Warning! AKUNOI Warning!


Diingatkan, blog ni akan citer pasal me. Pasal kecomelan me, kepandaian me, kehebatan me. Akan ada entry yang menunjukkan
keriakkan me, kesombongan me, ... Segalanya about me, me, me dan me... The world does revolves around me, thingin'. Kot ada yang rasa geli-geli, meluat bila baca, me cadangkan, baik tutup jer window ni ye... Karang tak pasal-pasal korang muntah hijau plak... Anyway... pada yang tak kisah untuk muntah hijau... selamat membaca...


Tuesday, July 29, 2008

Pasal... Tangan tu...

Salam...

Giler posting me hari ni... maklumlah kerja dah abih! Yay!

Me tepon ZwanZwan tadi. Alahai dia demam. Dia kata dari Isnin dah rasa nak demam. "Tapi dok hentam ais jugak", me bebelkan dia. "Dah la semalam berembun". Macam biasa la dia bagi alasan dia... iya iya awak jer la betul.

Lawak! Kesian tu kesian tapi lawak kalau ZwanZwan demam. Kejam ke me? Yes...

Kalau me demam, dia sure hulur me ubat, air semua. Masa me demam susu dulu, dia la yang letak wet towel kat dahi me, baca 4 Qul kat bucu katil. Dah la masa tu Ewan kat sepital. Masa me pitam dulu, dia la terkial-kial cuba angkat badan debok me ni ke katil. Then dia la jaga Ewan... Hm...

Tangan tu... tangan tu...

Tangan tu, dia hulur tangan tu masa me nak masuk ice ring kat Sunway Pyramid. Me pegang tangan tu, trus me rasa, kalau tangan ni terus pegang tangan me, me tak akan jatuh selama-lamanya...

Time tu, I made a promise, me takan cari boipreng lain sbb tangan tu... tangan tu akan buat me rasa selamat selalu...


Tangan tu...


Monday, July 28, 2008

Pasal... Terapi Doktor Ikan

Salam...

Semalam, macam biasa, lepas keluarkan gaji, me pergi shopping.
Then pergi makan. Belanja ZwanZwan makan kat Laksa Shack.

Lepas tu dia nak pi toilet. Me duduk kat ada tempat yg disediakan.
Then nampak 1 kedai. Dr Fish Therapy.
Macam menarik. Tunggu ZwanZwan datang then ajak dia pi sana...

Bayar, cuci kaki... then pilih tempat yang hujung sekali dan rendam kaki kami dalam tu...

Seronok ikan tu makan.
Mula-mula rasa geli yang melampau-lampau. Lepas 3-4 minit dah rasa biasa.
Rasa macam kena semut-semut lepas duduk lama sangat.
Depa berebut-rebut makan kulit mati, terutama yang celah-celah jari kaki.

Syok kan ZwanZwan? I know you like it. Sama macam yang saya belanja awak pi urut tu. Huhuhuhu

Untuk gaji bulan depan kita pergi manicure & pedicure pulak ye ZwanZwan. hehehehehe...
Bulan depan-depan tu plak kita try waxing ye... hahahaha!


Thursday, July 24, 2008

Pasal... dah kecik skit

Salam...

Tadi borak dgn Pushpa, cleaner opis ni.
Dia kata muka me dah kecik dari dulu.
Me kata la, mekap maaa...
Dia kata bukan...

She got good eyes! I mean, really goood eyes!
Me pakai baju besar pun dia tau samada me dah tambah or kurang berat. Dasat!
Sometimes scary...

A bit of me is hepi sbb dia kata me dah kecik skit, tapi me tau sbb apa me dah kecik skit...
Di tambah lagi dgn kes me jln kaki dari opis pi Jaya 33. hehehehe...
selain me dah kurang makan sampai dah kena gastrik balik. adeh!

Minggu ni tak pi gym. study-study-study!
minggu depan pulun... sbb tu last week me kerja area ni.
lepas ni kena redah jem federal hiway nak pi gym.

lepas tu pi langkawi... 'animun' ke sejuta kalinya... kui kui kui...


Monday, July 21, 2008

Pasal... Kena Tag II (mrshafiz)



Google Tag FTW:Go to Google and search the phrase. Please include the double quotation marks “…” Tag friends. Please use your REAL 1st name. Use the first thing that comes up that makes sense. <= I'm using my other name... NOI.

Q: Type in “[your name] needs” in the Google search: “Noi needs”
A: “Nói needs to escape Bolungarvík, but the harder he struggles, the more trapped he becomes, like a bug in a web." <= Kesiannya... Eh Noi tu jantan ka?

Q: Type in “[your name] looks like” in Google search: “Noi looks like”
A: “Noi looks like she's gonna pop! She still look the same! she hasn't gained any weight! wow." <= Yeah Baby Yeah! I wish...

Q: Type in “[your name] says” in Google search: “Noi says”
A: “Noi says:. thank you about suggestion about learning english..i will try to learn ... <= Iya, learn jangan tak learn..

Q: Type in “[your name] wants” in Google search: “Noi wants”
A: " Noi Wants some food " <= Food?! Sudah tentu!

Q: Type in “[your name] does” in Google search: “Noi does”
A: “NOI does not include interest paid on loans, the depreciation..." <= Well good for you, Noi!

Q: Type in “[your name] hates” in Google search: “Noi hates”
A: “NOI hates and blames the Jews for ..." <= For what? It's for me to know, for you to find out...

Q: Type in “[your name] asks” in Google search: “Noi asks”
A: “
Nói asks where, and Íris suggests he press a button on the map and the Hawaiian Islands light up." <= Aik kata nak pi Langkawi, camna ada Hawaii ni?

Q: Type in “[your name] likes ” in Google search: “Noi likes”
A: Noi likes to entertain as much as I do so it’s real fun..
" <= Sudah tentu!

Q: Type in “[your name] eats ” in Google search: “Noi eats”
A: “Noi eats heartily at every meal and takes regular long walks; she's never dieted in her life." <= Wow wee!


Q: Type in “[your name] wears ” in Google search: “Noi wears"
A: "Noi wears many hats, running multiple projects at once.
" <= Right on!

Q: Type in “[your name] was arrested for” in Google Search: “Noi was arrested for”
A: "No results found for “Noi was arrested for”.
". <= Yay!

Q: Persons Noi wanna tag; (not from Google)
A: Me nak tag AZWAN!!!

Pasal... Kerja, Ewan & Hadiah Befday


Salam...

Lagi 28 hari me akan kerja kat opis baru insyaAllah. Tatau la kat sana bleh sesuka hati melayari tenet mcm kat sini.

Gedebuk-degebak dan 6 tahun me kerja sini. Sayang woo nak pindah. Tak banyak opis yang se-fleksible sini. Malas nak bangun SMS jer kata nak masuk lambat. janji buat 9 jam... dan... ada kelongaran lagi... kot nak balik awal, bleh, janji esok-lusa bayar lah balik! besh kan?

then kalau besh naper nak blah? hm... gaji tak setimpal kerja... tu jer sebab kukuh dia.

so insyaAllah lepas ni akan men-joinkan diri kat sebuah organisasi yang... er... hehhehehe... lepas ni korang jumpa me time pejabat sure tak kenal me, kot! hahahahha... nnt me ambik gambo...


Hari ni dah 18 hari Ewan pergi... Smlm masa kat rumah Ewan me nangis. skit jer. rasa rindu. then nak tidur pun nangis skit... skit jer...

nampaknya tembok yang me bina dah mula retak. be ready jer la kot tiba-tiba me meraung lagi.
bukan apa tau, rasa ralat... berkali-kali pregnant, tapi now, tak nampak hasilnya. yang ada, my ugly sagging tummy with hideous stretch marks. kami pun bukan baru kawin, dah nak masuk 4 tahun ogos depan... entah la... dah takdir mcm ni. takan nak argue ngan Allah kot?

kengkadang rasa ni balasan me jahat dulu... jahat sgt ke me?

Maybe yes... tp pada org lain maybe tak... tatau la Ewan... Ibu pun pening...



Azwan dah beli 3 hadiah befday me... dengan beberapa mini hadiah lagi... seriously, he is spoiling me!

me dah dpt mini blender tu...
dengan nike sport bra...
smlm me dpt jam tangan baru...

also dpt faraway body cream, baju dan seluar kecik baru, telekung, socks, tudung... huwaaaa!

mesin basuh tak dpt, sbb yg lama dah dibaiki...
subang mata itik dengan 1 batu tu, me dah beli untuk diri sendiri...

Makasih Encik Azwan. Nnt saya bawa awak pi Langkawi ye... Saya belanjer :P



Friday, July 18, 2008

Pasal... Hayun Kaki Redah Je

Salam...

Rabu lepas... ada kelas belly dancing... (ala more on work out bukan nari betul pun)
Pukul 5pm dah kluar opis... tunggu teksi dalam 15 minit. bas rapid kl dah 2 lalu (siot time org tak tunggu byk plak dia).

teksi, byk yg tak berhenti sbb depa on call. 2 biji yg stop nak me bayar extra RM2. 4 biji nak pi kawasan KL jer...

ah! me dah fed-up. tepon Azwan dah 3 kali. percuma dia kena marah dgn me... kesian ZwanZwan.

Last, me hayun kaki redah jer sepanjang Jln Abu Bakar tu. 30 minit lepas tu dah sampai Jaya 33. Hambik ko...

Tapi bila PK balik, elok la jln kaki. Dah nak pi gym bersenam kan? Might as well jalan kaki, so kat sana takyah lari setempat depan tv tu... Jalan kaki kat Jln Abu Bakar tu lagi syok, ada bunga, ada pokok rambutan, ada pokok nangka, pokok mangga... ada sampah... er... yang penting udaranya nyaman. Rasa mcm kat Taman Negara jer...

Hari ni, kalau cuaca besh, insyaAllah nak jalan kaki lagi ke sana... huhuuhuuu...

Wednesday, July 16, 2008

Pasal... Menjawab TAG si JZ

Salam...
Sapa yg tag me dulu tp tak direply, minta maaf.
Ni baru berkesempatan nak tag... dr JZ...




*nama timang²an anda,
=> Noi orang kampung me panggil me ni
=> Azni for my Hubby, my Mum, my Tok Baseah dan family terdekat
=> Tatty by bebudak forum TERATO

*anda seorang yang ......
=> nampak garang tp dlm lembut
=> bermulut laser tp hati baik :P

=> suka hide kesedihan dan kerisauan dgn ber-pok-pek
-pok-pek
=> senang memaafkan tapi never forget

*insan² teristimewa dimata anda..n y?
=> Suami saya dialah syurga, dialah kawan, dialah kekasih, dialah ATM :P

=> Arwah Ewan Ariff dia mengajar me erti sabar, dia bagi me peluang jadi Ibu

=> Mama dia besarkan me sengsorang, sabar dgn keras kepala me, bagi nasihat mcm kawan not like a mother

=> Tok Baseah dia besarkan me masa Mam
a kena pindah kerja. Ajar me jadi me sekarang
=> Mak Tam tanpa dia, me sure jadi betina, tak reti buat kerja rumah, masak semua :P

=> Ili Nur selalu tadah tinger dengar me ngadu ni, ngadu tu

*lagu² peberet.
=> me layan jer semua.
mcm sekarang dok layan Matahari (amuk), 1000 tahun (imran ajmain), Luv (janet), 4 minutes (madonna+JT), Dudu (tarkan), Hanya Kau Yang Mampu (Aizat), Farhana (jinbara), Low (flo rida) dan Tandem (Halcali).
Terbaru Can't Smile Without You (barry manilow)

*kaler² peberet
=> Awak nampak BIRU

*yu hate this kind of attitude?...
=> nak tipu tapi tak reti nak tipu. budusss weh!
=> berlagak. mcm saya sorang jer yg bagus
=> tikam belakang
=> muka buruk, perangai pun buruk. ceh!


*3 benda dalam beg?..

=> Motorola V8

=> beg transparent kecik (dlm tu ada pen, note book, pad, tisu, c
ermin, lipgloss, parfum, sepit rambut, wet tisu, getah rambut, lipliner, body balm, vicks)
=> kunci rumah, kunci opis & kunci keter


*kali terakhir kamu nanges?..
=> I should say masa azan zohor berkumandang 3 julai lepas tapi pada 10 julai malam tu just air mata meleleh jer la... so mcm mana nak kira tu?

*tag other 6 ppl
=> ni nanti dulu... malas...

Pasal... I know that Ewan knows that I know that he knows that


Salam...

So apa xtvt kami suami isteri lepas anak tader ni?

Bangun macam biasa... subuh... tapi tidur balik.
=> Selalunya terus stay siapkan barang, makanan dan baju Ewan untuk ke rumah MIL

Bangun semula pukul 6.45 - 7 then mandi, iron baju, bersiap. Terus ke opis.
=> Selalu dalam pukul 7.30 baru keluar rumah, lepas bagi Ewan mandi dan makan sambil
layan Shaun The Sheep

Sampai opis me dalam pukul 8am.
=> Selalu dalam 8.30 - 9 baru sampai sbb habis dekat setengah jam sarapan kat rumah MIL

Me balik opis pukul 5. Terus ke gym, layan treadmill ke, yoga ke, belly dancing ke... Then sambung kelas 'Group X' lain ke sampai malam.
=> Selalu dalam pukul 7.30 jer dah mengelupur balik. Takut lambat sgt ambil Ewan.

Kalau tak pi gym, me akan ambil bas turun Asia Jaya, naik Putra pi KLCC ke, Dang Wangi ke, gi jengjalan kat KL dgn Azwan.
=> Dulu kalau tak pi gym, sanggup lepak opis sampai 7.30 tunggu Azwan ambil.


Ada hikmah Allah bagi hidup kami macam ni. Dah nak 4 tahun kawin pun dapat balik peluang nak berhanimun bagai.

Whatever lah! I know that Ewan knows that I know that he knows that he don't mind kami pergi merayap merata tu, sebab dia pun suka merayap juga dulu... hahahaha...

Ni nak pi Langkawi lepas kenduri kahwin si Neena dah Jep kat Perlis ni... insyaALlah.

Plan dah lama, cuma sayang tak dapat pergi ber3. But I know that Ewan knows that I know that Ewan tak akan berasa ralat sbb tak sempat sampai sana... sbb dia punya tempat lagi besh! Jeles Ibu you...


gambar dipinjam dari: http://davegoblog.wordpress.com/2007/09/13/movies-for-a-deserted-island/

Tuesday, July 15, 2008

Pasal... The Sweetest Things

Salam...

Masa Ewan 3 hari, dia dah boleh tegakkan kepala dia. Kami tidurkan dia menelangkup, dia boleh alih kepala dia.

Masa dia nak masuk 3 bulan, Ewan dah boleh terlentang dan terlangkup sendiri. Me baringkan dia, then pusing ambil pampers, pusing balik tgk dia dah terlangkup. Huwaaa...

Masa dia 40 hari, dia dah pandai pegang puting sendiri.

Masa 99 hari, Ewan dah mula ikut me menyanyi bersama. Lagu favorite dia, Summer Love by Justin Timberlake.

Masa balik Penang haritu, Ewan makan durian. 5 biji! Yang isi putih, yang isi kuning, yang isi merah...

Ewan dah pergi Cameron 2 kali! Makan ice cream strawberry 2 mangkuk!

Ewan dah pergi Pulau Besar dan cecahkan kaki di air laut kat sana... Dia suka laut!

Ewan dah pergi Ulu Yam, tapi dia tak suka air sungai, sejuk. Kecut muka dia yang dah sedia kecut bila Babah rendam dia dalam air...

Ewan sangat suka makan eskrem! Tambah kalau dibubuh Hersey's chocolate syrup sekali. Kalau habis semangkuk, dia jerit minta lagi...

Ewan suka bubur ikan bilis yang Ibu masak, sebab Ibu goreng dulu bagi wangi, then tumbuk halus, then campur dgn bawang besar yg digoreng dgn minyak lebih goreng ikan bilis tu dan ditambah sedikit oyster sos.

Ewan suka spent masa dengan Babah lepak bengkel MAG. Sampai Ibu kena call Babah suruh balik, nak maghrib. Kat sana banyak yang melayan Ewan.

Ewan suka sangat tengok claymation Shaun The Sheep, Bob The Builder, Thomas And Friends, Postman Pat, Fireman Sam... Kalau Ewan tengah menonton tu, tak payah kacau la.

Ewan suka sangat tidur bila dalam kereta. Tapi kereta tu mesti ada air-con dan bergerak. Kalau kereta berhenti, Ewan akan bangun dan buat bising macam komplain, "Apsal keter tak bergerak?"

Ewan kalau tinggal dengan Ibu, baik betul! Kalau Ewan tertidur then woke up Ibu tader sbb pergi mandi ke, kedai ke, Ewan rilek jer layan TV ke, main dengan puting ke...

Tapi kalau dengan Babah... Babah tak boleh bergerak langsung... Ewan sure bising. Hehehehe...

Satu benda yang selalu buat Ibu terharu... kalau Ibu menangis, Ewan sure akan pusing ngadap Ibu dan hulur tangan kat Ibu. Ada sekali Ewan pegang tali bahu baju Ibu dan tarik supaya Ibu dekatkan muka Ibu pada Ewan, then Ewan pegang hidung Ibu. Kensel trus Ibu nak sambung nangis...

These are among the sweetest things about you...

Yang datang dan baca blog me... Harap lepas ni, jangan la nangis, sedih or rasa kesian untuk Ewan lagi. Dia memang tak suka orang sedih-sedih ni... lagipun dia dah in a better place...

All these thought la yang buat Azwan dan me strong sampai sekarang... Kita pk yg baik jer... OK? OK!

Friday, July 11, 2008

Pasal... Yang Pertama dan Terakhir

Salam...

Gambar-gambar ni diambil oleh orang yang sama, kakak ipar saya, Kak Nura...





gambar pertama Ewan pada hari pertama dia dilahirkan
dan
gambar terakhir Ewan...

Thursday, July 10, 2008

Pasal... Ewan Makan Henpon Ibu

Salam...

Last video Ewan yg me ambil...

Cuba kira berapa batang gigi Ewan yang anda boleh nampak dalam tu?
Also, please ignore suara me yg bingit tu.. hahaha... over excited melayan anak... :P


Pasal... Dah Seminggu Dah...

Salam...

Hari ni, 7 hari lepas, waktu ni... Ewan Ariff masih tidur, lepas makan pukul 8 tadi... Ibu dia pun tidur lagi... hehehehe...

Pukul 9 nanti, ibu dia bangun, baring kat hall kemudian terlelap lagi depan TV...

Sejam lepas tu, ibu bangun, tengok Ewan pun dah bangun, tapi Ewan good boy, dia tak nangis, just main sorang diri dengan puting dia tu... Ibu bagi Ewan minum susu...

10.30 pagi, ibu bagi Ewan mandi. Tapi ibu takut sgt sbb tgk mata Ewan keatas macam orang kena sawan. Ibu tegakkan badan Ewan, bagi Ewan tengok botol-botol syampu dan sabun yang berwarna-warni tu. Lepas pakaikan Ewan pampers, Ibu call Babah, bagitahu Ewan pelik skit hari ni.

10.45 pagi... Ibu pun dah siap mandi. Ibu gulung Ewan dalam towel... ala yang selalu Atuk Amin buat kat Ewan tu... selalunya Ewan akan tidur... Tapi hari tu, tak pula... So Ibu pun kemas baju dalam almari sambil borak dengan Ewan...

11.30 Ibu bawa Ewan lepak depan sambil tgk TV. Ibu pakaikan Ewan baju sleeveless merah putih dengan seluar lubang-lubang warna purple lembut. Alahai, sungguh tak padan warnanya. Ibu bancuh nestum, Ewan makan 3 suap jer. Ibu buat susu coklat, Ewan tanak minum. Ibu bancuh air suam dengan madu, Ewan minum sikit jer.

12.35, Ewan dah lelap lepas Ibu pun baring sama sebelah. Ala, manjanya anak Ibu ni. "Nasib baik awak sorang jer... kalau ada adik, bergaduh la..." Ibu murmur dalam hati... ibu cari resepi nasi tomato dan ayam masak merah... Ibu ambil duit... Ibu pergi kat Ewan, Ibu kiss Ewan dan kata... "Ewan, Ibu nak pi kedai tau. Ewan tido ye... Ibu nak masak nasi tomato utk Babah balik nanti"...

Tak sampai 5 minit lepas tu, Ibu balik, tapi dari luar boleh dengar Ewan menangis. Lain sangat... Tak pernah dengar Ewan nangis macam tu. Berdebar Ibu buka pintu. Ibu campak jer barang tu dan tengok Ewan. Oh my god... Ibu baring sebelah, tepuk-tepuk Ewan. Ewan nangis jugak. Ibu dukung, Ewan nangis lagi... Ibu buai Ewan dalam dakapan Ibu, Ewan nangis jugak...

Ibu panik, Ibu dah nangis... then Ibu stop. Crying won't help! Ibu call Babah, suruh dia dengar suara Ewan menangis... Ibu suruh Babah balik sekarang jugak! Ibu terus buai Ewan, Ewan nangis lagi. Ibu suruh Ewan pegang tangan Ibu... Selalunya Ewan akan hulur tangan Ewan lembut jer, tapi hari tu Ewan just hulur tangan Ewan yang kurus dibalut kulit saja tu dan genggam tangan Ibu kuat, kuat sangat.

Ibu bawa Ewan berbaring. Ibu tepuk-tepuk buntut Ewan yang tak berisi tu lembut, macam selalu. Ewan mula gasping for air... then stop for about 4-5 seconds... then another breath... Ibu dah meraung. Ibu menangis... Habis air mata dan air hidung Ibu keluar. Basah lengan baju Ibu guna untuk kesat air-air tu... Eeeek!

"Ewan please jangan buat macam ni kat Ibu. Ibu tak kuat. Tunggulah Babah balik. Ibu sorang, Ibu tak kuat. Please..." rayu Ibu... Dan macam biasa, Ewan sebagai anak yang baik, Ewan tunggu Babah balik dalam kesukaran nak bernafas tu...

25 minit lepas Ibu call Babah... Babah sampai... Babah terus baring sebelah Ewan. Ibu sediakan mangkuk dan letak Vicks dan air panas. Maybe Ewan susah nak bernafas sbb hingus byk sgt kot. Babah dukung Ewan. Nothing. Takda hingus.

"Kita pergi hospital ye?"... Babah setuju. Ibu tukar baju. Siapkan barang nak bawa, incase kena tahan wad. Bila Ibu nak angkat Ewan, Ibu tengok hujung jari Ewan dah biru. Ibu menjerit, Ibu meraung... Ibu takut sangat... Babah marah Ibu... Babah kata "Jangan nangis dulu".

Babah bawa barang pergi kereta. Ibu dukung Ewan. Abang kedai tu hairan tengok kita terkoncoh-koncoh masuk kereta...

Ibu terlangkupkan badan Ewan, sbb Ibu tahu Ewan selesa baring macam tu. Ibu bacakan ayat kursi dan selawat kat Ewan.

Masuk jalan yang ada pokok bunga kenanga ditepi-tepi tu, Ewan meronta. Ibu dukung dan suruh Ewan nangis lagi kuat, supaya lagi banyak oksigen masuk peparu Ewan. Tiba-tiba badan Ewan lembek. Darah Ibu macam terberhenti. Ibu terlangkupkan Ewan lagi. Ibu tepuk-tepuk belakang Ewan. Then Ibu tunduk...

"Kalau Ewan kuat, Ewan stay la. Kalau Ewan dah tak larat, awak pergi la, Ibu tak kisah. Apa saja awak makan, Ibu halalkan... Tiap titik susu Ibu, Ibu halalkan. Kat sana, kirim salam kat Hamiza Izzati tau. Ibu ngan Babah ngan semua sayang awak tau..."

Sampai Poliklinik Salam, Babah buka pintu, azan Zohor baru berkumandang... "Allahuakhbar... Allahuakbar..." Ibu tengok Ewan, mata Ewan dah pejam... peacefull jer muka Ewan. Ibu meraung lagi. Ibu menangis tutup muka. Babah marah Ibu lagi. Dia kata, "Jangan nangis dulu!"...

Babah dukung Ewan masuk dalam hospital. Hujan renyai-renyai masa tu. Gerimis... Ibu keluar kereta, macam orang bodoh, "Nak masuk dalam ke, nak park keter? Tapi nak park kat mana...?" Ibu murmur.

Babah keluar dah alihkan kereta ke tepi. Kami masuk dalam. Then Babah kata, dia nak pi parking kereta elok-elok. Tinggal Ibu termanggu seorang diri. Bila Babah masuk semula, nampak misi muda, cantik, lari keluar dari bilik rawatan tu.

Lepas tu... lepas tu...

Doktor panggil Babah dan Ibu, tanya apa sebenarnya plan rawatan untuk Ewan... Kami cakaplah 'skrip' yang kami dah ulang banyak kali. Tunggu setahun + 10 kilo. Bagi UDC, bagi gamat... bla bla bla.

Doktor ajak masuk bilik... dia bgtau... Ewan dah takder nadi masak sampai situ tadi. Babah terdiam. Ibu tersentak sikit. Tapi Ibu tau, Ewan memang dah tak ada... tak ada...

Lepas tu... lepas tu...

Hari ni, dah seminggu Ewan takda. Malam tadi Ibu lena sambil sebut nama Ewan banyak kali. Tapi Ibu tak nangis sebab Babah tak bagi. Ibu tak tau bila baru Babah bagi Ibu nangis...

Ewan tak marahkan, kalau Ibu tak nangis...?

Wednesday, July 9, 2008

Pasal... Kenapa aku tak menangis?

Salam...

Sebelum ni, ingat nak buat kronologi hidup me, dari kecik sampai ke lebar begini. Tapi ...
Anyway... this is my first entry...




Kenapa Aku Tak Menangis...?

Kenapa aku tak menangis masa badan Ewan Ariff tiba-tiba lembek?
Kenapa aku tak menangis masa Ewan Ariff menutup matanya kali terakhir atas pangkuan aku?
Kenapa aku tak menangis masa doktor kata semasa kami bawa Ewan Ariff masuk bilik dia, nadi Ewan dah tak ada?
Kenapa aku tak menangis masa aku nampak tubuh Ewan Ariff terbujur kaku atas katil itu?
Kenapa aku tak menangis masa aku sentuh badan Ewan Ariff yang sejuk itu?
Kenapa aku tak menangis masa aku telefon beritahu tentang Ewan Ariff kepada Mama dan Mak Mertua aku?
Kenapa aku tak menangis masa aku sms kawan-kawan dan family lain tentang Ewan Ariff?
Kenapa aku tak menangis masa tengok tubuh kaku, sejuk Ewan Ariff dibalut kain putih?
Kenapa aku tak menangis masa bawa balik Ewan Ariff ke rumah Mak?
Kenapa aku tak menangis masa drive bawa jenazah Ewan Ariff?
Kenapa aku tak menangis masa Ewan Ariff diletak di tengah rumah rumah dan ramai yang datang bacakan dia Yassin?
Kenapa aku tak menangis masa Ewan Ariff dibawa ke masjid untuk dimandi dan dikapankan?
Kenapa aku tak menangis masa baju yang Ewan Ariff pakai kali terakhir tu dipotong dan dia ditelanjangkan?
Kenapa aku tak menangis masa Ewan Ariff dimandikan, digosok dan disabunkan?
Kenapa aku tak menangis masa aku mandikan Ewan Ariff untuk kali terakhir?
Kenapa aku tak menangis masa Ewan Ariff diletakkan diatas kain putih, pakaian dia yang terakhir?
Kenapa aku tak menangis masa aku kucup 3 kali dahi Ewan Ariff sebelum balutan kain kapan ditutup?
Kenapa aku tak menangis masa Ewan Ariff dibawa ke tanah perkuburan?
Kenapa aku tak menangis masa Ewan Ariff dimasukkan dalam liang lahad?
Kenapa aku tak menangis masa mereka kambus tanah untuk semadikan Ewan Ariff?
Kenapa aku tak menangis masa tinggalkan Ewan Ariff bersendirian di tanah perkuburan itu?

Kenapa? Kenapa? Kenapa?

Mungkin kerana aku dah lama bersedia dan nantikan hari itu?
Hari untuk Allah tamatkan dugaan yang dia turunkan kepada anak aku?

Mungkin aku seorang insan yang kejam, tak berperasaan?

Mungkin aku dah lali dengan kesedihan?

Aku tak tahu. Aku tak nak tahu.

Apa yang aku tahu... Ewan Ariff sedang bergembira di syurga.

Aku tahu yang dia tahu, aku sayangkan dia dan sentiasa mahukan yang terbaik untuk dia.
Nah, dia di syurga, itulah perkara paling baik yang aku mahukan untuk dia.



Ewan... buat masa sekarang, awak pergilah bermain dengan kawan-kawan. Enjoy yourself. Nanti bila Babah, Ibu nak masuk sana, insyaAllah, awak jemputlah kami... Now, awak tak payah tunggu kami lagi, awak pergilah main dulu ye...

Sayang, sayang Ewan... sayang, sayang Babah... sayang, sayang Ibu... sayang semua...
Related Posts with Thumbnails