Warning! AKUNOI Warning!


Diingatkan, blog ni akan citer pasal me. Pasal kecomelan me, kepandaian me, kehebatan me. Akan ada entry yang menunjukkan
keriakkan me, kesombongan me, ... Segalanya about me, me, me dan me... The world does revolves around me, thingin'. Kot ada yang rasa geli-geli, meluat bila baca, me cadangkan, baik tutup jer window ni ye... Karang tak pasal-pasal korang muntah hijau plak... Anyway... pada yang tak kisah untuk muntah hijau... selamat membaca...


Thursday, August 28, 2008

Pasal... Nak Jual

Salam,

Sesiapa yg berminat nak beli membership gym True Fitness me?
Me nak let go RM300 saja. bebulan kena bayar dalam RM184 tiap bulan (jumlah termasuk tax whatevawhateva). Ada lagi 22 bulan lagi membership ni.
Cuma, membership ni utk guna kat Jaya33 jer...

naper nak let go?
me malas
me nak gemukkan badan
malas nak tempuh jem utk pi gym saja
me kedekut
me jahat
me garang
me bosan

so, kot ada yang berminat, bleh contact me... email, call or drop yr msg kat blog ni.

yang mengharap sgt...
akunoi

Tuesday, August 26, 2008

Pasal... Bungalow Ewan Ariff

Salam...

Ni bungalow Ewan. Still under construction. Nnt nak tambah bebatu keliling pokok bunga then tabur pasir yang kami ambil kat pulau beras basah, langkawi aritu.... Nak bubuh marble tepi-tepi tu, tapi tak jadi sbb kawasan kubur kan tanah wakah. Tak elok sgt berhias melampau-lampau. Baik guna duit dia pi sedekah kat yang memerlukan, lagi best!

Melilau me ngan Azwan ditemani Ili Nur pi cari pokok ni. Me suka bau dia, wangi dan calming. Tapi sampai la ni me tatau apa nama pokok ni. Tak berapa nampak sangat, tapi ada banyak bunga tengah nak keluar. Masa kami jumpa pokok ni, tuan kedai letak dia kat belakang kedai. Merajuk pokok tu, mabuk daun. Bila kami tanam jer kat bungalow Ewan, daun dia gugur banyak... then kluar kudup bunga.... banyak!

Ni pakcik tukang buat batu tanda salah eja. Bila masa me kawin dgn AZMAN dan dapat anak dengan encik AZMAN? Uwaaaa... tu la dulu me suka buat lawak pasal apek bertukang memalam kat kawasan kubur. ada bebudak muda melepak tegur, "apa buat apek?". apek reply "chilaker itu olang salah eja nama gua".... now kan dah kena kat anak me... kui kui kui

Di deretan bungalow-bungalow para malaikat, kawan Ewan kat syurga. Main elok-elok tau...

Pasal... Wait a tick!

Salam...

Tadi masa nak parking keter, me ambik side byk sgt, then bergesel... no it's more like tayar depan keter belah kiri panjat divider then sreeeeeeek sepanjang bahagian bawah ke2 pintu... then tayar belakang naik divider tu then debum, turun bawah balik.... OH MY GOD!

mengelupur me masuk parking and keluar tgk keter. Buka pintu nampak berterbangan serpihan cat luar dan dalam keter... Ya Allah, this is not how I want to start up my day... ni balasan smlm marah kat Bob Gavin. Huk huk huk... Allah bayar cash.

Anyway... dalam petang satgi kot, insyaAllah me load gambar 'bungalow' Ewan. Tak siap lagi... tak susun batu lagi, tak tabur pasir Pulau Beras Basah Langkawi lagi...

Hari ni ada training. 2 hari. Hm... tak ingat bila last ada training sepanjang me kerja. Wait a tick! Tak pernah pergi pun training... huhuuu... Now dah jadi tukang jaga tepon, kena la plak...

Oklah, got to go... masih terbayang serpihan cat halus berterbangan masa me buka pintu keter... adoi la... sedihnya...

Thursday, August 21, 2008

Pasal... Ulang-Ulang-Ulang-Ulang Tahun


Salam...

HePi 4TH WeDDiNG aNNiVeRSaRY
to MoHD aZWaN & NuRuL aZNiL

Moga perkahwinan kita berkekalan, bahagia, murah rezeki dan dikurniakan anak (lagi) yang soleh dan solehah...
Amin

(masuk bakul angkat sendiri)

Tuesday, August 19, 2008

Pasal... Opis Baru

Salam,

Now lunch hour. Depa tutup semua lampu, halau semua keluar. kui kui kui.
Setengah hari pertama sangap giler. Me siap terlelap 2-3 kali, tp berjaya di-cover la sbb tudung besar kan... hahahaha

Then bos panggil, dia bagi job. Giler besar job ni. Seriusly... me terkejut.

Tapi ada masalah. Me dah biasa kerja kompeni kecik. Org ketuk me jalan... ketuk jalan... kat sini nak me jalan jer trus takyah tunggu lampu ijau... tak bahaya ke? kot kena rempuh ngan beskal nanti? hehehehe

Yg tak syok, mamat yg sepatutnya bawa me round berkenal-kenalan dgn staff sedia ada tak do so... so me ti do la ti... i mean so me menggagau cari who is who.

Deadline friday ni, me half pun tak siap lagi kerja. Esok baru start mengelupur.

Kot-kot me gagal sini, bleh tak me balik ke CfBT? Depa terima tak me lagi? Kui kui kui...

Friday, August 15, 2008

Pasal... Dapat Award?

Salam...

Pepagi masuk opis (CfBT) then dpt msg dalam komen-box. Huwaaaa...
Me dapat award la...

"I would like to thank my hubby, my mum, my nenek, my arwah Ewan, my cat.... my my my oh my..."


Brilliant Award is a prize given to sites and blogs that are smart n brilliant both in their content and their design. The purpose of the prize is to promote as many blogs as possible in the blogsphere.

here are the rules to follow:

1) put the logo on ur blog <= nun di atas sana...
2) add a link to the person who awarded you <= her link is in my list o'ready
3) nominate at least 7 other blogs <= 7 org ye? demmm... 2-3 orang jer la... :P
4) add links to those blogs blogs on yours <= er... mo man tai
5) leave a message for ur nominees on their blogs <= sat gi me buat...

By the power blessed by ellyn
to me, I here nominate ...

1. ZwanZwan
2. Aan
3. Jz
4. Imran
5. Henzman
6. Sarip
7. capa nak volunteer?


(YES, i know me patutnya dah tak kerja, tp nak buat camner... depa tepon suruh mai opis sbb dah tader orglain dah bleh settlekan kerja ni. So me kena drag my big, bad butt to the opis le... kui kui kui)


Tuesday, August 12, 2008

Pasal... Trip ke Utara (bah II)

Salam...

Xtvt yg termasuk dlm pakej Tok Senik tu adalan Island Hoping.

Pulau Dayang Bunting,



Eagle feeding kat Singa Besar dan mandi di Pulau Beras Basah.



Me minta ZwanZwan isi botol dgn pasir Pulau Beras Basah tu nak letak kat 'bungalow' Ewan.
Tak boleh bawa dia pi Langkawi, kami bawakan Langkawi untuk dia...

Monday, August 11, 2008

Pasal... Yang Tersimpan...

Salam...

Lagi gambar Ewan yang tersimpan dalam henpon me...


Kualiti tak berapa elok. Tapi cuba perhati betul-betul. Nampak tak ada nama Ewan kat buntut botol tu?


Ni gambar yang senantiasa membuat hati me cair.
Yang 1st mcm rupa model syampu posing sambil jeling menggoda.... Uuuuuu
Yang 2nd siap gigit jari dan jeling manja...
Yang 3rd dia senyum + sengeh kaw-kaw. Very sincere...


Ewan menguap! Hahahaha! Ni masa dia baru lepas pantang.


Ibu dan Ewan.
Ni lah muka-muka boring tunggu Babah balik kerja bawa kami pi berjalan.


I just love this piccy... Ewan naikkan kening dia. Sekali imbas dari pandangan mata me yg sepet ni, nampak macam Mr Bean la plak. Kui kui kui...

Pasal... Trip ke Utara (bah 1)

Salam...

Hehehehe... kembali ke opis lepas 1 week melarikan diri ke Utara.
Bertolak ke Perlis dalam pukul 8.30pm lepas memenuhkan pewot di 222.
Stop mandi kat R&R sg buluh.
Cari cheap hotel kat Ipoh utk tido semalam.
Gerak pukul 10 lepas sarapan di R&R Sg Perak.

Sampai rumah pengantin dlm tgh hari.


Makan... pengantin sampai... makan...



Then jengjalan ke Gua Kelam. Naik train kat Gua Kelam 2...
then ke Gua Kelam yang bleh jalan masuk dalam tu...



Stop makan kat Restoran Tok Mek. ABC besh mcm tu RM2 jer...
Pukul 5 pi semula rumah pengantin


dan kami dihantar ke tempat penginapan kami utk malam tu.


Malam tgh pi pasar malam, pengantin ajak pi makan ikan bakar. kami ON jer.


Esok pagi bertolak ke Langkawi. Feri pukul 9.30.
Sampai pulau 11am, ambil kereta sewa dan drove off ke Tok Senik.


ZwanZwan sungguh teruja bila tgk tempat tu. Sgtlah seronok lagi peaceful.


Dengan ada taman ular betul-betul bertentangan pintu masuk Tok Senik.


Kami lunch di Restoran Siti Fatimah atas cadangan forumer Cari ni (terima kasih awak! :P)
Lauk sedap tp by pukul 2 tak byk yg tinggal. Nasib baik pajeri nenas ada!

Then pi jengjalan kat pekan Kuah. ZwanZwan nak beli coklat.


Balik ke resort then mlm tu pi tgk pertunjukan Ular by Ratu Ular Dunia... aisay lupa nama dia.
Dia citer byk pasal ular. Ular kecil mcm ular lidi, Viper Pit bunuh 3 elor ular besar sbb berebut kawasan. giler ah! Kami lepak sana sampai akak tu pun balik. Besh! Dah la dapat harga tiket murah giler!!!

Mlm tu dinner kat Kelibang Seafood (selepas restoran lobster menghala ke jeti kuah).
SEDAP dan MURAH GILER!!!

Esok pepagi sarapan kat Warung Tok Mat. Ala carte sbb tak ramai org.
1st day kami oder bubur nasi, american b/fast dan bebuah.
2nd day oder nasi lemak dan ZwanZwan masih dgn american b/fastnya.
3rd day, me oder bihun goreng yg nampak selebet, tapi SEDAP! ZwanZwan plak oder nasi lemak dengan sambal sutun dan rendang daging...

Xtvt yg termasuk dlm pakej Tok Senik tu adalan Island Hoping.
Pulau Dayang Bunting, Eagle feeding kat Singa Besar dan mandi di Pulau Beras Basah.
Me minta ZwanZwan isi botol dgn pasir Pulau Beras Basah tu nak letak kat 'bungalow' Ewan.
Tak boleh bawa dia pi Langkawi, kami bawakan Langkawi untuk dia...

Balik dari xtvt tu, kami start keter pi lunch kat kedai sarang burung kat jalan menghala ke Pantai Chenang selepas Chandekkura. Abang yg bawa van Island hoping tu rekomen. Lupa plak nak ambik gambo sbb terkesima dgn lauk yg byk pilihan, sedap tapi murah giler. ZwanZwan ambil udang besar 3, daging, ikan baru RM3. Nasi 2, sambal belacan, ulam 4 jenis, gulai, sambal tumis ikan bilis, ikan cencaru belah belakang, sayur 2 jenis baru RM5!

More to come later...
Related Posts with Thumbnails