguh-sungguh-sungguh tak sedap!
Padan muka... kesian ZwanZwan makan nasi goreng tak sedap...

Maka, kesimpulannya... makanan yang dimasak tanpa kasih sayang... sangatlah tak sedap...

On the other hand... ni gambo me ngan geng komiti MEDIU yang tonggang-terbalik urus visit Prince Dr. Bandar tu...

Dari kiri: PSO, Shah, Ahmad, Kamal, Puan Laili, Awein & Mak Bulan; ME!

Wednesday, January 21, 2009

Pasal... MUH

Salam,

Minat depa ni. Hepi sgt depa menang AJL aritu...

Even Ewan pun suka lagu depa.
ZwanZwan selalu pasang lagu ni masa bagi Ewan tido.
Masa lagu 'Lagu untukmu' digunakan oleh 1 company iklan ni main kat TV, Ewan bleh stop minum susu dan pandang TV... nicey...

pic from: http://khairilhusni.blogmas.com

Tiada bintang
Dapat menerangkan hati yang telah dicela
Bagai ku lumpuh tak mampu berdiri
Aku tetap begini takkan berubah kerna

Aku tetap aku dan alur hidup mu bukanlah aku
Guna hati akal dan fikiranku
Berbeza engkau dan juga aku
Dua hati yang tak mungkin bersatu
Adakah aku
Hanya boneka yang sering engkau mainkan

Yang dikawal oleh jari jarimu
Ku punya hati dan perasaan
Pernahkah engkau fikirkan
Cukup-cukuplah oh cukuplah
Guna hati akal dan fikiranmu
Berbeza engkau dan juga aku
Dua hati yang tak mungkin bersatu

Tak tahan tak tahan
Sabarku tak tertahan
Melayan sikapmu perawan

Berbeza berbeza
Kau dan aku berbeza
Kita memang tak serupa

Bebaskan
Ku ingin dilepaskan
Kita tidak sehaluan

Cukuplah sudahlah
Sampai disini sahaja
Hubungan kita berdua

Tuesday, January 20, 2009

Pasal... Rasa Berdebar

Salam,

Selama 17 tahun memilikinya, kali ni, bulan ni, me cukup teruja dgn kedatangan my 'monthly best friend'.

Satu pointer untuk membuang yang ditugaskan untuk menahan sementara waktu dan memulakan satu misi yang baru... insyaAllah

Pregnant Women Painting by Steve Gribben

Monday, January 19, 2009

Pasal... Tukar Tukar Tukar

Salam,

SOT bgtau me, Yzma dok b|tching about me to him Sabtu bebaru ni dan beberapa Sabtu lepas. Dok kata berapa me tak sepenuh hati buat kerja, dok lari keluar opis buat kerja utk department lain semua (sedangkan dia tau dan dah diberitau pasal kerja yang me kena buat utk corp services masa visit prince aritu)... tak termasuk cerita betapa dinginnya layanan yg me beri pada Yzma bila dia mai kat me.
(well... what kind of layanan does she aspect from all the sh|ts she put me through? Cotton candy?)

Maka SOT menasihatkan me, buat la surat. Me tanya Lady Boss, dia kata dia mmg nak pakai orang...

so... here we go... 1 surat coming right up!

Saturday, January 17, 2009

Pasal... Lawatan Putera Raja Padang Pasir

Salam,

Last week... Ya Allah. Penat yang amat-amat.
Dari hari Isnin sampai semalam... non stop!

Before this me ditugaskan utk book dan arrange dinner my opis VVIP guest,
His Serene Highness Prince Dr. Bandar dan angkatannya di Menara KL. So me dah kawtim baik punya dengan wakil MKL, Encik Shahrul Nizam Bin Haji Juhari. Siap CEO MKL nak bagi tour kat open deck, video show dan MKL nak bagi hadiah kat Prince. Tup-tup Ministry tepon kata depa nak host the dinner. Yes it will be paid by them tapi me so called hilang kuasa lah!

the rest of the arrangement diatur oleh... (let call him, 'SOT') ... oleh SOT. dia punya demand, mak oi! yang buat me heran sampai la ni adalah, camner la dia bleh gaduh dgn beberapa hotel punya wakil. pelik kan? but feed back yang me dapat dari Bee (event organiser) pun dasat! Mmg SOT punya perangai.., HUWA!!!

Nak dijadikan cerita, SOT ni fed-up dgn Lady Boss yang dok tukar-tukar plan. A week before event dia tarik diri. On Monday dia EL. Kan dah mengelupur semua. Guess capa kena 'flush all those flooter?' 'clean up those mess' 'finished up what been left hanging?' ME JUGAK!!!

My style, dapat kerja macam ni, sure mengelabah, PANIK! PANIK! PANIK! then i pulled myself together and managed to walk down the road gracefully... cewah! i've mend the road so that the Prince and angkatannya tak ada hick-up along the way...

No, bukan me nak riakkan diri, tapi citer yang betul ni. Tepon, tadah tinger kena b@mput dengan orang hotel sbb tak hantar surat, tak buat payment... then request sebutharga/agreement/invoice baru, buat surat, kejar orang nak sain surat dan cheque... hanto surat, check venue, makanan semua... ME JUGAK!

Bla bla bla... sampai hari Khamis... Lady Boss panik tader keter nak pi KLIA. Me sebenarnya kecik hati... :P sbb tak diajak pun ke MKL walau me dah arranged (later i found out that Ministry hanya nak depa pi makan jer. tak kisah la. duit depa). So me abit keberatan la nak offer keter... (lagipun my car tak mandi dekat sebulan)... lepas tgk Lady Boss mundar-mandir... me offer la my car... tup-tup me kena jadi driver. Aiyok!!!

Thank god, budak IT opis (Thanks Kamal :D) ikut dan dialah drived my car, kalau tidak Lady Boss dan Mummy-to-be kena mengucap masa masuk my car... muahahhaha...

Buk bak buk bak... event tamat... balik rumah... rehat then tido.. Awal pagi sedar-sedar tgk, tapak kaki kanan bengkak. macam masa ngandung dulu. Hahahhaha... tu akibat pakai kasut longgar dan berlari-lari sambil kontrol ayu :P

Anyway, kerja ni bagi pendedahan lebih mendalam to me about bidang kerja in Corporate Services which happen to be kerja yang dah lama me buat kat CfBT dulu. Lepas ni bleh try apply kerja dalam bidang ni la plak kot, insyaAllah...

Gambar? Huhuhu... saya orang belakang tabir, so tader gambo


Tuesday, January 13, 2009

Pasal... Bekas Daun Pandan Kuih Tako

Salam,

TORA datang lagi! not~

Step by step... uuuh bebeh cara nak buat bekas kuih tako dari daun pandan...

bebahan:
daun pandan yg agak lebar dalam 4-5cm gitu
gunting
stapler
acuan bekas (bleh guna sebarang kotak segi empat sama)

caranya:
sediakan bebahan
potong hujung pandan yang kita nak guna. lilit daun pandan pada acuan. ambil sisi pendek gulung sampai overlap sisi mula tadi. disini anda bleh tgk saya tak guna kotak diatas, tapi saya guna kepala plug sbb bentuk dia lebih comel.
potong hujung yang lebih
gunting bucu-bucu daun sampai bahagian tengah daun
selepas dipotong dan dibuka, daun akan kelihatan begini
lipat daun... tgk gambo, tak reti nak terangkan...
teruskan sampai semua jadi cam dalam gambo... edge yang awal, dok bawah bucu yang atas...
like so...
lipat bahagian daun yang lebih tu dari bawah keatas, then... stapler sama dia kasi melekat

ni pandangan dari buntut... so bleh tgk lebih jelas camner nak lipat susun daun tu... kalau buntut bekas ni berlubang, potong sedikit daun pandan dan lapik bekas tu (dari dalam)
maka... siaplah...

Good Luck!

Pasal... Opis Big Event

Salam,

Now bleh bernafas skit. Semalam macam nak patah kaki berjalan kesana-kemari.

Sampai opis then diberi senarai panjang bebarang yang perlu dibeli. Sebelum tu kena uruskan surat booking whatever...
Then me ajak Rahmat pergi Tesco. Macam main game shop till you drop plak. Lari sini, lari sana, all sbb Lady Boss ni suruh me pergi hotel kat KL plak. Mengelupur lah kejap...

Abih shopping balik opis tgk cheque tak siap... lepak la kejap. Pergi lunch then zoom ke Sri Muda oder bunga. Then zoom plak ke SACC dan PKNS cari cover tisu box dan tray...

Sampai balik opis dalam pukul 3.... fuuuh! Penat!

Buk bak buk bak... balik rumah pukul 7 lepas tolong bebudak pantry susunatur cawan semua. Sebelum tu lipat napkin. hahahahaha...

Malam pukul 8, tak sempat ZwanZwan nak rehat betul me dah seret dia pergi Sri Muda ambik bunga... thank god depa bleh hantar. Lencong sebentar ke rumah MIL. Makan KARI! peh!!! nyum.

Dah penuh pewot, zoom semula ke opis... tunggu Flower Uncle then bawa naik atas, place the flowers in place then ikat reben kat hadiah...

Balik rumah trus FLAT_____________________________________________ .

Friday, January 9, 2009

Pasal... Membuat Kuih Tako

Salam,

Bahan lapisan bawah/hijau
- sengkuang cina/water cheastnut dikupas dan didadu kecil
- 1 bekas/peket tepung Hoen Kwe hijau
- 1 cawan gula pasir
- 4 cawan jus pandan (air kosong pun boleh)
Bahan lapisan atas/putih
- 1 kotak santan (300ml)
- 3 cawan air
- garam secukup rasa
- 5 sudu makan tepung jagung

Caranya...
1. sediakan bekas... kalau rajin bleh buat bekas dengan daun pandan (i'll teach in my next entry later). kalau tanak, bekas lain pun OK
2. tabur sengkuang cina seadanya. tabur sedikit gula pasir sewujudnya :P
3. masukkan gula + air jus pandan + tepung dalam periuk dan kacau rata, then hidupkan api
4. kacau constantly sampai sebatian bertukar warna
5. tuang ke dalam bekas
6. basuh periuk utk lapisan atas plak...
7. masukkan santan, air dan garam juga tepung jagung dalam periuk dan kacau rata
8. hidupkan api dan kacau constantly sampai sebatian likat
9. tuang dalam bekas
10. hias semahunya dan biarkan sejuk pada suhu bilik sebelum dimasukkan dalam peti sejuk, sebelum dinikmati

Thursday, January 8, 2009

Pasal... Dapur Idaman

Salam,

Masa kat Mr. Herbal tu, ada 1 bahagian ni ada dapur... dengan kabinat, sink, hood, meja, kerusi... the whole thingy...

Demmm! That is my dream kitchen! Cuma perlu tukar warna hitam tu ke natural unfinish wood colour... and meja makan kayu kat tengah tu ditiadakan la... and I'm done!


Wednesday, January 7, 2009

Pasal... XTVT Malam Tahun Baru

Salam,
Malam nak sambut tahunbaru lepas, bebudak MEDIU telah menghadirkan diri ke kedai makan berasaskan herba... Kat Dataran Sunway.. Jalan 5/5 something-something gitu...

Sebahagian menu yang terdapat di Mr. Herbal

Interior dan perabot kedai ini direka sendiri oleh tuan kedai.
Kalau berkenan bleh contact untuk membuat tempahan.

Sedang memilih apa yang nak diminum.
Makanan dah oder awal-awal lagi masa kat opis...

Baju Oren tu tuan kedai, Encik Johar. Dia sedang bagi penerangan tentang makanan, minuman dikedainya.
He really good! Really knows his stuff!
Yang baju putih berdiri tu, interframe jer.

Antara pilihan minuman herba yang ada disitu

Yang macam Chinese tu adalah bekas Deputy Rector opis kitaorang... Dr Jiwa

Inilah yang saya makan... set nasi dan ayam dengan mix fruit jus.
5 jenis buah... tembikai, belimbing, nenas, epal dan oren... I think...

Set nasi dengan kambing untuk ZwanZwan

Ubat periuk. Minuman yang ZwanZwan pilih.
Kununnya utk kuatkan sendi dia nak pi main beskal nanti...

Bergambar kenangan sebelum balik...

AKUNOI review about the food in Mr. Herbal:

Nasi => nice, soft, well seasoned, wangi
Ayam => a bit dry but well seasoned
Kambing => just nice!
Ulam => Bagi pengemar ulam macam saya, portion-nya agak sedikit.
Dessert Kelapa => Really hit the spot to
cleanse the throat
Mix fruit jus => Terasa ke-pure-an jusnya. Berjaya kekalkan suhu minuman pada suhu bilik so that vitamin C tak termusnah
Persekitaran => cozy, rileks. Tapi pada yang tak tahan bau ubat herba, susah skit la

Overall rate:

Pasal... Yang Nak Terbang Pergi

Salam,

Hari ni dengarnya sorang dear colleague of mine punya last day.
Esok sorang lagi...
Sedih weh. Mereka yang besh, peramah dan tak busuk pewot nak cabut dari opis ni.

Yang busuk-busuk-busuk (walaupun baru beli bunga kain + aromatic oil Teddy's Dream letak kat cubicle dia) pewot tak serambus plak!

To The Brown Eyes Honey... Good Luck in your life
(when ever you're ready, honey!)

To The Little Ustaz ... Gambattene!
Moga hijrah korang membawa 1001 kebaikan... amin...
Related Posts with Thumbnails