Warning! AKUNOI Warning!


Diingatkan, blog ni akan citer pasal me. Pasal kecomelan me, kepandaian me, kehebatan me. Akan ada entry yang menunjukkan
keriakkan me, kesombongan me, ... Segalanya about me, me, me dan me... The world does revolves around me, thingin'. Kot ada yang rasa geli-geli, meluat bila baca, me cadangkan, baik tutup jer window ni ye... Karang tak pasal-pasal korang muntah hijau plak... Anyway... pada yang tak kisah untuk muntah hijau... selamat membaca...


Tuesday, September 29, 2009

Pasal... Raya-Raya lagi ah!

Salam,

Sambung lagi... lepas maghrib, kekami reramai pergi nak beraya rumah Tok Ngah Kaq tapi dia tadak la plak. So kami pi rumah Tok Chik Mat... tu dia... depa jamu laksa!

Tengah sedap mengadap, ada ka patut, ZwanZwan TERtumpahkan kuah laksa suam-suam tu kat muntut me? Ah!!! Makan laksa kat mangkuk la encik, takan makan kat muntut kot? :P

Then balik, layan lontong lagi... then me pengsan... ZwanZwan la yang berkemas segala!

Esok pepagi, kami semua bersiap. Mama, Ayah, Ili ngan Farhan bertolak balik Melaka dan kekami pi Balik Pulau. Melawat bungalow arwah Tok Wan Omaq. Then pi rumah sepupu Tok Baseah, Tok Ngah Baharom. Depa tak kenal me dah... uhuk uhuk! Iyalah dulu besaq jari kelingking, la ni besar pemeluk balak. Manalah nak kenai, kan? Uhuk uhuk...

Lepas tu zoom ke rumah Mak Ngah Maliah. Ada dia ngan Nita (sepupu, single lagi, pandai masak. Capa nak tekel bleh me tolongkan) jer... Depa jamu nasi impit ngan kuah kacang. Kami makan sambil tunggu depa bersiap. Sambil tu, me pusing rumah dia. Tengok buah rokam merumut-rumut merah! Geram betul me! Me just kutip yang atas tanah jer, sbb semalam depa dah bagi seplastik besaq! saja tamak!!!
buah rokam... bila masak dia jadi lagi merah, merah hati...

Seriusly rezeki Baby-Chan memang murah. Me nampak pokok buah renda tengah berbuah, so apa lagi, petik-memetik la. ZwanZwan find it a bit hard to swallowed but he managed! :P
Buah renda blum masak. klu masak jadi merah hati.
pic from: http://bumiselawat.multiply.com/photos/photo/151/1

Kami gerak pi bungalow Pak Cik Jali then ke rumah Pak Long. Joined by Pak Su Dolah later... ZwanZwan ajak Adam(my sepupu, dah bertunang, sorry) pi tapau mee sotong ngan mee rebus. Layan!!!

Lepas abih tu, pi rumah Tok Njang plak kat Kg Seronok. (ZwanZwan pi kata kampung senyum. rumah bini nombor berapa la kg senyum tu) Kali ni ZwanZwan hepi giler sbb kuah kacang Tok Njang sama macam kuah kacang mak dia. Bertambah-tambah dia makan. Me nak try tapi gastrik melanda diri...

Dekat 6.30 kami semua gerak balik. Niatnya nak pi rumah Mak Tam Imah plak malam tu nak bincang-bincang pasal arrangement kenduri Adam.

Sayangnya lepas Maghrib, Shamil (anak Mak Tam) mai rumah Tok kata mak pak dia tadok... So lepak rumah jer la... So me pun masuk la tido...

Dekat pukul 11 bangun, lapaq. Tgk ZwanZwan masak nasi putih, sardin ngan telur dadar. Layan! Dapur me tgk dah kemas... Tu dia... Cucu Menantu Tok Baseah mengemas habis dapoq, bilik ayaq semua! Malam tu Pak Su mai tidoq rumah Tok... so meriah la...

Yang tak syok, pukul 2 pagi, me kena heartburn dan sengal kat bahu yang mahahebat! tak pernah kena sebelum ni pun. ZwanZwan tolong urut tapi tak jalan. Me dah nangis... Maka ZwanZwan kena pi beli ubat plak. Dia cari sampai Sg Nibong tu... Balik, minum ubat, sapu minyak... still tak jalan... Seksanya! Tidur jaga, tidur jaga... sedaq-sedaq dah subuh.

Bagitau la kat Tok, kata me sakit, so dia ajak pi rumah Tok Chik minta buat air penawar. Ah, selamber! Kita berusaha jer sebelum bertawakal dan terima apa dugaan... Alhamdulillah, lega... FUH!!!

Balik rumah Tok, kemas barang, rumah semua... tengok Mak Ngah pun dah sampai. Depa nak pi rumah Chu Yang kat Seberang. kami tak ikut sbb nak balik jauh tu, Melaka...

Maka bertolaklah kami balik ke Melaka tengah hari tu...
OR so we'd planned... :P

Saturday, September 26, 2009

Pasal... Hari Raya Punya Cerita

Salam,

Bangun tak la awal sgt... dalam 6.30 gitu... :P
Bangun terus basuh muka, gosok gigi dan mula perangat lauk semalam, satu satu... Then Tok blend bahan rencah kuah lodeh dan me campak semua masuk periuk. Senang jer rupanya masak kuah lodeh. Harus me cuba masak sendiri nanti :P!

Gerak ZwanZwan bangun dan dia pun siaplah... tapi me lupa la plak nak bancuh air dan hidang sarapan kat dia. Abih point isteri mithali me! Mengelupur me bancuhkan dia milo. Then dia pi solat raya, me kembali 'ketungtang-ketungtang' kat dapur. Bila ZwanZwan balik baru me mencicit masuk toilet mandi... adaka patut dah nak tengah hari rembang baru nak mandi? SELAMBER! janji persiapan raya siap!

Rehat kejap sambil layan TV, then bila ZwanZwan abih sarapan round two kami bermaaf-maafan... tader drama air mata, maybe hati me keras batu kot... isk isk isk... then salam my Mum, Ayah, adik-adik dan Tok Baseah...

Tak pi pun kubur arwah Tok Wan Omar ngan Pak Cik sbb takut ada yang mai rumah. Sudahnya sampai 'Lohoq' tadak orang mai. Bebudak peminta sedekah mai beraya jer yang ada berduyun tiba.

Lepas 'Lohoq' baru nampak bala tentera mai. Cuma nasib baik skit la depa tak makan, depa nak beraya minum, makan kuih kolek duit raya then balik.

Cakap pasal bebudak mai beraya, adalah 3 orang yang badan besaq-gedongga pun mai minta duit raya. Ajak masuk rumah salam ngan tuan rumah tanak. So kekami yang mulut laser ni sound jer la... "tak masuk salam, tak bagi duit" "yang membezakan orang mai beraya ngan peminta sedekah adalah masuk rumah salam tuan rumah" dan pelbagai lagi ayat bisa...

Ada sorang budak tu dah ambik sumi (dalam tu ada 50sen) dan beskot apollo, dia bleh patah balik tanya, "duit raya? duit! duit!". ZwanZwan tunjuk la dalam peket sumi tu ada duit, budak tu angguk kepala dan blah! Adeh~

Lagi ada sorang makcik entah dari Myanmar la kot, mai bawa plastik besaq dlm tu ada kuih, air kotak, buah dan banyak benda lagilah, kununnya nak beraya... Ah, me bagi jer sumi ngan apollo tu, macam bebudak lain dapat... tak sangka ada jugak bangsa asing yang tebalkan muka ambik kesempatan minta sedekah pada hari raya ni no?

Anyway... dekat Zohor, barulah seteru sepupu-sepapat sampai... lepas solat Zohor, me terpaksa mandi dan tukar baju... then trus pengsan ditengah-tengah suasana riuh-rendah...

Bila bangun dekat pukul 6 dah... pi dapoq terkejut giler... kuah lodeh dah half... sup tinggal kuah jer... bangga! bangga! bangga! hahahahah...

lepas tu... lepas tu... er... penat lah... nanti-nanti me sambung lah ye... :P

Thursday, September 24, 2009

Pasal... Malam & Hari Terakhir Posa

Salam...

Balik opis terus kemas baju. Thank god Ili dah pasangkan cadar. Then salin baju pergi bungalow Ewan. Pokok atas bungalow dia dah tinggi. Sebijik macam tuannya dulu... hehehehhe...

Lepas sampai rumah tengok Ili dah siap gaul adunan tepung untuk buat biskut denmark. pakai tangan jer OK... inilah kelebihan ada solar hand (tangan panas, sila rujuk Yakitate Japan untuk maklumat lanjut). Berdua lah kami bergelut buat biskut tu. ZwanZwan pergi tapau jer kat kedai Awe.

Me berbuka pun dengan biskut tu. Sedap jugak! Tapi frust sikit hazelnut dalam tu tak rangup. Then minta Ili cairkan coklat dan kami main tabur jer kacang tanah yang ZwanZwan tumbuk dulu (sekali dengan kulit) untuk rojak buah. Ah selamber!!! Tak baik membazir. End up dapat dalam 2 dulang besar. Masuk dalam 3 balang kecik, 1 balang besar... 2 untuk MIL, 1 untuk kami dan yang besar untuk Tok Baseah...

Pukul 11+++ gerak dari rumah, gi rumah MIL. Dia bekalkan her famous karipap (benda wajib dia bekalkan kalau kami nak balik Penang. Highly demand ni!!!) dan kek buah... Lepas pekena kopi secawan, kami gerak dalam pukul 12.30...

Dari exit guthrie sampai ke Ipoh sangatlah jem OK!!! Sampai kereta berhenti atas hiway dalam 3-4 minit. Tu tak masuk lagi tiap hentian penuh umat.

Kami bersahur kat dalam keter jer. ZwanZwan belikan nasi goreng tawaq-habiaq kat R&R Sg Perak. tu pun isi dalam bekas kami, bekas depa habis!!! Ingat nak makan nasi lemak bungkus dalam daun pisang. Nanadonya! Semua habis licin!

Sampai Tol Juru ngam-ngam pukul 6 dan kami sempat merasa rebet 20% tol... dapat la RM38... selalu RM48... KOT... :P

Lalu kot jambatan, then sampai rumah Tok kan kami semua tido dulu.... D

Dalam nak tengah hari me bangun, mandi dan mula masak... Nothing special... ayam masak kicap, sup ayam, tempoyak dan ulam-ulam kampung untuk lauk berbuka... then rendang daging kerbau...

Seriusly, me tak pernah jadi Chef untuk hari penting begini tau. Selalu jadi sous-chef jer. hehehehe... then sediakan bebahan untuk masak kuah lodeh esok pagi plak...

Bangga wooo jadi head chef! Hahahhaha... rasa macam me dah jadi betul-betul dewasa. ZwanZwan pun macam tak percaya (iyalah isteri dia yang comel lagi montel ni kan malas masak kat rumah) jer me masak semua lauk tu... apa-apa pun DOMO ARIGATO kat my sous-chef, Ili Nur yang moncong-moncong menerima arahan dari me. Maaf la yer.. ala ko pun tau, akak ko ni kan ahkak garang... :P

Malam tu me retired lambat sbb kemas dapur, susun periuk so senang nak perangat dan orang ceduk esoknya, clear out kitchen... sampai bengkak-bengkak teruk kaki... SELAMBER! demi raya ku korbankan...

YAY!

Friday, September 18, 2009

Pasal... Persiapan Yang Tak Siap

Salam,

Duit raya tak masuk 'lam pau' lagi (green packet).
Duit raya 'pemungut cukai tak cari, tak masuk plastik, tak letak gegula sbb tak beli lagi.
Cadar raya dah kluarkan tapi tak pasang lagi.
Baju bertimbun tak lipat so rumah tak bleh disapu dan mop lagi.
Baju raya tak ada.
Baju nak balik Penang tak pack lagi.
Kuki raya untuk MIL ngan Tok Baseah tak siap lagi.

Ini semua sbb ZwanZwan asyik ajak pi sini, pi sinun... pi Utusan hanto kek lah! Pi makan nasi lemak t3t3k Kg. Baru lah! Pi bengkel lah! Pi sahur kat MekDi lah! Semua salah dia!!!

Ke... salah sendiri tak reti-reti nak buat persiapan tu awal-awal?
Seriusly tahun ni me mengelupur lebih dari biasa... adakah kerana Baby-Chan sering bertomoi didalam (iya saya ada keturunan Siam) menyebabkan me cepat penat? Tapi daya kerajinan me lebih dari time Ewan... hm...

So harap sgt Dato' bagi balik awal arini.

Balik kena kemas keter so bleh muat beg dan lay-mat (kena bawa sendiri takut tilam abih dan kena tidur lapik lay-mat nipis je). Dah la Ili mengekor sekali, tambah 1 lagi beg, dah less ruang letak barang...
Lipat baju disamping pack baju dalam beg.
Jgn lupa bekas air, duit syiling...
Baju kurung pahang, baju melayu ZwanZwan. Kasut, songkok, butang.
Sapu dan mop lantai (ni bleh suruh Ili buat)
Pasang cadar (Ili...)
Clear out fridge takut ada yang busuk. Buang sampah. Basuh pinggan mangkuk. Lap dapur, kitchen counter...
Melawat bungalow Ewan... susun batu, cari bunga... Ni kalau hujan pun kena pergi jugak-jugak!
Pi rumah MIL, beraya dan drop duit raya utk dia...

Dan... kalau ada masa... nak buat kuki raya... beskot denmark... bahan dah ada... masa jer tader...

Dalam keter pagi buta yang hening ni, kalau korang selilih keter myvi silver ada bunyi orang berdengkur kuat, mungkin itu me... :P

Thursday, September 17, 2009

Pasal... RAYA RAYA RAYA lah lagi!!!

Salam,

Dikesempatan ini kami ingin mengucapkan

Kalau ada rezeki terlebih, kami buat makan-makan laksa lagi kat rumah kecik kami, insyaAllah... Kalau sudi, mai la nanti nooo... :D

Wednesday, September 16, 2009

Pasal... Keshian

Salam,

Pagi tadi turun dari rumah nampak sekor anak kucing. Dia dok diam jer kat corner pintu. Me tegur dia. Dia menyahut tapi nampak lemah dan tak lari mcm biasa. Me sua kaki. Dia tak gerak jer... Me nyangkung, still tak lari. Me sua tangan angkat dia. Badan ringan. Heran, naper tak aktif mcm selalu. Tgk-tgk kat buntut dia ada macam benda dalam pewot terkluar. Allah!

Me angkat dia pi kedai sebelah minta kotak. niat nak bawa pi klinik. awal sgt la plak. me bawa naik rumah balik. then pesan kat Ili, letak dia dalam litter box, lapik paper, bagi dia makanan ngan air. Kalau dia 'pergi' pun biar dengan pewot penuh...

Keshian tau kitten tu. Capa la buat dia macam tu sekali!

Cakap pasal keshian, apa korang nak buat kalau ada orang yg minat giler kat korang, yang dah kawin lebih separuh dekad, dikurniakan anak dua, lepas 10 tahun korang tak jumpa, dok menggagau cari korang lagi dan dok kata dia masih sayang kat korang? (sorry ENCIK, saya letak sini pasal ENCIK)

Seriusly me keshian kat wife dia yang dah bertarung nyawa 2 kali utk lahirkan zuriat mamat tu. Lagi keshian kat anak-anak dia.

ENCIK, please get a grip. Alhamdulillah, I am very-very happy with my hubby and soon join by our son ... And I know you are happy too with your family...

Jangan cuba-cuba menjolok sarang tebuan... Memang dah tertulis our fate just crossed but never twined... OK? peace!!!

Tuesday, September 15, 2009

Pasal... Bihun Goreng

Salam,

Me lagi sanggup masak laksa dari goreng bihun. Cukup takut nak kacau bihun tu bagi sebati dengan rencah-rencahnya. Takut bihun hancur. Maybe sbb dari kecik dah biasa makan bihun yang panjang, sekali ceduk 1 mangkuk tersauk sekali.

3 malam lepas, tengok citer Anna Maria, Fahrin ngan Elly Mazlin berlakon kot... entah tak kenal... tapi ada part sarapan makan bihun goreng. Ya Allah! Nampak sedap sgt... So Ahad lepas bungkus bihun goreng makan kat rumah MIL. Tapi dari rupa dah tau bihun tu tak sedap, so me makan bihun goreng tu dengan kuah laksa. Sedap wooo... typical orang Penang tau la kot menu ni... :P... teringat time sekolah kat Penang dulu. Waktu rehat berebut beli bihun goreng then minta Pak Cik kantin tambah kuah laksa. Macam pelik kan? Tapi korang jgn buat muka geli-geli kalau tak pernah cuba lagi... satgi dah cuba trus jatuh cinta...

Then tak puas hati, semalam berkobar-kobar masak sendiri. Tapi rencahnya fishball jer, no udang, no sotong, no ayam, apa lagi daging. Sayur taugeh ngan kobis. Simple-simple jer...

Tapi garnishnya me letak tauhu goreng potong, telur dadar nipis dimayang halus, daun sup dan bawang, cili merah... bawang goreng jer tader... Bihun ni makan ngan cili merah potong + jus limau + sos tomato + kicap! SEDAP wa cakap lu!!! cubalah!

Selain tu, buat tauhu sumbat. Kuah pekat kali ni, syok lagi terasa bila dimakan!

Sorry tader gambo... lapaq sgt!

Apa-apa pun, me masih takut nak masak bihun goreng... :P

Monday, September 14, 2009

Pasal... Anak Babah!!!

Salam,

Sesapa yang kenal ZwanZwan akan tau perangai dia camner... selamba badak jer... Iyerlah kalau tidak, takanlah dia digelar Kambing Jantan oleh warden asrama dia dulu...

Nampaknya anak dia dalam pewot ni, perangai adalah lebih kurang sama...

Aritu scan, TUDIA dia tunjuk 'anu' dia... i mean TUDIA!!!

beginilah lebih kurang hasil scan aritu... DASAT kan? :P
gambo dipinjam dari: http://www.in-gender.com/cs/forums/t/31080.aspx

Memang anak Babah la ni...

Thursday, September 10, 2009

Pasal... Berbuka Sendirian

Salam,

Aduh... arini ZwanZwan akan berbuka dengan opis dia. tinggallah me ngan KakIno di rumah. Niat nak makan pizza hut alang-alang hantar document Ili tapi tekak geli plak teringat demam lepas makan pizza dengan Fauzie ngan Awieen dulu.

Nak masak nasi lemak sbb lama tak makan nasi lemak masak sendiri tapi virus malas tak abih-abih lagi... beside, ZwanZwan tak suka nasi lemak pakai beras biasa. dia nak brasmathi... ikan bilis ada... telur ada... timun pun ada... cili kena blend... takpa bleh suruh Ili buat sesiap...
Boleh lah! arini makan nasi lemak... ada jugak yang terlelap time tarawih ni kang :P... maklumlah, ZwanZwan suka nasi lemak santan pekat-pekat...

Eh wait... dia dah kenyang makan kat opis kan? Ya! but still ZwanZwan akan makan apa yang ada kat rumah punyalah! Kompom!!

On the other hand... 2 bekas Cornflake dari Marikh dah kluar. Next punya keluaran adalah utk Cik Puan Maria kita... tapi dalam paling lambat Sabtu kot kami hantar... ni pun sbb MALAS yang melampau... ditambah cuaca yang panas dan tidak bleh berdiri lama kalau tidak kaki bengkak punya pasal lah ni...

Berbalik pasal masak-masak... rasanya aritu jer ZwanZwan snap gambo lauk me masak. nothing fancy-smancy... sambal sutun, nenas singgang, bayam tumis air (fav ZwanZwan), subway ngan air 3 kaler...

Sunday, September 6, 2009

Pasal... Buka Posa Terato - KGPA

Salam,

Sampai dalam pukul 7 gitu... then nampak Sarip & Fariza sampai. Then nampak auditor kita, encik Siluman hencem berbaju melayu kelabu.

Orang ramai giler! Semua berebut ambik makanan. Then kami gerak ke meja depan dan bayar duit. On the way ke meja kami, me grap rojak buah...

Dapat meja kat khemah sebelah tempat grill kambing...
Tak seronoknya, adaka nama atas meja tu depa letak ENCIK AZNIL. dah bgtau dah budak tu, "ni Aznil perempuan. Bukan Macam-macam Aznil"... Duuuuuuh~

Yang mai 8 org jer so kira just nice la. Cuma tempat ramai giler orang!!!

Then minuman sampai, dan since tak sempat ambik makanan lain, me buka posa n gan rojak jer.. then me ngap nasi ZwanZwan. Then ambik tempura, nugget, kerabu mangga, laksa penang, popia...

Lepas tu ngap ikan goreng ZwanZwan, ngendeng air asam Fariza, minta Imran ambikkan me eskrem, selamba badak minum air bandung sapa tah... Then another eskrem, then mee kari, then kamibing Fahmi skit, then ketam skit, then air lemon tea, then kek Fariza... Er tu jer kot... Oh, cempedak goerng Ili, sate Fariza... on the way balik, me ambik tempura 1... rugi tak ambik kuih yang terletak kat pintu kluar... hahahhaha...

Gerak balik dlm pukul 10 gitu... then lepak PappaRich kat 3 2 square... layan white kopi ngan fries... ujan turun lebat dlm nak pukul 2 then kami balik... sampai rumah mandi then Zzzzz...

Bangun lambat trus cuci toilet, kemas baju lama masuk kotak, baju tak pakai gi buang, kluarkan baju ngandung Khemah, spring clean bilik tidur... lipat dan susun balik bebaju dan towel. So now lemari besar kat bilik tgh ada ruang lagi utk beli MORE CADAR YAHOOOOO!!!! my target, cadar single utk katil Baby-Chan.

Satgi nak pi Giant or Tesco beli bekas nak isi kuih. Lepas ni tertunggus lumus buat CdM. Kena hantar dlm awal minggu ni sbb kalau hantar awal, akan secara tak langsung bagi masa utk prospect customers utk order KALAU depa tertarik tgk kawan depa yg dah dpt order...

Lepas tu nak try buat my old-time favorite raya cookie, Biskut Denmark. last makan masa sekolah menengah rendah... lama kan? adalah dalam empat ratus tujuh puluh tiga tahun lepas... muahahahhahhah!

So review KGPA punya ramadhan buffet? 3 out of 5 sbb makanan abih depa tak top-up! Meja depa tambah tapi makanan tak tambah. beside, depa salah letak label. patut mee kari depa letak mee rebus.

Saturday, September 5, 2009

Pasal... Al-Baraka

Salam,

Kami tak popular... tak byk jemputan buka posa pun...
Tapi smlm mujur ada Kamal dari MEDIU ajak join depa buka posa...

Al-Baraka kat Cyber... dekat-dekat bangunan nama Domain. Makanan timur tengah gitu...

Kami sampai dalam 10 minit lewat... bebudak dah ditengah xtvt makan depa...
Nampak Dato' K & wife, Kamal + wife, Shah + tunangnya, Sha + hubby + son, Ikhwan, Izhar, Rizal, Atul, Kak Pah, Yda, 2 staff baru, 1 staff baru + wife... er ada yg tertinggal ke? :P

Menu? nasi briyani, kari kambing dgn kambing meatball, 2 jenis sup, kari ayam, salad ala fattosh tapi tader spice jer :P, sayur apatah yg dibakar, popia tader sos nak cicah, makaroni dgn tomato extra kembang, manisan, cili padi ngan halia... air 2 jenis sejuk... tang ngan lemon... teh and kopi...

harga? RM25 per head...

rating? saya bagi 3 out of 5

Thursday, September 3, 2009

Pasal... Kad Raya

Salam,

Macam biasa, kami akan menghantar kad raya kepada 10 orang pertama yang menghantar alamat mereka kepada kami...

Jadi, pada yang nak dapat the good old kad raya, silalah berbuat demikian...

*So far ada lagi 9... cepat, cepat!

gambar dipinjam dari: http://www.pelitabrunei.gov.bn

Tuesday, September 1, 2009

Pasal... Bergejolak!

Salam,

Seriusly, Baby-Chan punya movement didalam sangatlah aktif! Kalau tgh kusyuk buat kerja bleh terkejut me dibuatnya.

Tak macam Ewan, Baby-Chan ni aktif...

Imagine... gene olahragawan Babahnya... gene gedik-gedik Ibunya... huwa! cabaran yang hebat bakal menjelma. Mungkin kami suami isteri akan letih skit la berbanding time Ewan tapi we know it's gonna be FUN! FUN! FUN!

Cakap pasal fun, smlm buka posa kat rumah MIL. me buat la kuih tako... masa berbuka tgk my MIL makan 2-3 bekas.... PEH! rasa seronok sgt... kui kui kui...

Pasal... Flaws

Salam,

Akhirnya jumpa jugak flaws Cornflakes dari Marikh tu...
Dia lepas 4-5 hari akan tak rangup dah... SEDIHNYA.
Atas cadangan Farhan, adikku yang mmg terrer bab-bab rasa-merasa-kritik-mengkritik ni, dia suruh tambah beberapa lagi bebahan agar CdM ni jadi macam powerbar.

So pada mereka yang dah order, harap tak terkejutlah bila ngap CdM ada 1-2 bahan yang tak ada dalam sample.

Er... by right korang dpt lebih maaa... takan nak marah kot? :P

Maaf sesangat!!! Tapi kot ada nak kensel oder, saya tak marah la... saya paham... uhuk uhuk uhuk!~
Related Posts with Thumbnails