Warning! AKUNOI Warning!


Diingatkan, blog ni akan citer pasal me. Pasal kecomelan me, kepandaian me, kehebatan me. Akan ada entry yang menunjukkan
keriakkan me, kesombongan me, ... Segalanya about me, me, me dan me... The world does revolves around me, thingin'. Kot ada yang rasa geli-geli, meluat bila baca, me cadangkan, baik tutup jer window ni ye... Karang tak pasal-pasal korang muntah hijau plak... Anyway... pada yang tak kisah untuk muntah hijau... selamat membaca...


Thursday, June 25, 2009

Pasal... Baby-Chan Debut

Salam,



Sepatutnya 13 minggu ni... tapi saiz Baby-Chan besar sampai mesin scan tu kata Baby-Chan dah 14 minggu...

Masa mula scan, baby-Chan tgh merehatkan tangan kiranya atas tali pusat then seakan-akan menepis-nepis sesuatu bila doktor menekan pewot me utk dptkan view yang lebih clear. Dia tak puas hati, abih dia tendang-tendang plak... huaaaa ganaz jugak anak ku ini!

Then doktor nak ukur dia, dia pusing belakang... nampak la tulang belakang dia... nampak kaki dan tangan skit... ZwanZwan kira ukur lilit kepala Baby-Chan ni dah nak sama kepala Ewan dulu ni... Huwaaaa...

Friday, June 19, 2009

Pasal... Busuk Hati

Salam...

Entah la sekor langau kat opis ni. Dulu dia buat cerita burukkan me kat somebody. Sampai la ni somebody tu mcm meluat kat me...

Now langau tu makin sakit hati bila me ngan bebudak tempat me berborak tak ajak dia. Dia main repot-repot la plak. macam budak sekolah.

Alah, tadernyer yg nak ajak dia join borak... dia tu BUSUK!!! Busuk hati, busuk perut!!!

Monday, June 15, 2009

Pasal... Cuti...............

Salam,

Last week... Dari Sabtu malam balik melaka then lepak di Melaka.
SYOKNYA!!!

Pagi ZwanZwan belikan sarapan... tgh hari Mama masak. Malam Mama masak... Hehehehhe

Isnin pergi buat pink kad. Rabu pi check up. Dah nak kena finalize sepital mana nak beranak plak... sbb Doktor Klinik Sg Rambai tu nak suruh dok tor pakar sepital me nak beranak tu take care my case, special case kata mereka...

tak sempat nak pi klinik gigi. tampalan kat gigi graham dah tanggal. berlobang gigi.

lepak Melaka sampai Khamis malam, then balik Shah Alam...

Now dah masuk opis. Liat betul nak bangun pagi tadi... :P

Wednesday, June 10, 2009

Pasal... Ulang Tahun

Salam...

Tak lama lagi Julai...

Selalunya for the past 28 years... Julai adalah bulan yg me tunggu-tunggu. Masa sekolah rendah dulu simpan duit nak beli gegula nak bagi kengkawan...

Tapi... last year... a day before my big day... half of my soul diambil Allah...
Ewan pergi sehari sebelum befday me...

So, tahun ni, tanak sesapa pun wish me HEPI BEFDAY sbb tak hepi la Ewan tader...
Tatau sampai bila tanak sambut... Sakit masih ada...

Dah la 2 tahun lepas sambut kat PPUM yang MAHA-SUCK! nasib baik Dura, Fahmi, Imran, Henzman mai melawat siap bawa kek blueberry...

So please... no birthday wishes for me... tapi kalau nak sedekah Al-Fatihah utk Ewan, dialu-alukan...

Monday, June 1, 2009

Pasal... Menipu

Salam,

2 tahun lepas, masa Ewan kat PPUM selama 14 hari sbb demam dan para doktor buat Ewan macam guiney pig masuk antibiotik ni, antibiotik tu, tibalah masa kami patutnya bleh balik.

Tapi Dr kat Pead plak nak buat small operation utk halang hydrosis Ewan the next day. A small operation yang buat pagi, petang bleh balik. In short tak payah stay lagi kat wad la.

Tup-tup, Ewan demam la plak petang hari ke-14 tu. Sah! Ewan tanak kena operate lagi!

Kami kena stay semalam lagi. Sedih tgk Ewan. Bosan wad PPUM ni. TV kecik, gambo bersemut, suasana mandom jer. Lagi kesian kat ZwanZwan asyik ulang-alik rumah-sepital-opis. Lagi byk uban dia tumbuh me tgk :P

So pagi ke-15 tu, time Misi ambik temp, me kluarkan termometer yang FIL bagi. Me kata, "Takpa Sis, saya ambilkan pakai sayanyer... ". Misi tu pun senang hati la, tak byk kerja dia... So me letak bawah ketiak Ewan.... laju bacaan naik! Tapi sampai kat 37, me cabut! Me biar beberapa saat kat udara dan termometer tu kluarkan bunyi tanda bacaan dah diambil dan tak ada perubahan suhu.
Sengeh-sengeh me tunjuk termometer tu kat Misi. Misi kata, "Oh, Ewan dan nak baik demam dah! Boleh balik pagi ni..." Lega...

Kalaulah me tak menipu macam tu, kompom kami kena stay lagi. Hehehehe.
You can't believe the lies a mother can come out to ensure the safety of her child! :P

Related Posts with Thumbnails